Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tugas pegawai tadbir diplomatik

Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41

Imej
Pegawai Tadbir dan Diplomatik merupakan pegawai-pegawai berkelulusan ijazah universiti yang dilatih di INTAN. Biasanya lulusan INTAN menjadi pegawai barisan hadapan seperti pegawai daerah, pegawai kedutaan, duta dan sebagainya. Tugas sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik adalah merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat. Syarat lantikan untuk kemasukan ke Pegawai Tadbir Diplomatik ; 1. Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. atau 2. Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajia