Pada 1895 iaitu 131 tahun lalu, jata negara (coat of arms) diperkenalkan sejurus selepas pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang terdiri dari Selangor, Pahang, Perak dan Negeri Sembilan.
Ia dibentuk dengan perisai badan (body sheild - antara kelengkapan perang waktu itu sebagai dasar jata dengan dua ekor Harimau Malaya memegang perisai. Diatasnya pula adalah Eastern Crown menandakan kekuasaan Inggeris keatas Tanah Melayu dibawah monarki United Kingdom.
Empat warna asas pada badan perisai merupakan warna asal bendera kebangsaan FMS (Federated Malay States) dimana:
Merah dan Kuning - mewakili Selangor
Hitam, Putih dan Kuning - mewakili Perak
Merah, hitam dan Kuning - Negeri Sembilan
Hitam dan putih - Pahang
Dibawah perisai kalimah “Di Pelihara Allah” yang juga motto rasmi Negeri Selangor hari ini. Ia dicetak dalam tulisan jawi kerana jawi merupakan tulisan utama di seluruh Tanah Melayu ketika itu. Kalimah ini diapit oleh dua bintang berbucu 8 dikiri dan kanannya.
Hari ini 74 tahun yang lalu, Raja-Raja Melayu memperkenan lambang Persekutuan Tanah Melayu diwartakan.
Kemudian pada 1948, wujudnya Malaya dengan 5 Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Non-Federated Malay States). 5 keris ditambah di atas perisai dan diletakkan di puncak perisai mewakili negeri-negeri Johor, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Turut ditambah adalah Negeri-negeri Selat (British Straits Settlement States) iaitu Pulau Pinang dan Melaka. Namun Singapura walau dibawah Negeri Selat namun belum dimasukkan lagi kedalam jata. Melaka dilambangkan dengan Kota Santiago manakala Pulau Pinang dilambangkan dengan simbol pelepah Prince of Wales. Empat warna Negeri-negeri Melayu Bersekutu kekal.
Jata 1948 ini juga mengeluarkan mahkota diatas perisai dan digantikan dengan bulan sabit melambangkan Islam agama rasmi Malaya dan bintang berbucu 11 mewakili 11 negeri yang bernaung dibawahnya. Harimau Malaya masih tiada siapa berani usik.
Banner di bawah perisai ditukar perkataan kepada cogankata “Bersekutu Bertambah Mutu” dalam bahasa Melayu tulisan Jawi & Inggeris tulisan Rumi. Olahan diusahakan Jabatan Ukur atas nasihat Pesuruhjaya Tinggi British ketika itu, Sir Henry Gurney & Raja-Raja Melayu.
Pada hari ini 74 tahun yang lalu iaitu pada 30 Mei 1952, Pesuruhjaya Tinggi British yang baharu, Sir Gerald Templer mengumumkan bahawa lambang baharu tersebut mendapat perkenan Raja-Raja Melayu untuk diwartakan. Rekaan itu dipakai hingga terbentuk Persekutuan Malaysia pada 1963.
Pada 1963, jata negara diubah lagi apabila terbentuk Malaysia dengan penyertaan Sabah, Sarawak dan Singapura. Olahan ke-2 ini menyaksikan pelepah Prince of Wales ditukar kepada pokok pinang, pintu kota Santiago ditukar kepada pokok Melaka. Bendera Sarawak, Sabah & Singapura diletakkan dibawah 4 warna Negara Bersekutu. Bintang pun diubah kepada 14 bucu mewakili 14 negeri.
Namun jata versi ini hanya terpakai untuk 2 tahun apabila Singapura keluar dari Malaysia.
Sejak 1965, bendera Singapura dikeluarkan dan slot bendera Singapura digantikan dengan bunga raya (bunga kebangsaan).
Kemudian pada 1988 (kali terakhir perubahan jata negara), bendera Sabah dan Sarawak yang baru dimasukkan iaitu lambang Gunung Kinabalu dan Burung Kenyalang. Manakala lambang Pulau Pinang ditambah dengan Jambatan Pulau Pinang. Malah dua ekor Harimau Malaya yang memegang perisai pun digarangkan lagi berbanding wajahnya di 4 jata sebelumnya. Jata ini kekal hingga ke hari ini.