Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kelantan

Penginapan Selesa dan Luas di Troika Kota Bharu

Imej
  Jika ingin bercuti di Kota Bharu, Kelantan, mungkin anda boleh cuba menginap di Troika Residensi. Bagi anak yang ramai, sesuai menginap di sini kerana ada ruang tamu, dapur dan bilik yang luas berbanding tidur di hotel. Kami ambil suite satu bilik. Agoda bagi harga murah RM128 semalam. Harga berubah-ubah mengikut hari. Ada juga suite dua bilik untuk keluarga besar. Ada ruang dapur untuk memasak, TV ada Netflix dan Wifi pun laju. Boleh guna kolam renang dan gimnasium di Tingkat 6 dari jam 9.00 pagi - 10.00 malam secara percuma. Dekat bawah ada McDonald dan Starbuck. Troika ini betul-betul di tengah bandar Kota Bharu, dekat dengan KB Mall dan Hotel Perdana. Parking sebuah kereta percuma di Tingkat 4. Kami dapat bilik di Tingkat 26. Akses ke bilik penginapan menggunakan kad akses. Jadi, hanya penginap yang ada kad akses sahaja yang boleh keluar dan masuk. FB : Mohd Adha Mohd Zain

Mahkamah putuskan Undang-undang kunci tayar MPKB tidak sah

Imej
  Mahkamah Rayuan di Putrajaya memutuskan bahawa undang-undang kunci tayar dikuat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) adalah tidak sah kerana bertentangan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333). Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim Datuk Hashim Hamzah yang turut bersidang bersama-sama Datuk Abdul Karim Jalil dan Datuk Supang Lian. Dalam penghakimannya, hakim Hashim berkata, ia susulan Perintah 17 Perintah Pengangkutan Jalan (LKB) (MPKB) 2000 adalah ‘ultra vires’ atau melampaui Seksyen 72(7) APJ 1987. “Bagaimanapun, Perintah 8 di bawah perintah sama masih sah dan MPKB masih boleh mengenakan kompaun bagi kesalahan berkaitan parkir kereta,” kata hakim itu. Justeru dengan keputusan itu, MPKB tidak lagi boleh mengunci tayar kereta yang diletakkan di petak parkir, sebaliknya hanya boleh mengenakan kompaun. Terdahulu pemohon dalam kes ini ialah Nursyafawati Kasim yang diwakili peguam; Hisham Fauzi, Ang Khai Wei, Majdah Muhammad dan Haziratul Aqilah Huzailing. Seme

Resepi Nasi Kerabu

Imej
* Kuah Sambal Tumis Bahan bahan: 10 cili kering 3 ulas bawang merah 1 biji bawang besar 1/2 labu bawang putih 1/2 inci halia 200 gm santan pekat 3 batang serai - diketuk 2 keping asam keping 1 1/2 sudu besar gula 2 sudu kecil garam bukit halus 2 sudu besar budu Minyak masak - banyak Cara cara: 1. Kisar cili, bawang bawang dan halia. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. 2. Masukkan 1 1/2 cawan air. Masukkan santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. 3. Masukkan serai, asam. Bila mendidihkan masukkan budu dan gula. Rasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. 4 .Kacau sehingga pecah minyak dan kuah menjadi pekat. Kuah mesti rasa sedikit masin. * Sambal Ikan Bahan bahan: 1 biji kelapa parut - goreng api perlahan supaya tidak keperangan & ditumbuk kasar 7 ekor ikan selayang - rebus, ambil isi & tumbuk 5 ulas bawang merah 5 batang serai 2 1/2 sudu besar gula 2 1/2 sudu kecil garam Cara cara: Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang

Senarai Cawangan J&T Express Negeri Kelantan

Imej
  J&T Express Kota Bharu   KTN304 CDC BAYAM GUCIL 304 15200 LOT 923, CBG 4 KG BAYAM GUCIL, 15200 KOTA BHARU, KELANTAN Delivery, Self Collect   Operation hours Sat-Thu 09:00-20:00 Fri 09:00-18:00   6017-9142916     KTN308 CDC KOK LANAS 308 16450 LOT 12963-7,12963-8, GROUND FLOOR, RUSHDAN AVENUE, KOMPLEKS PERNIAGAAN SAIDINA ALI, KOK LANAS 16450 KOTA BHARU, KELANTAN. Delivery, Self Collect   Operation hours Sat-Thu 09:00-20:00 Fri 09:00-18:00   6011-58911156     KTN309 CDC PADANGTEMBAK 309 16100 PT658, JALAN PADANG TEMBAK, KAWASAN PERINDUSTRIAN CHEPA, MUKIM PANCOR, KEMUMIN, 16100 KOTA BAHRU, KELANTAN. Delivery, Self Collect   Operation hours Sat-Thu 09:00-20:00 Fri 09:00-18:00   6012-2698350     KTN302 CDC SRICEMERLANG 302 15300 PT760,770,771 GROUND FLOOR KOTA SRI CEMERLANG, SBJ1, SEKSYEN 27, 15300 KOTA BHARU, KELANTAN. Delivery, Self Collect   Operation hours Sat-Thu 09:00-20:00 Fri 09:00-18:00