Top Ad 728x90

, , , ,

Selamat Datang ke Blog Adha :)

Blog Adha Zain

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Selamat datang diucapkan kepada rakan-rakan yang sudi datang ke blog kedua saya ini dan salam perkenalan kepada yang baru mengenali saya. Di atas cadangan rakan-rakan, akhirnya pada hari ini 12/12/2009, tarikh yang cukup istimewa, saya telah mengambil keputusan untuk membuka blog peribadi yang lebih bersifat santai di mana saya sendiri akan menulis artikel di dalam blog ini. 

Ini kerana sepertimana yang anda sedia maklum, blog saya sebelum ini iaitu MY ADHA™ adalah blog maklumat yang memaparkan artikel dan berita dari pelbagai sumber dan lebih berbentuk formal & serius. Di dalam blog yang baru ini, saya akan berkongsi pengetahuan, pengalaman dan pandangan saya tentang pelbagai topik dengan anda semua. Ini termasuklah topik isu semasa, sosial, politik, pendidikan, bisnes, ekonomi, komputer, internet dan juga cara untuk berblog (blogging).

Walaupun bukanlah seorang blogger yang terkenal atau "otai" kata budak-budak sekarang, saya akan cuba bimbing anda yang belum ada blog atau masih baru dalam dunia blogging bermula dari A sampai ke Z. Nantikan panduan-panduan yang akan saya berikan dalam blog ini nanti. Bagi yang sudah mempunyai blog, diharap kita dapat bertukar-tukar idea dan pendapat. 

Jika saudara dan saudari ada sebarang pandangan atau teguran yang membina, bolehlah diluahkan di ruang komen di bawah. Contohnya, apa topik yang patut saya beri perhatian di dalam blog ini nanti. Sebarang cadangan dan pandangan saudara saudari amatlah saya hargai. Jangan risau, blog MY ADHA™ akan diteruskan seperti biasa. 

Blog kedua ini adalah sebagai pelengkap kepada blog yang sediaada. Jangan lupa follow dan link blog baru saya ini dengan blog saudara saudari supaya kita boleh terus berhubung. Anda juga dijemput menjadi rakan saya di Facebook dan Twitter. Akhir kata, jaga diri anda baik-baik dan semoga Allah SWT merahmati kita semua. 

Jangan lupa datang ke sini lagi nanti. Saya menantikan kehadiran anda :) 

 

10 Comment:

  1. hoho..bagusla..diharapkan lebah ramai lagi blogger Malaysia lepas ni..hidup blogger untuk Malaysia..hehe

    BalasPadam
  2. terima kasih
    eh, cik aimi kita pun ada sini ke?
    hehe

    InsyaAllah, semoga lebih ramai blogger di Malaysia
    sekarang nipun Malaysia mencatatkan bilangan blogger yang agak tinggi berbanding negara-negara lain di Asia.

    BalasPadam
  3. nak say tq blog adha yang sebelum2 nih banyak mmbantu adik dan tunang riha cari keje...tq so much...tak terbalas budi adha...

    BalasPadam
  4. As Salam Adha, wah! dah ada blog kedua dah...TAHNIAH!!!, saya jadi follower yang ke- 20! mana pulut kuningnya??...nanti tolong pos ke Melbourne...hehehe..

    BalasPadam
  5. isu semasa yang dibentangkan secara lawak sinis dan pedas. kot..

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90