Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel iklan jawatan kosong palsu

Waspada Iklan Jawatan Kosong Palsu Yang Menggunakan Nama LHDN Di Laman Sesawang

Imej
WASPADA: Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan laman sesawang yang memaparkan iklan jawatan kosong palsu, yang menggunakan nama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN). Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) memaklumkan, tiada iklan kerja kosong di LHDN seperti yang dipaparkan dalam beberapa laman web. LHDN berkata, pihaknya tidak menggunakan pihak ketiga untuk mengiklankan kekosongan jawatan. “Sebarang maklumat berkenaan iklan kekosongan jawatan LHDN boleh dirujuk di menu ‘Kerjaya’ pada portal rasmi LHDN, www.hasil.gov.my.” “Kecuaian orang ramai dalam memastikan kesahihan maklumat yang diiklankan boleh menyebabkan mereka mendedahkan maklumat peribadi mereka melalui resume serta butiran diri yang diisi dalam laman sesawang berkenaan.” Beberapa laman web menyiarkan iklan jawatan kosong di LHDN, antaranya bagi jawatan Pegawai LHDN Gred 31, Penolong Eksekutif Hasil (Penaksiran) yang mempunyai 300 kekosongan, Penolong Eksekutif Ha