Khamis, November 21, 2019

Menjual produk di laman Carousell secara percuma



Carousell, kami adalah satu komuniti dimana anda dapat berurusan dengan satu sama lain dengan pelbagai cara yang menarik! Disini ada beberapa tips yang boleh anda gunakan untuk pengalaman yang hebat bila berurusan di Carousell.

👉 Maklumbalas Pengguna
Ketahui dengan lebih lanjut tentang seseorang pengguna dengan menyemak maklumbalas yang mereka terima dari pengguna-pengguna lain! Maklumbalas pengguna dapat membantu anda mengetahui dengan lebih mendalam tentang seseorang pengguna tersebut.

👉 Sentiasa berurusan dalam aplikasi Carousell
Fungsi “Chat” di Carousell adalah cara pemantauan terbaik untuk aktiviti urusan diantara penjual dan pembeli untuk mengelakkan dari pelbagai masalah. Gunakan fungsi “Chat” untuk bertanya soalan, tawar-menawar, berunding ataupun menjadualkan masa dan tempat pertemuan untuk sesi jual-beli. Jangan segan untuk meminta maklumat lanjut atau gambar barangan yang diingini. Komuniti di Carousell akan sedia membantu.

Bukan sahaja ianya lebih senang untuk berkomunikasi, tetapi fungsi “Chat” tersebut membolehkan semua pihak mengelakkan dari sebarang kekeliruan kerana semua urusan dapat dirujuk di sumber yang sama. Oleh kerana itu, ianya dapat memastikan urusan dijalankan dengan selamat dan tidak berat sebelah.

👉 Gunakan fungsi “Buy Now”, “Make Offer” dan “Accept”
Tekan butang fungsi “Buy Now” untuk membuat tawaran harga untuk barangan yang dikehendaki. Klik di harga asal untuk mengubah harga mengikut harga tawaran anda. Selepas itu, klik butang fungsi “Make Offer” untuk menawarkan harga tersebut kepada penjual. Sekiranya anda seorang penjual, dan menerima tawaran yang anda ingin menerima, klik butang fungsi “Accept”.

Sekiranya anda berpuas hati dengan urusan anda, anda berpeluang memberi maklumbalas tentang penjual atau pembeli tersebut. Maklumbalas ini dapat menolong beliau mendapatkan lebih urusan dimasa kelak.

👉 Semak dan Semak Lagi
Sesuatu perjumpaan untuk urusan jual-beli adalah salah satu cara yang terbaik untuk menemui seseorang yang berkongsi minat yang sama! Pertemuan tersebut juga membolehkan anda memastikan sebarang urusan adalah dipersetujui oleh semua pihak.

Sekiranya sukar untuk berjumpa, sesetengah orang juga lebih suka berurusan melalui pos atau khidmat penghantaran. Untuk penjual, pastikan anda terima bayaran sebelum menghantarkan barangan kepada pembeli. Untuk pembeli pula, kami mencadangkan supaya memilih khidmat pos tracking untuk memastikan barangan yang dibeli diterima mengikut jadual yang ditetapkan dan tidak hilang. Untuk barangan mahal, ianya amat disyorkan untuk penjual dan pembeli bertemu di tempat yang selamat.

Untuk lebih lagi tips menjual dan membeli secara selamat, sila ke:
https://support.carousell.com/hc/en-us/articles/115009696128

Kami pasti dengan mengikuti tips-tips yang diberikan, pengalaman anda di aplikasi ini bersama komuniti Carousell akan menjadi lebih bermakna.

Selamat ber-Carousell! 🎊

Jus Lentik Dara



💥 10 KEBAIKAN UTAMA JUS LENTIK DARA💥
.
❤Turunkan Berat Badan
❤Kulit Semakin Cerah Sekata
❤Hilangkan Jerawat/Jeragat
❤Hilangkan Perut Boncet
❤Hilang Lenguh2 Badan
❤Bagi Tenaga Pada Badan
❤Rawat Masalah Sembelit
❤Rawat Masalah Senggugut
❤Rawat Masalah Keputihan
❤Banyakkan Lagi Susu ibu
.
💃Amalkan LENTIK DARA boleh buat anda dapatkan kulit yang Cantik, Cerah, Gebu, Putih Sekata.
.
Ramai yang tertanya2 apa ada dalam LENTIK DARA??
.
💃Dalam LENTIK DARA juga Ada GLUTATHIONE, Ianya Supergirl Of AntiOxidant, Berfungsi utk Detox Toksid Dalam Badan, Bahan Untuk Pencerahan Kulit Wajah & Badan, Mengurangkan Parut, Mencantikkan Kulit, Improve Complexion, Anti Aging, Awet Muda, Mengurangkan Melanin, Antikanser.
.
Sambil Turun Berat, Kulit pun Cantik 😍

Harga : RM70.00 sebotol (termasuk pos)
1 botol - 250 ml, tahan 25 hari
.
📲 Whatsapp
www.wasap.my/60139790000/lentikdara

 

 

Khamis, November 14, 2019

Bank Rakyat sasar siswazah mendaftar DuitNow menerusi kempen BR DuitNow@Uni


Bank Rakyat menyasarkan lebih 100,000 siswazah mendaftar DuitNow melalui perkhidmatan perbankan Internet, iRakyat menjelang akhir 2020 menerusi kempen BR DuitNow @ Uni.

