Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ydpa letak jawatan

Yang di-Pertuan Agong letak jawatan

Imej
Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa 6 Januari 2019 (Ahad). Perkara itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Wan Ahmad Dahlan Abd Aziz melalui kenyataan media Istana Negara hari ini. Dalam kenyataan itu, turut dinyatakan bahawa baginda berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi kerjasama mentadbir negara dan berharap rakyat Malaysia terus mengekalkan perpaduan. Sultan Muhammad V yang merupakan Sultan Kelantan ke-29 ditabal menjadi Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember 2016. Baginda menggantikan Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dari Kedah. Jawatan Yang di-Pertuan Agong yang juga merupakan ketua negara menggunakan sistem penggiliran yang diberikan kepada Raja-Raja Melayu dari negeri yang dahulunya dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. Sul