Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label pkob. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pkob. Papar semua catatan

Semakan Geran Khas Prihatin 2.0 (GKP 2.0)

by

 

Kepada mereka yang tidak sempat untuk membuat permohonan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 ) anda telah pun berpeluang untuk membuat permohonan Geran Khas Prihatin 2.0 (GKP 2.0) bermula 1-31 Oktober 2020.

Ianya adalah bantuan kewangan secara one-off bernilai RM3000 yang akan dibayar secara terus ke akaun bank anda kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan
produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Siapakah Yang layak:-

  • Rakyat malaysia dan bukannya penerima GKP 1.0 yang sebelum ini.
  • Menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
  • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000;
  • dan Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik;
  • dan Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
  • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020 ;
  • atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020;
  • dan Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Maklumat jawatan kosong kerajaan terkini ( Mohon disini )

Keputusan GKP 2.0

Umum mengetahui bahawa keputusan GKP 2.0 pada 15 Nov 2020 namun begitu kemaskini terbaru daripada laman sesawang LHDN keputusan GKP 2.0 akan diberitahu dari masa ke semasa yang akan terus di kemaskini melalui laman sesawang rasmi GKP 2.0 yang kami telah berikan pautannya dibawah.

Bilakan Pembayaran GKP 2.0 akan dibuat?

  • Pembayaran dijangka kan akan dilakukan bermula 25 Nov 2020.
  • Pembayaran akan di kreditkan ke akaun persendirian pemohon seperti yang telah didaftarkan pada permohonan GKP 2.0 dan akaun haruslah aktif.

Cara untuk membuat semakan Permohonan

Semakan permohonan boleh dibuat dengan melayari laman sesawang GKP.Hasil.gov.my dan Log Masuk untuk melihat status terkini permohonan anda.

Status permohonan terbahagi kepada 4 iaitu seperti berikut:-

Permohonan diterima : Ini bermaksud permohonan anda telah pun diterima

Dalam Proses : Permohonan anda masih lagi dalam Proses

Lulus : Ini bermakna anda layak untuk menerima GKP 2.0 dan wang akan dikreditkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Tidak Lulus : Ini bermakna anda tidak layak untuk menerima GKP 2.0 sebanyak RM3000

 


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90