Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pembersih udara pintar

Udara lebih bersih dengan pembersih udara pintar

Imej
  Banyak daripada kita pada hari ini lebih gemar untuk menghabiskan masa di rumah jika ada kelapangan. Walaupun masa banyak dihabiskan di rumah, seseorang itu masih memerlukan udara yang bersih dan segar bagi membuatkan hari-harinya lebih tenang. Bagi membolehkan setiap isi rumah mendapat udara segar walaupun berada di dalam rumah, syarikat elektronik terkemuka dari Korea Selatan, Samsung memperkenalkan pembersih udara pintar iaitu Samsung Smart Air Purifier. Pembersih udara tersebut mampu untuk memerangkap sehingga 99.97 peratus debu yang sangat halus dan memberikan udara lebih segar di dalam rumah. Peranti itu juga turut mempunyai tiga lapisan penapis yang berbeza yang direka secara berlapis bagi membolehkan zarah-zarah udara, gas berbahaya dan bakteria terperangkap. Dalam pada itu, walaupun anda berada di luar rumah, peranti itu dapat dikawal dari jarak jauh dengan aplikasi SmartThings Samsung bagi membolehkan anda mendapatkan udara segar sebaik sahaja masuk ke dalam