Kempen itu adalah kerjasama antara Bank Rakyat dan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) serta institusi pengajian tinggi (IPT) bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan generasi muda untuk melakukan transaksi kewangan melalui kaedah berkenaan.

Ketua Pegawai Perbankan Runcit Bank Rakyat, Dr Mohammad Hanis Osman, berkata inisiatif itu selaras dengan peralihan perniagaan Bank Rakyat yang berkonsepkan pendigitalan bersandarkan pelaksanaan pelan lima tahun Bank Rakyat 2025, untuk memastikan bank terus relevan.

“Melalui kerjasama PayNet, kita percaya pengenalan kempen ini (BR DuitNow@Uni) akan menjadi medium terbaik dalam usaha Bank Rakyat sebagai Bank Lestari untuk mengintegrasikan kelestarian dalam strategi perniagaan bank yang disasarkan kepada golongan millennial seperti mahasiswa,” katanya selepas majlis perasmian Festival Konvokesyen Ke-14 (FESTKON) Universiti Malaysia Perlis di Arau.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor UniMAP berkenan berangkat merasmikan Kempen BR DuitNow@Uni itu.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir Naib Canselor UniMAP Prof Ir. Ts. Dr R Badlishah Ahmad. UniMAP menjadi universiti awam pertama dilancarkan kempen itu.

Mohammad Hanis berkata Bank Rakyat turut memperkenalkan kempen Duit Belanja melalui DuitNow kepada pelanggannya yang mendaftar DuitNow di iRakyat bermula semalam dan berakhir pada 13 Januari tahun depan dengan tawaran hadiah bernilai RM20,000.

Selain itu, khusus kepada mahasiswa UniMAP, Bank Rakyat menawarkan hadiah utama berupa sebuah motosikal termasuk hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.

Beliau berkata kempen BR DuitNow@Uni akan menjelajah beberapa IPT terpilih sepanjang tempoh kempen itu berlangsung.

Sementara itu, Timbalan Pengarah PayNet, Khairuan Abdul Rahman, berkata pihaknya menyasarkan lebih 9.5 juta pengguna akan mendaftar melalui perkhidmatan DuitNow pada akhir tahun depan.

Setakat ini, lebih 7.7 juta pengguna berdaftar melalui perkhidmatan itu.

Khairuan berkata perkhidmatan DuitNow boleh didapati hampir di semua bank tempatan dan bukan bank tempatan.

“DuitNow telah dilancarkan pada Januari lalu. Matlamat utamanya untuk mengurangkan penggunaan tunai dan cek. Orang ramai boleh mendaftar melalui bank pilihan masing-masing dan ia percuma,” katanya.

- BERNAMA

Jumaat, November 08, 2019

Penapis Air Cuckoo Xcel Hanya RM70 sebulan


RM70 sebulan!

💫7 tahun warranty
💫7 tahun servis
💫7 tahun penukaran filter

PROMOSI TERHAD! BILA-BILA MASA SAHAJA AKAN DITAMATKAN!

Penapis Air CUCKOO XCEL

+ 3 suhu - panas/sejuk/chilly
+ Air mineral beralkali ringan
+ Jimat elektrik
+ Pemasangan percuma
+ Pendaftaran percuma
+ Penghantaran percuma
+ External faucet percuma
+ Jimat Ruang
+ Digital

Ayuh jangan lepaskan peluang ini!

Sebarang pertanyaan: www.wasap.my/60139790000/xcel70

 

 

Isnin, September 23, 2019

Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 32 - 2019


SENARAI PEMENANG ABPBH 32

Kategori Utama

Bintang Paling Popular: Mira Filzah

Artis Baharu Lelaki Popular: Adam Lee

Artis Baharu Wanita Popular: Haneesya Hanee

Pelakon TV Lelaki Popular Alha Alfa: Syafiq Kyle

Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa: Mira Filzah

Pelakon Filem Lelaki Popular: Fattah Amin

Pelakon Filem Wanita Popular: Mira Filzah

Penyanyi Lelaki Popular DuitNow: Khai Bahar

Penyanyi Wanita Popular DuitNow: Siti Nordiana

Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular: Dayang Nurfaizah & Hael Husaini

