Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zaidi Johari, Exco Pengangkutan Datuk Rahmad Mariman dan Pengerusi Panorama Melaka Datuk Roslan Ahmad.
Sulaiman berkata, bas itu yang akan melalui enam hentian kawasan pelancongan dijangka dinikmati oleh kira-kira 290,000 orang dalam tempoh setahun.
"Bas elektrik ini akan melalui enam'pit stop' di kawasan pelancongan, kawasan bersejarah UNESCO hingga ke Pantai Klebang antaranya akan bergerak dari Melaka Sentral menuju ke Zoo Melaka, Menara Taming Sari, Muzium Kapal Selam serta Dataran Klebang.
"Namun harga dan pakej Bas Singgah-Singgah ini akan diumumkan kemudian selain dalam tempoh ini (perkhidmatan percuma) kita turut akan buat kajian melihat apa kelonggaran atau halangan," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, diharap dengan adanya perkhidmatan bas elektrik ini juga ia akan menjadi ikon dan produk baharu Melaka sekaligus dapat menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini.
Sumber dari Berita Harian