Catatan

Teks Ucapan Belanjawan Malaysia 2021

Imej
  Datuk Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bernama "Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2021 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dibaca bagi kali kedua sekarang." MUKADIMAH 1. Bismillahirrahmanirrahim, atas segalanya, kepada Tuhan kita memohon pertolongan dan petunjuk. Selawat dan salam serta seluruh puji-pujian buat junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahualaihi Wassalam. Begitu juga buat Datuk Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, serta seluruh rakyat Malaysia yang dikasihi. 2. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, saya diberi peluang untuk membentangkan Belanjawan 2021 padakala negara serta seluruh isinya amat perlu dibantu. 3. Kepada saudara-saudari yang sedang melihat di kaca tv, yang mendengar di radio, atau yang menelaah di media baharu, tidak kira walau di mana anda berada – hari ini ialah har