Artis Komedi Popular: Zizan Razak

Artis Versatil Popular: Janna Nick

Pengacara TV Popular: Siti Nordiana

Penyampai Radio Popular: DJ Lin (Suria FM)

Artis Indonesia Popular: Laudya Cynthia Bella

Artis Korea Popular: BTS

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Raihan

 

Khamis, September 12, 2019

Contoh Soalan Peperiksaan Online Juruaudit


Contoh Soalan Peperiksaan Online Juruaudit

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Nak panduan dan contoh soalan Peperiksaan Online Juruaudit?
Wassap 013 979 0000
www.wasap.my/60139790000/soalanjuruaudit

P/S: Anda boleh share post ni agar calon lain yang masih 'blur' tentang ujian ini dapat faham.


Isnin, Ogos 19, 2019

Selasa, Julai 30, 2019

Cara kurangkan demam panas


Berikut adalah antara perkara yang boleh dilakukan di rumah untuk kurangkan demam panas. Namun, hanya untuk demam yang ringan iaitu kurang daripada 38 darjah Celsius dan tiada komplikasi.

1. Banyakkan minum air

Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam badan.

2. Makan hidangan ringan

Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup.

3. Mandi air suam

Cuba mandi dengan menggunakan air suam untuk meredakan demam.

4. Jangan selimut

Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan.

5. Makan ubat

Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam.

6. Mendemah

Ini orang-orang dulu biasa buat. Cuba mendemah bahagian badan seperti kepala, kaki dan abdomen dengan tuala basah boleh juga menurunkan suhu badan.
 

Isnin, Julai 29, 2019

Bijak atur strategi niaga



Saya ingin kongsikan kisah Inspirasi Niaga yang disiarkan dalam Utusan Malaysia 15 April 2019.

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Itu pepatah yang sesuai bagi menggambarkan kegigihan seorang gadis muda dalam membina sebuah empayar perniagaan pusat kecantikan yang kini mempunyai 19 buah cawangan di seluruh Malaysia.

Gadis cantik persis model, Nor Sahidah Mohammad, 28, tidak kekok berkongsi pengalaman selok-belok dunia pemasaran bagi membantu melebarkan sayap perniagaan.

Pemasaran seperti yang kita tahu memerlukan perancangan dan strategi yang teliti dalam usaha merancakkan sesebuah perniagaan  dalam bidang yang diterokai.

Nor Sahidah atau lebih mesra disapa Shida kini mengorak langkah ke hadapan dengan pantas dan cemerlang apabila dilantik jawatan sebagai pengarah pemasaran di sebuah spa kecantikan, MBH Medispa yang diusahakan sejak 10 tahun lalu.

Gadis yang belum menginjak usia 30-an ini berjaya memecahkan persepsi masyarakat bahawa usia muda tidak mampu menyandang jawatan tinggi dalam syarikat.

Memikul tanggungjawab sebagai salah seorang pengarah di syarikat Moha Group Sdn. Bhd., Shida yakin bekerja keras dan berusaha tanpa jemu menjadi kunci kejayaan kepada kerjayanya kini.

Meskipun tidak mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang perniagaan, namun Shida yang merupakan graduan Diploma Kesetiausahaan, Politeknik Port Dickson berjaya membuktikan bahawa sesiapa sahaja boleh meraih kejayaan dengan usaha yang gigih.

Menurutnya, perniagaan yang bermula dari angka kosong itu kini mula menapak ke seluruh negara dan semakin mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

“Tak perlu malu untuk berniaga dan tak perlu malu untuk mula dari bawah  kerana perniagaan adalah pekerjaan yang paling mulia. Malah, Rasulullah sendiri turut terlibat dalam bidang perniagaan.

“Kita perlu berani mengambil risiko dan mencuba perkara baharu kerana tiada perkara datang dengan mudah tanpa sebarang usaha, ‘try and error’ belajar dari kesilapan,” katanya kepada Mega Rona.

Mengulas lanjut, gadis kelahiran Kajang, Selangor ini memberitahu memiliki minat yang sangat mendalam dalam bidang perniagaan. Minat itu katanya menjadikannya seronok bekerja sekali gus membuatkan apa sahaja yang dilakukan dirasakan amat mudah. Ini termasuk mendapatkan idea daripada pelbagai sumber bagi mengembangkan perniagaan.

“Seperti kita tahu dalam sesuatu perniagaan perlu bijak merancang strategi dan berani mengambil risiko untuk merangka perjalanan perniagaan kita pada masa depan.

“Bagi saya pengalaman dalam bidang perniagaan sebenarnya paling penting untuk mengatur selok-belok perniagaan di samping belajar daripada individu yang lebih mahir selain melakukan kajian menerusi teknologi sedia ada,” katanya.

