Top Ad 728x90

, ,

Dana Raya Rakyat Terengganu TTB 2018


Permohonan Bantuan Dana Perayaan Aidilfitri  2018 bagi rakyat negeri ini dibuka selama sebulan, bermula 1 April sehingga 30 April 2018. di: http://danattb.terengganu.gov.my

Permohonan secara atas talian itu diwajibkan kepada pemohon sama ada yang telah memohon sebelum ini atau pemohon baharu, di mana mereka diminta mengisi kembali permohonan dan tiada kemas kini maklumat.

Antara syarat kelayakannya ialah pemohon mestilah mempunyai keluarga, rakyat Terengganu dan jumlah pendapatan bulanan hendaklah tidak melebihi RM3,000  sebulan.

Manakalan pemohon yang belum berkahwin, mestilah berumur melebihi 40 tahun serta berpendapatan tidak melebihi RM2,000.00 sebulan.

Borang permohonan hendaklah dicetak dan diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bersama salinan dokumen kad pengenalan, surat nikah, surat cerai atau surat mati pasangan dan slip gaji.

Bagi bagi pemohon yang tidak mempunyai slip gaji, perlu mengemukakan surat pengakuan pendapatan yang disahkan oleh Pengerusi JKKK atau penghulu mukim.

Pemohon mestilah seorang pengundi berdaftar di Terengganu. Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ditolak,


Syarat Kelayakan Dana Raya TTB

- Rakyat Negeri Terengganu

- Pemohon yang bukan rakyat Negeri Terengganu tetapi bermastautin lebih 10 tahun di Negeri Terengganu perlu mendapat perakuan daripada Pengerusi JKKK Kawasan masing-masing).

- Permohonan ini terbuka bagi mereka yang telah berkahwin dan jumlah pendapatan bulanan Ketua Isi Rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan.

- Bagi pemohon yang belum berkahwin dan berumur melebihi 40 tahun serta berpendapatan tidak melebihi RM2,000.00 sebulan.

- Kontraktor berdaftar dan peniaga berlesen adalah tidak layak memohon.


Borang permohonan hendaklah dikemukakan bersama salinan dokumen berikut:

1. Kad Pengenalan Pemohon dan Kad Pengenalan / Surat Beranak Tanggungan

ii.  Salinan Surat Nikah

iii.  Slip Gaji atau Slip Pencen Terkini

(Bagi pemohon yang tidak mempunyai slip gaji, perlu mengemukan Surat Pengakuan Pendapatan yang disahkan oleh Pengerusi JKKK )

- Pemohon mestilah seorang pengundi berdaftar di Terengganu.

- Bagi yang telah berkahwin WAJIB mengemukakan maklumat tanggungan (Isi rumah) termasuk maklumat pasangan (Suami/Isteri). Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ini ditolak.

- Kerajaan Negeri berhak menolak permohonan dan meminda syarat-syarat di atas dari masa ke semasa tanpa sebarang notis.

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90