Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label neelofa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label neelofa. Papar semua catatan

Selebriti popular mula berpurdah

by

 

Perubahan positif yang dilakukan pengacara yang juga usahawan terkenal, Neelofa dengan memakai purdah telah mencetuskan fenomena baharu dalam kalangan selebriti wanita tanah air.

Tinjauan di laman media sosial mendapati beberapa selebriti wanita telah berkongsi dan memuat naik foto masing-masing dalam keadaan berpurdah.

Antara yang mencuri tumpuan ialah penyanyi, Ifa Raziah selain bekas ahli kumpulan Elite, Linda Rafar dan pelakon, Yatt Hamzah.

Berdasarkan kenyataan yang dimuat naik oleh selebriti berkenaan, rata-rata mereka menyambut baik perubahan yang ditunjukkan Neelofa selain memohon doa daripada peminat agar diberikan kekuatan untuk menjadi yang lebih baik.

Yatt atau nama sebenarnya, Hayati Hamzah yang memuat naik gambar dirinya mengenakan purdah berwarna putih me­nyatakan, dia begitu teruja melihat beberapa sahabat yang telah mengenakan purdah.

Sementara itu, bekas peserta Gegar Vaganza, Ifa Raziah juga tidak ketinggalan untuk bergambar dengan mengenakan purdah.

Tidak cukup dengan itu, bekas ahli kumpulan Elite, Linda Rafar turut memuat naik seke­ping gambar memakai purdah dan berjubah.

Linda turut menjadikan Neelofa sebagai inspirasi kepada diri­nya untuk terus menjadi seorang hamba Allah yang bertakwa.

Untuk rekod, sebelum Nee­lofa, Fynn Jamal, Ardell Aryana, Natasha Hudson antara selebriti tanah air yang telah mengenakan purdah.

Bagaimanapun, pada tahun lalu, Natasha dilihat tidak lagi mengenakan purdah kerana dikatakan telah mendapat izin suami­ untuk berbuat demikian. Begitu juga dengan Ardell Aryana.

Sumber : Kosmo!

Pelaburan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)

by


Pernah lihat iklan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) yang ada Neelofa tu? Apa beza Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB)? AHB berbeza dari ASB. AHB adalah pelaburan unit amanah dalam hartanah (property) di mana AHB membeli atau membina bangunan dan memberi sewa bangunan tersebut. Keuntungan dari penyewaan itulah diagih kepada pelabur. Manakala ASB adalah unit amanah dalam pelaburan saham (equity).

Ia berkait dengan pembelian saham syarikat. Isu halal haram timbul kerana ASB ada melabur dalam syarikat tidak patuh syariah. AHB tiada isu halal haram sebab ia berkait dengan pembelian dan penyewaan hartanah. Untuk melabur AHB boleh ke Maybank dan Ambank. Duit anda yang berkepok tu daripada lebur di Skim Cepat Kaya, lebih baik melabur di AHB. Pulangan yang lebih baik dan terjamin.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90