Tambahnya, bidang pemasaran juga banyak mengajar beliau tentang cara berfikir, menyusun strategi kempen, cara mengurus operasi, kewangan, staf dan bagaimana untuk memastikan pulangan yang terbaik dapat diraih menerusi setiap pelaburan.

Di sebalik kejayaan itu katanya, beliau pernah mengalami kisah hitam dalam dunia perniagaan apabila ditipu oleh orang yang paling dipercayainya iaitu individu terbabit melakukan penyelewengan wang syarikat.

“Ketika itu saya memilih untuk tidak bercerita kepada sesiapa dan tidak mahu mengaibkannya. Saya banyak berdoa kepada Allah dan meminta petunjuk-Nya. Saya memaafkannya kerana bagi saya, itu adalah jalan yang terbaik,” katanya.

Transformasi minat kepada perniagaan

Figura cantik tinggi lampai ini turut mempunyai minat dalam bidang kecantikan dari penjagaan rambut hingga ke hujung kaki.

Nor Sahidah mula menceburkan diri  dalam bidang perniagaan pada 2009 dengan membantu kakaknya berniaga secara dalam talian iaitu menjual produk kecantikan menerusi laman sosial.

Menurutnya, perniagaan yang dimulakan secara kecil-kecilan itu pada mulanya tidak mempunyai sebarang aset. Namun katanya,  lama-kelamaan perniagaan yang diusahakan bersama keluarga berjaya meraih keuntungan sekali gus membentuk  syarikat perniagaan yang kukuh seperti hari ini.

“Untuk membina nama  dalam  perniagaan bukanlah mudah. Namun, sekiranya kita minat terhadap sesuatu perkara dan berusaha bersungguh-sungguh, insya-Allah segala halangan dapat diatasi.

“Perlu diingat, setiap perniagaan ada risikonya. Justeru, kita perlu cekal mengharungi cabaran bagi membina sebuah perniagaan yang berjaya,” ujarnya.

Tambahnya, bagi mereka yang baharu sahaja ingin berjinak-jinak dalam dunia perniagaan, mereka harus bermula dengan apa yang ada dan tidak semestinya dengan modal yang banyak.

“Saya bermula dengan platform media sosial sahaja semasa mula-mula terlibat dalam bisnes pusat kecantikan ini. Dari situ saya dapat melihat betapa pentingnya kita merebut peluang daripada kecanggihan teknologi masa kini.

“Selain memanfaatkan teknologi yang ada, mereka yang ingin menceburkan diri dalam dunia keusahawanan juga boleh fokus pada bidang yang mereka minati dan menukarnya kepada satu peluang untuk perniagaan,” katanya.

Belajar jadi pemimpin berwibawa

“Kalau kita nak berputus asa, fikir dahulu berapa mulut yang perlu disuap, bukan sahaja staf, isteri, malah anak-anak mereka.”

Itulah kata-kata yang menjadi penguat semangat kepada Nor Sahidah selaku pengarah pemasaran syarikat MBH Medispa dalam mengharungi pahit getir menceburi dunia perniagaan.

Menurutnya, selain mengendalikan perniagaan, beliau turut menguruskan pekerja seramai 80 orang di semua cawangan  seluruh negara.

“Untuk menjadi seorang pemimpin, kita tidak boleh terlalu menekan, sebaliknya perlu mendidik secara baik dan memberi peluang kepada mereka untuk turut aktif mengendalikan perniagaan.

“Bagi diri saya, setiap orang ialah modal insan yang tersendiri dan kita perlu belajar daripada mereka,” katanya.

Tambahnya, pengalaman dan kesusahan untuk mencari wang turut mengajarnya supaya lebih bersyukur dan berkongsi rezeki yang dimiliki dengan orang yang memerlukan.

“Saya tekad membantu lebih ramai staf untuk maju dalam kehidupan mereka.

“Ini kerana saya pernah berada di ‘puncak’ dan pernah menikmati nilai ringgit yang banyak, namun pada satu saat saya mengalami kesusahan apabila nilai ringgit yang saya pegang ketika itu merosot dengan pantas,” katanya berkias.

 

Khamis, Julai 25, 2019

Cuckoo Xcel Hot Cold Room Alkaline Water Purifer



Kita straight to the point

7 tahun PERCUMA servis
7 tahun PERCUMA filter
7 tahun PERCUMA apa apa kerosakan
7 tahun PERCUMA kos spare parts

Berapa bayaran sewa bulanan?

Cuckoo Xcel Hot Cold Room Alkaline Water Purifer hanya RM70 sebulan tanpa deposit.

