Unsuccessful. Account is not authorised. Reject code 0076

Foto : http://www.szehau.net/

Jika pemegang akaun Maybank ingin buat pindahan wang atau bayar bil, anda mendapat mesej ini "Unsuccessful - Account is not authorised. Reject code: [0076]" Ia bermaksud pemegang akaun ada baki tertunggak samaada kad kredit atau pinjaman dengan Maybank. Bank telah bekukan akaun. Wang boleh masuk tetapi wang dalam akaun tidak boleh dikeluarkan atau pindah wang / bayar bil melalui Maybank2u. Setelah wang dalam akaun mencukupi untuk membayar baki tertunggak tersebut, baru akaun bank tersebut akan dibuka kembali. Bank akan mendebit terus jumlah tertunggak tersesbut. Cara paling cepat untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan menghubungi dan berunding dengan Bahagian Kad Kredit atau Bahagian Pinjaman di mana anda berhutang.

Jika anda tiada baki tertunggak atau apa-apa hutang dengan Maybank, mesej "Unsuccessful - Account is not authorised. Reject code: [0076]", berkemungkinan akaun simpanan anda terlampau aktif. Terdapat terlalu banyak urusniaga wang masuk dalam masa sehari. Biasanya bank akan membekukan akaun simpanan anda buat sementera waktu. Untuk membuka kembali akaun Maybank, anda perlu ke cawangan Maybank. Pegawai Bank akan mengaktifkan kembali akaun anda.

Jika anda menelefon Maybank Customer Service, biasanya mereka tidak dapat memberikan penjelasan tentang masalah "reject code 0076" tersebut. Sebaiknya terus ke cawangan Maybank untuk bertanya.


Next Post Previous Post
16 Comments
  • Unknown
    Unknown Ahad, 11 Disember 2016 pada 4:16:00 PTG SGT

    Baru kena sebentar td..akaun terlalu aktif..da byk kali kena..tp esok ok da..tak pyh pergi cwgn maybank.quiet24 hour..

    • Unknown
      Unknown Selasa, 4 April 2017 pada 12:44:00 PTG SGT

      Btl ke xpyh ke bank...cik ridwan sulaiman...sbb sy pon dh terkena ni

  • Unknown
    Unknown Khamis, 1 Oktober 2020 pada 1:53:00 PTG SGT

    Maksud nya macamana quiet24 hour

    • MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
      MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) Jumaat, 4 Jun 2021 pada 7:40:00 PG SGT

      Maksudnya secara automatik bank akan buka balik block tu

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Isnin, 18 Januari 2021 pada 2:18:00 PG SGT

    betul 2 hari lepas kena mcm tu. pagi tengah hari dah boleh guna. ni kena balik mcm tu xlebih 20kli kluar masuk pon boleh kena.

    • MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
      MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) Sabtu, 7 Ogos 2021 pada 10:48:00 PG SGT

      Betul. Akaun Simpanan tak boleh aktif sangat nanti bank akan block sementara.

  • Arzirul
    Arzirul Khamis, 4 Februari 2021 pada 1:09:00 PG SGT

    Saya ingin dapatkan no call untuk saya buat semakan akaun saya disekat.

    • MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
      MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) Sabtu, 7 Ogos 2021 pada 10:51:00 PG SGT

      Nombor Khidmat Pelanggan Maybank : 1 300 88 6688

  • Unknown
    Unknown Ahad, 1 Ogos 2021 pada 10:53:00 PTG SGT

    Berkenaan perkara di atas ac maybank sy x blh nak tranfer ke ac lain. keluar 'AC NOT AUTHORISED' tp sy blh keluar kan simpanan di Atm mcmana ya ada kah kena rujuk pd Bank atau ada cara lain nak selesai kan.

    • MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
      MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) Sabtu, 7 Ogos 2021 pada 10:52:00 PG SGT

      Sebaiknya tuan kena hubungi Nombor Khidmat Pelanggan Maybank : 1 300 88 6688 atau terus ke Cawangan Maybank di mana akaun bank tuan dibuka.

    • Unknown
      Unknown Ahad, 17 April 2022 pada 9:09:00 PG SGT

      Saya dah lebih 24 jam tapi masih account not authorised...masuk atau kluar duit pun tk dpt ...mcm mana ya

    • MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
      MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) Isnin, 18 April 2022 pada 10:43:00 PTG SGT

      Sebaiknya anda hubungi Nombor Khidmat Pelanggan Maybank : 1 300 88 6688 atau terus ke Cawangan Maybank di mana akaun bank anda dibuka.

  • Unknown
    Unknown Sabtu, 7 Ogos 2021 pada 3:48:00 PTG SGT

    maaf bertanya.. acc saya dh bberapa bulan dh kena beku sebab memang acc saya trlalu aktif transaksi. dulu pernah kena dan lepas tu ok balik tp kali ni kena lagi dan sampai berbulan dh x dpt guna,, duot masuk dpt.. mcm mana nk sttle selain perlu ke bank? musim covid mcmni takut nak ke bqnk

    • MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
      MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) Khamis, 22 September 2022 pada 1:01:00 PG SGT

      Ya, kena pergi ke cawangan bank jika masih belum aktif dalam tempoh yang lama

  • Unknown
    Unknown Jumaat, 3 September 2021 pada 8:58:00 PG SGT

    acc saya kene block nk log in online banking tibe kluar " acc is not authourised so kene tggu a few day ke ?

    • MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
      MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) Khamis, 22 September 2022 pada 1:03:00 PG SGT

      Ya, kena tunggu beberapa hari tapi jika masih berlarutan sehingga tempoh yang lama, kena hubungi pihak bank.

Add Comment
comment url