Top Ad 728x90

, ,

Hotlink Postpaid Flex

Hotlink Postpaid Flex



Maxis Bhd. (Maxis) memperkenalkan Hotlink Postpaid Flex, pelan pascabayar yang menggabungkan ciri-ciri prabayar dan pascabayar dalam satu pelan.

Produk pertama seumpamanya dalam pasaran itu diperkenalkan sejajar dengan trend semasa yang menyaksikan lebih ramai pelanggan kini bertukar kepada produk pascabayar.

Pada masa ini, ramai pengguna bertukar kepada produk pascabayar kerana lebih banyak pelan ditawarkan pada harga berpatutan, lebih memudahkan serta pengalaman internet yang ­dipertingkat.

Hotlink Postpaid Flex adalah bertepatan pada masanya, sesuai dengan perubahan trend pasaran, sekali gus dapat me­ngukuhkan jenama Hotlink dan Maxis sebagai antara pemain utama dalam industri ini.

Hotlink Postpaid Flex memberi pelanggan le­bih banyak pilihan dan fleksibiliti untuk mencipta dan menaiktaraf sendiri pelan internet masing-masing berdasarkan apa yang mereka mahu.

Ini termasuk pelbagai aplikasi dengan penggunaan tanpa had, selain pilihan untuk pelanggan menikmati kemudahan menguruskan pelan mereka dalam satu bil bulanan.

Ditawarkan pada harga asas daripada RM30 sebulan, Hotlink Postpaid Flex turut menawarkan panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa had ke semua rangkaian serta data berkelajuan tinggi sebanyak 1 Gigabait.

Selain itu, pengguna boleh menaiktaraf pelan internet tersebut pada bila-bila masa, bergantung kepada penggunaan masing-ma­sing dengan penawaran aplikasi sosial, chat atau muzik tanpa had pada harga serendah RM5.00.

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90