Anda ketagih internet?

Saya ingin berkongsi satu artikel mengenai kajian ketagihan internet yang saya baca di blog Ukiran Cinta.
1. Ketagihan mendapatkan maklumat.
Ia merujuk kepada individu-individu yang menggunakan internet untuk mencari sesuatu maklumat dengan kadar yang berlebihan.
2. Ketagihan menggunakan komputer.
Ia merujuk kepada individu-individu yang menggunakan komputer secara berlebihan terutamanya mereka yang terlibat dalam pengaturcaraan dan permainan komputer.
Ia merujuk kepada individu-individu yang gemar berkunjung ke bahagian-bahagian tertentu dalam internet. Misalnya ruangan perjudian, permainan online dan barangan lelong.
4. Ketagihan hubungan siber.
Ia merujuk kepada individu yang gemar menjalinkan hubungan secara online menerusi ruangan bilik berbual seperti IRC, ICQ, forum dan kumpulan-kumpulan diskusi peribadi.
5. Ketagihan Seksual siber.
Ia merujuk kepada individu-individu yang gemar meneroka ruangan lucah serta ruangan berbual dewasa yang membincangkan hal-hal seperti seks secara terbuka.
Tanda-tanda bagi mereka yang mengalami ketagihan
Berikut adalah merupakan simptom atau tanda-tanda bagi mereka yang mengalami ketagihan internet:
1.Sentiasa memikirkan tentang internet, berkhayal tentang apa yng berlaku di dunia siber dan merasa rugi atau kecewa sekiranya tidak dapat menggunakannya.
Kesan dari ketagihan internet ini ialah mengalami tekanan perasaan serta kemurungan dan suka menyendiri disebabkan jarang bercampur gaul dengan masyarakat dan rakan-rakan. Menurut Dr. Kimberly Young, (pakar psikologi) menerusi kajiannya mendapati bahawa pesakit ini biasanya mengalami masalah yang sama seperti mereka yang mengalami penyakit ketagihan arak. Contohnya seperti masalah keruntuhan rumahtangga, kemerosotan pelajaran dan juga masalah sosial.
Adakah anda juga sedang "ketagih internet" macam orang di dalam gambar tu? :)
artikel yg agak relevan buat masa sekarang.
yeah..
sy pon same..
xpi x la. smpai mcm 2..
;p
Saya pun termasuk salah seorang yang berminat dengan internet nampaknya..:) tapi untuk menambah pengetahuan..........
Salam..
Huih.. kalau lah aku jd yang mcm dalam foto tu... haru biru dibuatnya...
Assalamualaikum. Aku pun tengah ketagih internet jugak sekarang ni. Ketagih berblogging. Do visit my blog :-)
salam
ana xtau ape nak cakap..tapi kalau ketagih tuk tujuan yg baik x salah..ana x ketagih blog kot,tapi blogging is my hobby.. :)
jemputan program dialog bersama pemimpin,
sila emailkan nama penuh, no ic, nama blog dan no telefon ke darulehsantoday.blog@gmail.com dengan kadar segera untuk booking tempat duduk.
Ketagih2 utk yg baik2 takpe..
saya pun sangat suka dengan internet tapi tidaklah sampai ketagih... teringat-ingat jer jika ke luar kawasan... :D
uishh!! aku pon ketagih tenet jugak asenye nih... tp rase2nye xde la sampai macam org dlm gambar tu kot.. keh3...
Memang Ketagih...........
Tapi takdelah sampai tak keluar jumpa orang..
Dunia luar kena seimbang jugak,barulah nampak normal..
sy pn ketagih internet jgk la :0
saya juga mengalami hal yang sama.ketagihan juga.namun saya berusaha untuk menguranginya