Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tips puasa

Tips elak cepat dahaga ketika berpuasa

Imej
  1. Jangan minum banyak air ketika sahur Jangan minum air dalam jumlah yang banyak semasa sahur kerana buah pinggang akan membuangnya dalam beberapa jam. Lebih baik anda memanjangkan jumlah air yang diminum dari waktu berbuka sehingga waktu bersahur. Doktor Ayman al-Hady menasihatkan individu untuk mengelakkan air yang sangat sejuk ketika berbuka kerana ia boleh menyekat kapilari darah sehingga sukar mencerna makanan. 2. Jangan minum air mengandungi kafein Elakkan air yang mengandungi kafein seperti kopi dan minuman ringan kerana sifat diuretiknya menyebabkan badan kehilangan air dengan cepat. Sebaiknya minum air yang mengandungi karob dan bunga raya yang tidak mengandungi warna tiruan kerana ia boleh melindungi tubuh daripada pelbagai penyakit. Kumpulan minuman ini mampu melembapkan badan dan mengimbangi kehilangan cecair. 3. Hindari makanan masin Hindari makanan masin seperti pickles , zaitun, dan ikan masin serta makanan yang mengandungi sejumlah besar rempah. Makanan