Keropok Lekor Losong Kak Yah
Kecoh pasal nama Keropok Lekor Losong. Nak Keropok Losong original dari Losong? Datanglah ke kedai dua pupu saya, Kak Yah Keropok Lekor Losong di Losong Haji Su, Jalan Kuala Hiliran, Kuala Terengganu. Kedai yang pertama (sebelah kiri) jika anda dari Pusat Bandaraya Kuala Terengganu (Pulau Kambing) dan kedai yang terakhir jika anda dari Muzium Losong. Saya menyaksikan sejak lebih 20 tahun kegigihan Kak Yah mula-mula berniaga keropok sehingga sekarang beliau berjaya membina empayar KY FOOD INDUSTRIES SDN BHD dengan memasarkan keropok lekor sejuk beku dan keropok keping ke seluruh Malaysia. Anda boleh duduk dan makan keropok di sini kerana kedai ini menyediakan tempat makan yang luas. Ada keropok lekor panjang, keropok bulat dan keropok goreng. LOSONG. Home of Keropok Lekor.