Untuk pemasangan & pertanyaan sila wassap ☎️ 013 979 0000
www.wasap.my/60139790000/cuckoo

 


#cuckoo
#xcel
#penapisairmurah
#waterfilter
#adhazain
#myadha

 

 

Isnin, Julai 15, 2019

Kad Debit-i Bank Islam BIMB - UiTM

 

Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) hari ini melancarkan ‘Kad Debit-i Alumni’ sebagai usaha untuk membantu universiti itu menjana pendapatan jangka panjang.

Kad yang memaparkan logo UiTM, boleh dimiliki oleh pemegang kad Bank Islam khususnya kakitangan UiTM, pelajar dan alumni dengan cara menukar kad debit sedia ada di cawangan bank itu ataupun menambah koleksi kad dengan menjadi pelanggan baharu bank berkenaan.

Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Dr Mohd Azraai Kassim, berkata kad debit UiTM- Bank Islam adalah antara usaha sama kedua-dua pihak dalam usaha menjana hasil, selain sebagai penjenamaan kepada UiTM.

Menerusi kerjasama itu, RM4 daripada caj tahunan yang dikenakan ke atas pemegang kad akan disalurkan ke akaun alumni universiti. 

“Selain menikmati faedah kad debit, saya percaya dengan statistik kakitangan, pelajar dan alumni UiTM yang ramai, kita secara langsung menyumbang kepada proses penjanaan pendapatan universiti,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Pelancaran Kad Debit-i Alumni Bank Islam Malaysia, di UiTM di sini, hari ini. Turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif BIMB, Mohd Muazzam Mohamed.

Mohd Azraai berkata, BIMB adalah bank utama untuk UiTM sejak 2004, yang mana 75 peratus kakitangan serta 95 peratus pelajar universiti itu pemegang kad Debit-i Bank Islam Visa.

“Kerjasama ini juga dilihat sebagai satu inisiatif berkesan dalam merancakkan persekitaran ‘Cashless University’ yang sedang diusahakan oleh Pejabat Bendahari,” katanya.

Sementara itu, Mohd Muazzam berkata, pihaknya menyasarkan lebih 30,000 kad BIMB dengan jenama UiTM akan digunakan oleh warga universiti berkenaan.

“Kad debit ini bukan sahaja mempunyai reka bentuk yang unik dan menarik, malah pemegang kad secara langsung dapat menyumbang kepada pendapatan tabung alumni universiti.

“Hasil yang akan disalurkan ke tabung alumni akan digunakan untuk membantu pelajar dalam menjalankan aktiviti serta bantuan kewangan bagi pelajar kurang berkemampuan.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih malah berbangga kerana BIMB diberi kepercayaan untuk menjadi bank utama UiTM sejak 2004 dan saya mengharapkan kerjasama ini dapat memanfaatkan kedua-dua pihak,” katanya.

 

 

Selasa, Julai 02, 2019

Contoh Soalan Peperiksaan SPA Gred 17 & Gred 19



Kepada yang dipanggil ke exam SPA bagi jawatan-jawatan Gred 17 & 19, boleh mendapatkan rujukan dan persediaan pantas di : http://semakan.info/seksyen/28

Contoh soalan untuk seksyen A (Pengetahuan AM), Seksyen B (Penyelesaian Masalah) dan Seksyen C (Bahasa Inggeris).

Isnin, Mei 06, 2019

Ujian Psikometrik



Ujian Psikometrik macam dah jadi
tapisan wajib untuk masuk kerja
kerajaan.

Tak susah pun ujian ni. Ianya
lebih kepada nak tapis calon
yang betul-betul sesuai dengan
jawatan yang dipohon.

Key paling utama dalam nak
sukses ujian ini adalah;

"SEMBUNYIKAN nilai negatif,
TONJOLKAN nilai positif"

Contohnya soalan sebegini;

>> Ada kajian menunjukkan merokok
memberikan ketenangan kepada
pekerja yang 'stress'. Apa pandangan
anda?

Jika soalan ini ditanya kepada
perokok, pastinya dia akan
bersetuju dengan kenyataan ini.
Lagi pulak ianya hasil dari kajian.

Soalan ni bukan berkaitan benar
atau salah tapi ianya nak kesan
'anda perokok atau tidak'

Teeeeettttt!
.
Opsss, perokok dan penyokong
perokok dah dikesan.
.
Perlu ingat, aktiviti merokok
adalah dilarang di tempat awam. Ianya dah jadi
amalan negatif.
.
Nampak tak macam mana ianya
bakal 'memerangkap' anda.
.
Hati-hati. Ada 'jerangkap' yang anda
tak sedar.
.
Untuk lebih rujukan dan tip untuk
sukses ujian Psikometrik ini,
boleh semak rujukan ini;

[+] https://go.infotambahan.com/ujian-psikometrik/28
.
Ada contoh soalan dan jawapan
juga untuk mudahkan anda faham.

