Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sakit jantung

Inara perlu RM120,000 rawat saluran jantung terbalik

Imej
Seorang bayi berusia tiga bulan yang mengalami Transposisi Arteri Besar (TGA) memerlukan bantuan sejumlah RM120,000 untuk pembedahan di Hospital Gleneagles. Che Nur Ayesha Inara Che Muhamad Azri dari Banting, Selangor itu memerlukan bantuan bagi menjalani pembedahan Suis Arteri untuk meletakkan saluran darah utama di dalam ruang pam yang sesuai selepas mengalami saluran jantung terbalik. Ibunya, Syafiqah Walmasri, 23, berkata anaknya yang dilahirkan secara normal dan sihat pada awal kelahiran itu hanya menunjukkan masalah jaundis berpanjangan sepanjang tempoh dia berpantang. Katanya, perubahan anak sulungnya itu mula disedarinya apabila nafas kelihatan laju dan ada tanda kebiruan pada tangan serta kuku Che Nur Ayesha Inara. Kami terus dapatkan rawatan di Klinik Kesihatan dan Inara (panggilan anak) dirujuk ke Hospital Banting. "Dalam waktu begitu pantas, oksigen Inara terus menurun sehingga 1 dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang,

Pembedahan Transposition of the Great Arteries (TGA)

Imej
MEMORI 28 November 2013 Sembilan tahun yang lalu, anak sulung kami, Muhammad Ahsan Umar telah menjalani pembedahan Transposition of the Great Arteries (TGA) pada usia 22 hari. Pembedahan selama enam jam bermula dari 9.30 pagi sehingga 3.30 petang yang diketuai oleh Pakar Kardiologi IJN, Dr Sivakumar bersama dengan Team Dato' Dr Hassan, Mr Nam, Dr Keiko dan Dr Khairul Faizah. TGA adalah kecacatan jantung sejak lahir di mana pembuluh darah aorta dan pulmonari arteri jantung bertukar tempat dan keluar dari ventrikal secara salah. Ini menyebabkan pengaliran darah yang terbalik di mana darah yang kembali dari badan tidak pergi ke paru-paru tetapi kembali ke badan semula menyebabkan bayi mengalami kebiruan. Alhamdulillah, pembedahan BERJAYA. DR. SIVAKUMAR A/L SIVALINGAM. Doktor Pakar Jantung IJN yang mengetuai pembedahan jantung anakanda Muhammad Ahsan Umar pada 28 November 2013. Seorang yang 'soft spoken' dan fasih berbahasa Melayu. Beliau memberi penerangan yang jelas sebelum p

Ulangtahun ke-9 Umar

Imej
  Pada 6 November 2013 jam 4.42 petang, lahirlah seorang putera yang diberi nama Muhammad Ahsan Umar. Sebelum dilahirkan, doktor yang berada dalam Dewan Bersalin agak kelam kabut kerana bacaan oksigen 'drop' dan langsung tiada bacaan. Rupanya itu petanda yang bayi ini ada masalah. Sebaik dilahirkan, dia tidak menangis dan keseluruhan badan berwarna biru. Staf nurse terus bawa bayi ini ke bilik lain. Selepas itu barulah terdengar suara bayi menangis. Umar segera dibawa naik ke Neonatal Intensive Care Unit (NICU). Kami yang pertama kali pengalaman menerima cahaya mata tertanya-tanya apa yang terjadi sebenarnya kerana doktor dan jururawat tak cakap apa-apa pun. Beberapa jam selepas itu barulah saya diminta naik ke NICU. Doktor bertugas bertanya mengenai latarbelakang keluarga, sejarah penyakit dan sebagainya. Pada masa itu badan Umar sudah dipenuhi pelbagai wayar dan salur oksigen. Saya diminta mengazankan Umar dari tepi inkubator. Selepas diperiksa oleh Pakar Kardiologi barulah s

Transposition of Great Arteries (TGA)

Imej
  Dalam setiap 50,000 kelahiran, ada beberapa orang bayi yang dilahirkan dengan masalah TGA seperti Umar. Transposition of Great Arteries (TGA) atau Salur Arteri Terbalik adalah masalah jantung jenis biru (cyanotic heart defects) di mana pesakit kelihatan kebiruan semasa dilahirkan. Pembuluh darah aorta (salur darah berwarna merah) dan pulmonari arteri (salur darah berwarna biru) bertukar tempat (terbalik) dan keluar dari ventrikal secara salah. Ini menyebabkan pengaliran darah yang terbalik di mana darah yang kembali dari badan tidak pergi ke paru-paru tetapi kembali ke badan semula menyebabkan bayi mengalami kebiruan. Bayi yang dilahirkan dengan masalah TGA perlu menjalani pembedahan segera (dalam kes Umar, pembedahan pada usia 22 hari). Jika tidak, kemungkinan bayi tersebut tidak dapat bernafas secara normal dan akan menyebabkan kematian. Berbeza dengan bayi pesakit jantung berlubang di mana lubang tersebut boleh tertutup sendiri tanpa perlu pembedahan. Di Malaysia, Institut Jantun

Bayi jantung berlubang perlukan bantuan

Imej
  Seorang bayi lelaki berusia lima bulan yang mempunyai penyakit jantung berlubang dan masalah paru-paru sejak dilahirkan memerlukan sumbangan bagi menampung kos rawatan susulan. Muhammad Haziq Nazmi Anorazmi yang juga menghidap sindrom down perlu membuat rawatan susulan di Hospital Pulau Pinang dari semasa ke semasa bagi merawat masalah kesihatannya. Bapanya, Anorazmi Saad, 37, yang hanya bekerja kampung dan ibunya, Nor Hasliza Hashim, 35, pula seorang suri rumah tidak mempunyai sumber kewangan mencukupi bagi membiayai kos rawatan anak keempat mereka itu. Nor Hasliza memberitahu, pendapatan bulanan suaminya yang tidak menentu memberi tekanan kepada mereka untuk berulang-alik membawa anak mereka itu mendapatkan rawatan di Pulau Pinang. “Kami terpaksa menyediakan pembelanjaan kira-kira RM500 untuk tujuan sewa kereta, minyak, tol dan makan setiap kali membawa bayi kami ke Hospital Pulau Pinang. “Dengan pendapatan suami yang tidak sampai RM1,000 sebulan, memang kami terpaks

Ulangtahun Ke-2 Umar Pesakit Jantung TGA

Imej
Umar. 2 tahun. Waktu dilahirkan jam 4.42 petang 6 November 2013, seluruh badannya biru (gelap). Dia agak lambat menangis. Dikejarkan ke Unit ICU Pediatrik tanpa diletakkan di atas badan ibunya. Ibunya tak sempat pun melihat wajah Umar. Baru saya tahu itu prosedur apabila bayi disyaki ada masalah. Berbeza dengan adiknya Uwais yang diletakkan di atas badan ibu sejurus selepas lahir. Selepas itu bap a boleh azan bayi. Ketika troli katil ditolak ke wad, bayi diletak di celah kaki ibu. Itu tanda bayi itu sihat. Saya hanya boleh azan Umar tiga jam kemudian selepas dia dibersihkan, disambung dengan oksigen dan pelbagai wayar di seluruh badan dan diletakkan di dalam bekas khas. Selepas dua doktor pakar Hospital Kuala Terengganu memeriksa Umar, mereka cuba menghubungi HUSM Kubang Kerian namun mereka menolak dengan alasan doktor pakar sedang bercuti. Mujurlah pihak Institut Jantung Negara (IJN) memberi lampu hijau untu k menerima Umar. Hospital Kuala Terengganu tiada kemudahan untuk pe