Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel suhu badan tinggi

Saringan suhu badan yang betul

Imej
  Hanya yang bacaan suhu badan memenuhi SOP akan mendapat lampu hijau untuk masuk daripada pengawal keselamatan yang ditugaskan untuk membuat pemeriksaan. Langkah ini amat penting untuk memastikan tiada penularan wabak COVID-19. Namun begitu, adakah pengambilan suhu itu benar-benar mengikut SOP yang ditetapkan? Persoalan paling penting, adakah anda yakin bahawa bacaan suhu itu adalah tepat mahupun sebaliknya? Ini yang dipersoalkan oleh Pakar Paru-Paru Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Helmy Haja Mydin dalam satu ciapan di Twitter baru-baru ini, selepas mengunjungi sebuah restoran di sekitar kawasan Petaling Jaya. Beliau yang ketika itu sedang menunggu giliran untuk diperiksa suhu badan oleh pekerja restoran berkenaan terkejut sebaik melihat segala rekod suhu badan pelanggan sebelum ini yang dicatatkan mereka di sebuah buku. Agak luar biasa menurut Dr Helmy kerana semua suhu badan pelanggan yang datang ke restoran itu adalah di bawah suhu 36.0 darjah celsius iaitu 33.0, 3