Ahad, Mei 05, 2019

Penapis Air Murah Cuckoo



Penapis air CUCKOO mampu milik.

Dgn hanya serendah rm75.47 sahaja sebulan anda mampu memiliki model King Top ini..
Ya, penapis air CUCKOO menghasilkan air mineral beralkali ringan sesuai dgn keperluan tubuh anda.
- Tiada yuran pendaftaran.
- Percuma pemasangan.
- Percuma servis berkala.
- Percuma penggantian filter.
- Warranty.

Dapatkan sekarang

Untuk pemasangan & pertanyaan sila wassap ☎️ 013 979 0000
www.wasap.my/60139790000/cuckoo

 






Khamis, Mei 02, 2019

Selasa, April 09, 2019

Gejala Hidung Berdarah

 

Hidung berdarah dalam kalangan kanak-kanak berlaku secara tiba-tiba membimbangkan. Lazim menganggap mungkin disebabkan kecederaan dalaman yang teruk atau menghidap penyakit kronik.

Kekerapan hidung berdarah adalah normal dan biasanya disebabkan trauma luka pada bahagian dalam hidung sensitif, memandangkan tempat itu menjadi pusat pembentukan salur darah.

Pakar Pediatrik Hospital Pakar Avisena, Dr Roliza Ibrahim, berkata situasi ini disebabkan tabiat kanak-kanak yang gemar mengorek hidung.

Ini menyebabkan kecederaan pada salur darah dan lapisan mukosa hidung.

“Hidung terhantuk juga boleh menyebabkan perdarahan, disebabkan luka dan sangat jarang berlaku seperti patah batang hidung,” katanya.

Jika kanak-kanak menghembus hidung terlalu kuat atau termasuk benda asing juga boleh menyebabkan kecederaan pada salur darah pada bahagian berkenaan.

Bagi kanak-kanak mengalami alahan dan tidak boleh berada dalam keadaan terlalu sejuk, tabiat suka memicit atau menggosok hidung menyebabkan lapisan mukosa atau salur hidung mengalami kesan luka.

“Apabila cuaca sejuk, hidung menjadi jadi kering dan cepat terluka. Hidung yang selalu berair juga senang berdarah. Ini berlaku apabila rembesan hidung kering, menjadi tahi hidung, kemudian mengeras, luka dan seterusnya menyebabkan pendarahan,” katanya.

Dr Roliza berkata, ada kejadian darah tidak keluar daripada hidung tetapi menerusi tekak dan mulut, namun jangan khuatir kerana ini adalah gejala sama berlaku pada hidung terluka.

“Darah dari hidung mungkin ditelan dan menyebabkan mereka muntah keluar darah. Kesan luka dari salur darah mengalir ke belakang dan memasuki salur tekak,” katanya.

Walaupun hidung berdarah, status kebanyakan kanak-kanak ini adalah normal, namun begitu, perdarahan hidung boleh menjadi petanda masalah lain walaupun sangat jarang berlaku.

Antara faktor lain adalah dinding tengah hidung serget dan tidak normal, ketumbuhan dalam hidung seperti polip atau penyakit lain yang mungkin menyebabkan masalah perdarahan sebagai antara komplikasinya.

“Misalnya, kanak-kanak yang mengalami masalah pembekuan darah seperti penyakit buah pinggang kronik, hemophilia (penyakit disebabkan faktor pembekuan darah tidak normal) dan thrombocytopenia ( ini adalah bilangan platelet rendah yang disebabkan penyakit tertentu).

Dr Roliza berkata, ada beberapa teknik kecemasan boleh dilakukan ibu bapa jika anak mengalami pendarahan hidung.

“Kanak kanak perlu duduk tegak dan kepala ditundukkan selain badan membongkok sedikit ke hadapan. Arahkan kanak-kanak bernafas dengan mulut, picit hidung selama lima hingga 10 minit.

“Jika perdarahan masih belum berhenti, picit hidung lagi untuk lima hingga 10 minit.

“Letak kiub ais pada batang hidung kerana suhu sejuk mengecutkan salur darah dan ini menghentikan perdarahan,” katanya.

Sekiranya hidung masih berdarah selepas 30 minit, ibu bapa perlu bawa anak ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan ujian untuk memastikan tiada penyakit atau masalah lain.

Beliau berkata, bagi kanak kanak yang mengalami alahan, ubat mungkin diperlukan untuk memastikan hidung bebas dari hingus dan rembesan hidung.

“Anak boleh menggunakan semburan air garam, bertujuan memastikan hidung sentiasa bersih, elakkan mengorek hidung, ubah tabiat suka menghembus hidung terlalu kuat.

