Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pkp

Panduan Permohonan Syarikat Untuk Beroperasi Semasa PKP

Imej
  Pastikan anda membuat pendaftaran terlebih dahulu di laman sesawang yang telah dinyatakan dibawah dan berikan butiran-butiran seperti berikut:- Butiran Pendaftaran Syarikat Alamat surat menyurat dan Operasi Anggaran Pendapatan Jumla Pekerja Nyatakan Aktiviti ekonomi yang terlibat Hantar Pengistiharan Setelah mengisi segala maklumat yang diminta seperti langkah dua anda boleh hantarkan permohonan anda Semua permohonan akan diproses dan akan mengambil masa sehingga 5 hari Semua keputusan permohonan adalah tertakluk kepada pematuhan dan kriteria yang telah ditetapkan. Rujuk keputusan permohonan anda di CIMS 2.0 dan mereka yang lulus dan gagal hendaklah membuat tindakan seperti berikut. Jika Permohonan diluluskan CIMS 2.0 akan menjana surat kelulusan yang mengandungi Kod QR secara automatik. Pastikan semuak pekerja berdaftar membawa salinan surat kelulusan ini. Pihak berkuasa mungkin akan meminta dokumen pengenalan seperti ID pekerja atau surat perlantikan,sebagai tambahan

Kerajaan umum 'total lockdown' bermula 1 Jun 2021

Imej
  Kerajaan mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau 'total lockdown' Fasa Pertama di seluruh negara selama 14 hari, bermula Selasa ini hingga 14 Jun depan. Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan malam ini berkata, menerusi total lockdown atau perintah berkurung penuh itu, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Perkara itu diputuskan dalam Sidang Khas MKN Mengenai Pengurusan COVID-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, petang tadi. "Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes. "Setakat hari ini, seramai 2,552 orang telah meninggal dunia akibat wabak ini dan jumlah kematian semakin meningkat. "Kewujudan varian baharu yang lebih ganas dengan kadar kebolehjangkitan tinggi dan

Kerajaan belum mahu laksana PKP

Imej
  Kerajaan belum bercadang untuk melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara seperti sebelum ini berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19 termasuk rekod kes harian tertinggi sebanyak 287 kelmarin Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, penularan jangkitan Covid-19 dalam negara masih terkawal dengan sebahagian besar melibatkan kes-kes terasing di dalam penjara di Kedah dan Sabah. “Kita tidak akan mengisytiharkan PKP kerana kalau kita lihat hanya satu hingga tiga kes direkodkan di negeri-negeri lain dan ini bukan perkara yang membimbangkan. “Kalau ada satu atau dua kes, dan kita nak laksana PKP seluruh negara, sampai bila-bila pun negeri-negeri ini tidak boleh dibuka kerana PKP akan terus dikenakan seluruh negara,” katanya pada sidang akhbar khas di sini hari ini. Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, hanya 1.18 peratus daripada kira-kira 13,000 individu yang pulang dari Sabah sehingga hari ini lalu didapati positif Co