Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pesakit jantung

Bayi perlu bantuan RM60,000 jalani pembedahan jantung

Imej
  Seorang bayi berusia 52 hari memerlukan bantuan sejumlah RM60,000 bagi menjalani pembedahan jantung berlubang yang dikesan sejak lahir. Muhammad Umar Alfarizqi Mohd Khairul Anan dilahirkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu mengalami masalah jantung berlubang jenis VSD (Vebtricular Spetal Defect) selain saluran injap tersumbat. Ibunya, Nur Adilah Zainudin, 26, berkata dia tidak mengalami sebarang masalah kesihatan serius kecuali berat badan berlebihan sepanjang anak sulungnya dalam kandungan. Katanya, hati ibu mana yang tidak sayu sebaik sahaja menjalankan pembedahan bagi proses kelahiran, doktor mengesan Muhammad Umar Alfarizqi mengalami jangkitan kuman paru-paru pada awalnya. "Ketika lahir doktor mengesan masalah paru-paru dialami Umar (panggilan anak) apabila bacaan oksigennya menurun dan jangkitan kuman. "Setelah diberikan ubat dan diletakkan di bawah pengawasan Unit Rawatan Rapi Bayi (NICU) selama beberapa minggu, doktor sahkan jantung anak kami berluba

Ulangtahun Ke-2 Umar Pesakit Jantung TGA

Imej
Umar. 2 tahun. Waktu dilahirkan jam 4.42 petang 6 November 2013, seluruh badannya biru (gelap). Dia agak lambat menangis. Dikejarkan ke Unit ICU Pediatrik tanpa diletakkan di atas badan ibunya. Ibunya tak sempat pun melihat wajah Umar. Baru saya tahu itu prosedur apabila bayi disyaki ada masalah. Berbeza dengan adiknya Uwais yang diletakkan di atas badan ibu sejurus selepas lahir. Selepas itu bap a boleh azan bayi. Ketika troli katil ditolak ke wad, bayi diletak di celah kaki ibu. Itu tanda bayi itu sihat. Saya hanya boleh azan Umar tiga jam kemudian selepas dia dibersihkan, disambung dengan oksigen dan pelbagai wayar di seluruh badan dan diletakkan di dalam bekas khas. Selepas dua doktor pakar Hospital Kuala Terengganu memeriksa Umar, mereka cuba menghubungi HUSM Kubang Kerian namun mereka menolak dengan alasan doktor pakar sedang bercuti. Mujurlah pihak Institut Jantung Negara (IJN) memberi lampu hijau untu k menerima Umar. Hospital Kuala Terengganu tiada kemudahan untuk pe

Arteri Jantung Terbalik (TGA)

Imej
Sambil melayari internet, terlihat gambar jantung ini. Ramai yang bertanya masalah jantung Umar dahulu. Umar ketika lahir mempunyai masalah injap jantung utama terbalik (dipanggil Transposition of the great arteries (TGA) di dalam Bahasa Inggeris). Kes ini biasanya terjadi kepada bayi yang baru lahir di mana dua injap utama jantung berada dalam kedudukan yang terbalik (songsang). Lihat gambar 1 a dalah gambar jantung normal iaitu anak panah hijau gelap - injap aorta bersambung dari kiri jantung (anak panah kuning) ke bahagian tubuh sementara anak panah putih adalah injap pulmonary dari kanan jantung (anak panah biru gelap) bersambung ke paru-paru. Gambar 2 pula gambar injap jantung terbalik di mana injap aorta berada pada kedudukan songsang dan ini menyebabkan oksigen tidak dapat dipam secukupnya ke jantung. Bayi TGA ini berwarna biru (gelap) selagi tidak dilakukan pembedahan. Alhamdulillah, Umar sudah sihat dan normal sekarang. Terima kasih IJN di atas kejayaan pembedahan pada Dis