“Mereka perlu mengelak terkena bahan kimia seperti cecair pencuci tandas, kesan bau yang kuat bahan kimia tadi juga boleh menyebabkan berlaku pendarahan pada hidung,” katanya.

Sumber dari Berita Harian

 

 

 

 

Khamis, Mac 21, 2019

Saksikan MYTV Myfreeview Secara Percuma



Saksikan TV DIGITAL MYFREEVIEW Secara Percuma

- Nikmati Siaran TV Digital yang jelas
- Tiada gangguan hujan
- Tidak perlu internet
- Tanpa bayaran bulanan
- Tanpa kontrak

* Siaran Digital Berdefinisi Tinggi (SD/HD)
Saluran TV :

TV1, TV2, TV3 (HD), NTV7, TV8, TV9, AL-HIJRAH (HD), TV Okey, BernamaTV, Channel W, RTM NEWS (HD) dan RTM SPORT (HD)

Radio : Ai FM, Nas FM, Traxx FM, Minnal FM.
Harga dekoder hanya RM90 sahaja

Whatsapp : 013 979 0000
👉 wasap.my/60139790000/mytv

 

 

Rabu, Mac 13, 2019

Buka Akaun Semasa Perniagaan CIMB Percuma BizChannel



Hari ini buka Akaun Semasa Perniagaan untuk ADHA ZAIN NETWORK di CIMB Bank. Buka akaun perniagaan di CIMB sekarang lebih mudah dan cepat. Hanya perlu isi borang secara online dan pergi ke bank untuk sahkan dokumen. Tak perlu introducer dan tunggu 3-4 hari seperti Maybank. Tapi dalam kes saya, permohonan online keluar error dan terpaksa isi borang secara manual. Kebetulan pegawai bank yang uruskan akaun semasa ni follower blog saya. Dia hanya ambil masa 20 minit untuk buka akaun baru termasuk siapkan dengan kad. CIMB sudah permudahkan pembukaan akaun, cepat-cepat buka akaun semasa untuk perniagaan anda. www.cimbislamic.com.my/onlinebcai

BizChannel

Jika anda buka Business Current Account dengan CIMB, anda akan dapat pakej BizChannel iaitu sistem Internet Banking untuk perniagaan / syarikat secara percuma tanpa caj bulanan. Dengan BizChannel ini anda boleh bayar gaji pekerja terus ke akaun pekerja secara bulanan, buat caruman KWSP, PERKESO, demand draf, pindahan wang, dan sebagainya tanpa perlu ke kaunter bank. Berbisnes kini lebih mudah dan cepat.

 

 

Ahad, Mac 03, 2019

Buka Akaun Semasa Perniagaan Maybank




Alhamdulillah, berjaya membuka Akaun Semasa Perniagaan di Maybank Islamic (MIB) Kuala Terengganu di Jalan Air Jernih setelah mendaftar entiti baru di SSM pada minggu lepas. Membuka Akaun Semasa Perniagaan di Maybank sedikit cerewet berbanding bank-bank lain. Namun kesusahan itu berbaloi kerana kebanyakan pelanggan lebih gemar membayar menggunakan perkhidmatan Maybank. 

Selepas menghantar borang pada tengahari hari rabu, pada petang itu juga pegawai bank menelefon dan beritahu supaya datang pada pagi khamis kerana pihak bank sudah memberi lampu hijau. Biasanya semakan pembukaan akaun semasa mengambil masa 3-4 hari bekerja. Ada kalanya melebihi seminggu jika cawangan itu sibuk.

Saya sudah mempunyai Akaun Semasa Peribadi lebih 20 tahun dengan Maybank (dahulunya Pacific Bank di Jalan Banggol). Jadi, saya menjadi 'introducer' untuk diri sendiri, tidak perlu mencari introducer dari kalangan syarikat. Namun begitu, Maybank sudah tidak terima pemegang Akaun Semasa Peribadi sebagai introducer untuk buka akaun perniagaan / syarikat lain. Tapi jika kita sendiri sudah ada Akaun Semasa Peribadi lebih setahun, bank terima untuk menjadi introducer syarikat sendiri.

Semasa proses membuka akaun, pegawai bank akan bertanya pelbagai soalan mengenai perniagaan kita. Ini untuk memastikan akaun bank kita tidak digunakan untuk aktiviti yang menyalahi undang-undang. Jika anda terlibat dengan perniagaan yang melibatkan duit keluar masuk yang banyak, bukalah Akaun Semasa Perniagaan (SME First Islamic Current Account). Datanglah ke cawangan MIB di Jalan Air Jernih. Anda tidak digalakkan ke Maybank Cawangan Utama di Jalan Sultan Ismail kerana mereka lebih selektif dan biasanya akan meletakkan syarat yang bukan-bukan. Ada kalanya mereka akan meletakkan syarat supaya anda membeli produk kewangan dengan mereka.

