Top Ad 728x90

, , , ,

Resepi Ayam Goreng Ala McD

Resepi Ayam Goreng McD



McDonald’s Malaysia memperkenalkan semula menu hidangan berasaskan ayam iaitu Ayam Goreng McD yang telah diperkenalkan sejak 1986.

Ayam Goreng McD sememangnya mempunyai citarasa yang istimewa, tepung yang rangup dan daging ayamnya juga empuk berjus membuatkan pelanggan tidak pernah jemu untuk menikmatinya sebagai hidangan harian tidak kira waktu makan tengahari atau pun malam.

McDonald’s memperkenalkan ‘Share Box’ yang membolehkan Ayam Goreng McD dibeli dalam kuantiti yang lebih banyak. Share Box ditawarkan kepada semua peminat Ayam Goreng McD di Malaysia dalam kuantiti 5 atau 9 ketul ayam, masing-masing berharga RM23.50 dan RM39.95. Terdapat dalam pilihan perisa asli (original) dan pedas (spicy).

Ayam Goreng McD™ dihantar segar ke restoran setiap hari dan boleh didapati selagi stok hariannya masih ada. Ini kerana sejak diperkenalkan semula, ayam goreng McD mendapat sambutan hangat luar biasa sehingga ia kehabisan stok. Ayam Goreng McD™ ‘Biasa’ yang kehabisan stok  akan kembali semula di cawangan McD pada 20 April 2017 (Khamis). 

Resepi Ayam Goreng Ala McD

Bahan-bahan:
1 ekor ayam, potong sesuai selera masing–masing.
7 ulas bawang putih (90 gram), dihaluskan
1 buah tomato segar/ 1 sudu  tomato paste
8 ulas bawang merah, dihaluskan
3 sudu makan garam 
3 sudu teh serbuk lada putih (white pepper)
1 sudu serbuk lada merah (merica)
1 sudu serbuk lada hijau (oregano)
minyak masak untuk menggoreng secukupnya
1 biji telur
100 ml susu cair

Bahan Tepung:
500gm tepung
2 sudu teh bawang putih
2 sudu teh bawang merah
4 sudu teh garam 
3 sudu teh lada merah

Cara Mengadun :
Tumbuk halus semua serbuk lada (bawang putih, garam, dan serbuk lada), lumur ayam dengan serbuk lada halus, perapkan semalaman.

Celup ayam ke campuran susu cair dan telur, gulingkan dalam campuran tepung, bawang putih, garam, dan serbuk lada. Untuk hasil yang lebih tebal, celupkan lagi ke campuran telur + susu lalu gulingkan lagi ke campuran tepung. Lakukan 2 kali lagi (kalau mahu lebih tebal).

Cara Menggoreng:

Tips goreng ayam untuk mendapatkan ayam yang juicy di dalam dan garing di luar. Panaskan minyak biar betul-betul panas. Apabila api besar, masukkan ayam. Sudah masuk ayam terus kecilkan api. Agak2-agak sudah garing besarkan semula api sekejap. Lepas itu angkat dan toskan minyak.

Selamat Mencuba Ayam Goreng Ala McD :)

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90