Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label adha zain. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label adha zain. Papar semua catatan

Ulangtahun Pertama Ayman Uzair

by

 




ULANGTAHUN PERTAMA anakanda Muhammad Ayman Uzair bin Mohd. Adha.
Dilahirkan pada jam 9.49 malam 17 Ogos 2021.
Pada petang 17 Ogos 2021, isteri sudah rasa lain macam. Pukul 6.00 petang saya bawa isteri terus ke Pusat Rawatan Ibu & Anak (PRIBA), Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu kira-kira 10 km dari rumah kami. Mujurlah jalan ke hospital tak sibuk sebab masa itu masih PKP. Kontraksi berlaku setiap 20 minit tapi masih tidak kuat. Dekat waktu maghrib, kontraksi semakin kerap, kami terus pergi ke bahagian Kecemasan PRIBA tapi jururawat yang bertugas cakap doktor pergi solat. Dia suruh pergi solat dulu.
Lepas solat, air ketuban pecah. Saya terus bawa isteri ke Kecemasan PRIBA semula. Barulah jururawat kelam kabut tolak troli. Isteri kena swab test semasa atas troli naik ke atas. Masa itu masih PKP, jadi nak masuk ke hospital memang kena swab test. Jururawat ibu bersalin stail dia, selagi air ketuban tak pecah, selagi itulah dia akan buat relaks sambil-sambil belek fail. Pengalaman masa Maryam lahir pun sama. Setakat sakit kontraksi tu takde dia nak layan sangat. Bila dah pecah air ketuban barulah dia kelam kabut tolak troli. haha
Ketiga-tiga orang anak, Umar, Uwais dan Maryam saya dapat masuk Dewan Bersalin temankan isteri. Tapi masa Ayman Uzair ini masih dalam PKP Covid-19, suami tak dibenarkan masuk. Jadi, sedih jugalah tak dapat nak tengok semasa Ayman lahir. Syukur Alhamdulillah, selepas 40 minit masuk Dewan Bersalin, Ayman selamat dilahirkan. Jururawat panggil saya untuk azankan Ayman di depan pintu Dewan Bersalin. Ayman jeling je masa saya azankan dia.
Semoga anak papa dan mama menjadi anak yang cerdik dan soleh. Berjaya dunia dan akhirat. Amin.
Gambar kedua dan ketiga adalah gambar Ulangtahun Pertama saya pada 2 Disember 1977 di Pengkalan Chepa, Kelantan. Ada iras Ayman tak?

Selamat Datang ke Blog Adha :)

by

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Selamat datang diucapkan kepada rakan-rakan yang sudi datang ke blog kedua saya ini dan salam perkenalan kepada yang baru mengenali saya. Di atas cadangan rakan-rakan, akhirnya pada hari ini 12/12/2009, tarikh yang cukup istimewa, saya telah mengambil keputusan untuk membuka blog peribadi yang lebih bersifat santai di mana saya sendiri akan menulis artikel di dalam blog ini. 

Ini kerana sepertimana yang anda sedia maklum, blog saya sebelum ini iaitu MY ADHA™ adalah blog maklumat yang memaparkan artikel dan berita dari pelbagai sumber dan lebih berbentuk formal & serius. Di dalam blog yang baru ini, saya akan berkongsi pengetahuan, pengalaman dan pandangan saya tentang pelbagai topik dengan anda semua. Ini termasuklah topik isu semasa, sosial, politik, pendidikan, bisnes, ekonomi, komputer, internet dan juga cara untuk berblog (blogging).

Walaupun bukanlah seorang blogger yang terkenal atau "otai" kata budak-budak sekarang, saya akan cuba bimbing anda yang belum ada blog atau masih baru dalam dunia blogging bermula dari A sampai ke Z. Nantikan panduan-panduan yang akan saya berikan dalam blog ini nanti. Bagi yang sudah mempunyai blog, diharap kita dapat bertukar-tukar idea dan pendapat. 

Jika saudara dan saudari ada sebarang pandangan atau teguran yang membina, bolehlah diluahkan di ruang komen di bawah. Contohnya, apa topik yang patut saya beri perhatian di dalam blog ini nanti. Sebarang cadangan dan pandangan saudara saudari amatlah saya hargai. Jangan risau, blog MY ADHA™ akan diteruskan seperti biasa. 

Blog kedua ini adalah sebagai pelengkap kepada blog yang sediaada. Jangan lupa follow dan link blog baru saya ini dengan blog saudara saudari supaya kita boleh terus berhubung. Anda juga dijemput menjadi rakan saya di Facebook dan Twitter. Akhir kata, jaga diri anda baik-baik dan semoga Allah SWT merahmati kita semua. 

Jangan lupa datang ke sini lagi nanti. Saya menantikan kehadiran anda :) 

 


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90