Kena saman kerana menggunakan telefon

 

Kes suami isteri disaman yang ditularkan dalam satu video di laman sosial semalam bukan kerana duduk sebelah dalam kereta.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, saman dikeluarkan atas kesalahan menggunakan telefon semasa memandu.

“Ia adalah satu tindakan jahat daripada pemandu kereta tersebut, kerana pegawai tertinggi polis di Bukit Aman mengesahkan dia disaman kerana menggunakan telefon semasa memandu.

“Dia disaman atas kesalahan itu, tetapi (video) diedarkan seolah-olah pihak polis tidak menggunakan budi bicara, kejam dan sebagainya kerana mengambil tindakan,” katanya pada sidang akhbar di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau menegaskan, tidak ada ketetapan menyatakan pemandu dan penumpang tidak boleh duduk di kerusi depan.

Tambah Ismail Sabri, perkara tersebut tidak akan dibiarkan kerana memburukkan imej polis.

“Jangan fikir boleh terlepas kalau pihak polis mengambil tindakan, bukan sahaja perakam tetapi penyebar juga (dikenakan tindakan),” jelasnya.

Sumber : Kosmo!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Terminal Bersepadu Gombak (TBG) dibuka Mei 2024

Permohonan menjadi Guru KPM Tahun 2024 kini dibuka

Fenomena Ekuinoks Mac