Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kanak-kanak

Buat aduan jika gambar anak jadi kandungan tanpa kebenaran

Imej
Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak diminta membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sekiranya rakaman gambar dan video anak-anak mereka dijadikan kandungan media sosial tanpa kebenaran. Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, berkata MCMC juga mempunyai kuasa untuk menurunkan kandungan media sosial melibatkan kanak-kanak yang dimuat naik tanpa kebenaran ibu bapa dan penjaga mereka, bagi memastikan tiada mana-mana pihak dieksploitasi demi kepentingan peribadi. -ADVERTISEMENT- Ads by Beliau berkata, Kementerian Komunikasi tidak mempunya garis panduan khusus berhubung perkara tersebut, namun Kementerian Pendidikan (KPM) mempunyai panduan jelas mengenai penggunaan media sosial melibatkan guru dan murid yang dikeluarkan sejak 2017. "Prinsipnya ialah gambar dan video kanak-kanak, sangat penting untuk kita dapatkan persetujuan ibu bapa, kerana mereka penjaga kepada budak-budak tersebut. Persetujuan itu perlu dan ia (kuasa menurunkan kandungan) terpakai

Elak kanak-kanak murung menyendiri

Imej
  Di negara maju bertemu kaunselor atau ahli psikologi adalah perkara lumrah untuk mendapatkan khidmat perundingan apabila berhadapan masalah psikososial, namun agak berbeza di negara ini kerana masih ada yang melihatnya dengan pandangan sinis. Masalah kemurungan melampau dialami kanak-kanak atau orang dewasa sepatutnya perlu mendapatkan rawatan bagi mengelak ia semakin parah. Pakar Psikologi Klinikal Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Azizah Othman, berkata Klinik Psikologi hospital itu menerima antara empat hingga lima pesakit setiap hari dalam kalangan kanak-kanak yang menunjukkan gejala kemurungan. "Bagi kanak-kanak mengalami kemurungan, mereka akan menunjukkan perubahan melalui tingkah laku seperti memberontak, marah, atau sentiasa mengadu sakit yang tidak dapat dikesan puncanya, bermasalah di sekolah, atau hilang minat kepada apa-apa aktiviti dan selalu keletihan. Orang dewasa sebaliknya pula menunjukkan tanda seperti berasa sedih, kurang sele