Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kena ludah hantu

Kena ludah hantu. Mitos atau penyakit kulit?

Imej
Pernah dengar " kena ludah hantu "?. Masa kecil dahulu, saya pernah kena ludah hantu iaitu selepas naik dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu. Saya pun tak pasti kenapa orang Melayu kita memanggilnya dengan nama kena ludah hantu. Namun dari segi perubatan, ia adalah salah satu penyakit kulit yang dipanggil Urticaria . Dalam istilah perubatan, keadaan ini dipanggil "urticaria". Urticaria adalah bengkakan merah jambu yang gatal (wheals) dan berlaku secara setempat pada mana-mana bahagian kulit dan akan merebak kecuali bahagian kuku dan rambut sahaja. Kesan merah-merah ini akan kelihatan beberapa minit atau berjam-jam lamanya sebelum pulih sepenuhnya dalam tempoh masa 48 jam tanpa meninggalkan sebarang kesan. Bagi sesetengah orang, urticaria ini akan pulih dalam tempoh beberapa hari atau minggu. Urticaria dihasilkan akibat kebocoran cecair melalui saluran darah kecil pada kulit. Perubahan tersebut berlaku akibat pembebasan satu bahan kimia asli iaitu hista