Nama penuh: Irma Hasmie Ibrahim
Tarikh Lahir: 8 Januari 1982
Asal: Kuala Lumpur
Keluarga: Sulung daripada tiga beradik
Karier: Model, pelakon dan pengacara
Suami: Redza Syah Azmeer Datuk Redzuan
Pendidikan: Diploma Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kuala Lumpur
Drama: Kasih Alia, Janji Diana, Suara Merdeka, Segalanya Ku Terima, Agensi Abadi, Pendekar Melayu, Mas Kahwin, Bella, Awan Dania, Lima, Hantu Raya, Duda & Dara dan Rahsia Gambar
Filem: Dua Hati Satu Jiwa; Cinta Fotokopi; Main-Main Cinta; Bujang Senang dan Diva
Iklan Komersil: Tourism Malaysia (Cuti-Cuti Malaysia), Fair & Lovely, Yamaha & Pringle's.
Program TV: Chopp! (TV9), Roda Impian (Astro) dan Fesyen Lebaran (RTM)
Pengacaraan: Assalamualaikum (TV Al-Hijrah)
Duta Produk: Walit Gold
Irma Hasmie Binti Ibrahim lebih dikenali sebagai Irma Hasmie . Ayahnya berasal dari Kota Bharu, Kelantan manakala ibunya dari Hulu Selangor. Irma berdarah campuran Pakistan (ayah) dan Cina (ibu). Anak sulung tiga beradik ini mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Dia memiliki Diploma Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Irma pernah memenangi Gadis Jelita 2004 anjuran majalah Jelita. Pertama kali mengenali dunia lakonan apabila membintangi filem Cinta Fotokopi, diikuti Main-Main Cinta selepas dilamar Metrowealth International Group (MIG) pada 2004. Filem lain ialah Bujang Senang dan Diva. Secara rasmi keluar dari MIG mulai Mac 2007 dan kini mengurus sendiri kerjayanya.
Pernah bergelar pembantu pengacara Roda Impian musim ke-11 bersama pengacaranya, Allahyarham Hani Mohsin. Selain filem, Irma juga bergelar pelakon TV.
Pada 29 June 2012, Irma Hasmie telah melangsungkan majlis perkahwinannya bersama pasangannya Syah Reza AzmeeRedza. Pasangan pengantin dinikahkan sendiri oleh bapa Irma Hasmie, Ibrahim Othman. Majlis Perkahwinan telah diadakan di Dewan Sri Melati, Putrajaya.