Semoga entiti baru ini akan memberikan lebih kejayaan dan motivasi baru untuk lebih maju di masa depan, InsyaAllah. Selamat berniaga buat para usahawan. Wassap 013 979 0000 jika ada sebarang kemusykilan, pertanyaan atau peluang perniagaan produk anda untuk kami pasarkan.


Isnin, Januari 07, 2019

Giliran negeri mana untuk jadi Agong?



Peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong akan disusuli dengan pemilihan ketua negara baru buat Persekutuan Malaysia.

Majlis Raja-raja akan bermesyuarat untuk membincangkan perkara itu, tetapi tidak jelas sama ada keputusan akan dibuat secara segera.

Pada masa ini, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah - yang juga timbalan Yang di-Pertuan Agong - akan menjadi pemangku Yang di-Pertuan Agong. Agong dipilih berdasarkan sistem penggiliran setiap lima tahun.

Menurut senarai, giliran seterusnya adalah Pahang. Namun Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah tidak sihat dan takhta kini dipangku anaknya Tengku Abdullah.

Situasi ini mempunyai persamaan ketika giliran Kelantan. Pada masa itu, bapa Sultan Muhammad V, Sultan Ismail Petra juga tidak sihat. Namun perbezaan utama adalah ketika giliran Kelantan, Sultan Muhammad V sudah pun menjadi sultan Kelantan.

Sultan Ismail Petra mengalami serangan jantung pada 2009 dan Sultan Muhammad V diangkat menjadi sultan.

Tengku Abdullah pula hanyalah pemangku dan bukan sultan secara rasmi.

Jika Majlis Raja-raja memutuskan ia tidak boleh memilih Yang di-Pertuan Agong baru dari Pahang, giliran seterusnya adalah Johor yang diperintah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Negeri selepas Johor adalah Perak.

Walaubagaimanapun,  undian secara rahsia akan dijalankan di kalangan sembilan Raja Melayu bagi menentukan siapa bakal Yang di-Pertuan Agong seterusnya. Ia tidak semestinya mengikut giliran.

Jika proses pemilihan berjalan lancar, Yang di-Pertuan Agong baru akan ditabalkan pada April 2019.

Yang di-Pertuan Agong letak jawatan




Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa 6 Januari 2019 (Ahad).

Perkara itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Wan Ahmad Dahlan Abd Aziz melalui kenyataan media Istana Negara hari ini.

Dalam kenyataan itu, turut dinyatakan bahawa baginda berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi kerjasama mentadbir negara dan berharap rakyat Malaysia terus mengekalkan perpaduan.

Sultan Muhammad V yang merupakan Sultan Kelantan ke-29 ditabal menjadi Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember 2016.

Baginda menggantikan Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dari Kedah.

Jawatan Yang di-Pertuan Agong yang juga merupakan ketua negara menggunakan sistem penggiliran yang diberikan kepada Raja-Raja Melayu dari negeri yang dahulunya dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.

Sultan Muhammad V bercuti sejak Nov lalu dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memangku jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua bulan yang berakhir 31 Dis lalu.

Perkembangan terbaru ini mengesahkan khabar angin yang mula tersebar minggu lalu.

Berikut merupakan kenyataan penuh Istana Negara:

"Bagi menjujung titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V, dengan ini lstana Negara memaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV berkuatkuasa 6 Januari 2019 (Ahad) bersamaan 29 Rabiulakhir 1440H selaras dengan Perkara 32(3) Perlembagaan Persekutuan.

"Baginda telah memaklumkan perkara ini secara rasmi kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja melalui warkah yang telah diutuskan kepada Setiausaha Majlis Raja-raja.

"Sepanjang menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong, Baginda telah berusaha untuk memenuhi tanggungjawab dan amanah selaku Ketua Negara, berperanan sebagai tunggak kestabilan, sumber keadilan, teras perpaduan dan payung penyatuan di kalangan rakyat.


"KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku menzahirkan ucapan terima kasih kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja yang telah memilih Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong XV bermula 13 Disember 2016.

"Baginda juga menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan yang telah memberi kerjasama dalam mentadbir negara. Selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera, Baginda amat berbangga dengan pengorbanan serta taat setia yang telah dicurahkan kepada Baginda dan negara selama ini.

"Kepada rakyat Malaysia, KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku bertitah supaya rakyat Malaysia terus bersatu mengekalkan perpaduan, bertolak ansur dan bersepakat dalam memikul tanggungjawab terhadap negara yang berdaufat ini supaya Malaysia terus berada dalam keadaan aman dan harmoni." 

Recent Posts