Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel terengganu assessment centre

Terengganu Assessment Centre (TAC) untuk Pemilihan Pegawai Tadbir N41

Imej
Pada November 2016 akan diadakan Program  Terengganu Assessment Centre (TAC) untuk pemilihan Pegawai Tadbir Negeri N41 atau singkatannya PTN . Assessment untuk Pegawai Tadbir Negeri Terengganu ini akan diadakan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Timur di Kemaman, Terengganu. Terengganu Assessment Centre (TAC) adalah peringkat kedua pemilihan selepas peperiksaan khas Pegawai Tadbir. Selepas Assessment ini, temuduga pemilihan pula akan dijalankan untuk memilih senarai calon yang layak dilantik ke jawatan Pegawai Tadbir Negeri N41. Selepas pendaftaran, peserta akan diberi nombor giliran. Tajuk untuk public speaking akan diberikan semasa pendaftaran bagi membolehkan calon membuat persediaan awal. Secara umumnya sesi Assessment ini melibatkan aktiviti untuk penilaian seperti berikut: Aktiviti Perbincangan dan Tugasan Peserta akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan mempunyai sekitar 11 orang peserta. Setiap kumpulan dinilai o