Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel gkp

Bayaran Geran Khas Prihatin GKP 4.0 mulai 21 Sept 2021

Imej
  Bayaran Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 sebanyak RM500 juta di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) akan mula dibayar pada Selasa ini (21 September 2021) bagi menyokong Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro. "Bayaran GKP 4.0 akan dibayar dua kali iaitu pada September 2021 berjumlah RM500 dan November sebanyak RM500.   Inisiatif ini melibatkan penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0, GKP 3.0 dan penerima baharu GKP 4.0, dengan implikasi kewangan sebanyak RM500 juta.   "Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP.   "Semakan status kelulusan GKP 4.0 boleh dibuat mulai 20 September 2021 melalui Portal GKP, iaitu https://gkp.hasil.gov.my

Permohonan Geran Khas Prihatin 4.0 dibuka semula

Imej
  Pendaftaran Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 bagi peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro dibuka mulai hari ini hingga 31 Julai, secara dalam talian. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata pendaftaran itu dibuka kepada pemohon baharu yang boleh dibuat melalui Portal GKP, iaitu https://gkp.hasil.gov.my . Katanya, dengan adanya proses pendaftaran baharu ini, sebahagian daripada kalangan PKS mikro yang tidak lulus dan belum menerima GKP masih diberi ruang untuk mengemuka permohonan untuk dibuat pengesahan semula. "Penerima GKP sedia ada tidak perlu membuat sebarang permohonan," katanya dalam kenyataan. GKP 4.0 ialah geran di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan pada 28 Jun lalu. Melalui geran itu kerajaan memperuntuk RM1 bilion dengan bayaran akan dibuat pada September 2021 (RM500) dan November 2021 (RM500) membabitkan penerima GKP sedia ada dan juga pemohon yang baharu dilulus

Masih ramai peniaga belum daftar bantuan GKP

Imej
  Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta mikro perlu mengambil peluang yang disediakan kerajaan seperti Geran Khas Prihatin 3.0 (GKP 3.0) untuk membantu meningkatkan kembali perniagaan pasca pandemik COVID-19. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata masih ramai peniaga mikro dan PKS belum mendaftar mendapatkan bantuan khas GKP walaupun ia sudah dimulakan sejak tahun lalu dan kini memasuki siri ketiga. "Ketika lawatan turun padang Kementerian Kewangan (MOF) baru-baru ini, ramai yang mengunjungi kaunter sementara Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai GKP 3.0. "Saya ingin maklumkan, permohonan GKP 3.0 masih dibuka sehingga 15 April 2021. Mereka yang belum mendaftar bolehlah berbuat demikian segera," katanya. Beliau berkata demikian dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-48, hari ini. Tengku Zafrul berkata, sela

Geran Khas Prihatin PERMAI (GKP Tambahan) RM1,000 pada Mac 2021

Imej
  GKP Tambahan atau GKP Permai adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini. Seperti yang diumumkan dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia PERMAI, Kerajaan akan memperluaskan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan kepada 800,000 peniaga kecil dan sederhana (PKS) sehingga RM1,000. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peluasan inisiatif GKP Tambahan ini atau Geran Khas Prihatin Permai ini akan melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM650 juta. GKP Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini. Tarikh Bayaran GKP Permai Tarikh bayaran bagi Geran Khas Prihatin Tambahan ini adalah pada Mac 2021. Man

Peniaga mikro boleh mohon semula GKP bermula 1 Oktober 2020

Imej
  Peniaga mikro yang sebelum ini tidak berkesempatan untuk mendapatkan Geran Khas Prihatin (GKP), boleh memohonnya bermula 1 Oktober ini, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau berkata, kerajaan mendengar dan amat prihatin terutama kepada kelangsungan peniaga mikro dan membuka semula permohonan GKP itu. Katanya, kepada mereka yang layak tetapi tidak berkesempatan untuk mendapatkan GKP terdahulu, permohonan ini boleh dibuat bermula 1 Oktober hingga 31 Oktober 2020 dan bayaran disasarkan akan dibuat mulai 25 November 2020. "Bagi Program Subsidi Upah 2.0 (PSU 2.0) yang membabitkan peruntukan RM2.4 bilion, kerajaan sedar masih ada syarikat yang mengalami kekangan aliran tunai. "Bagi membantu syarikat yang mengalami pengurangan hasil sekurang-kurangnya 30 peratus berbanding tahun lalu, mereka boleh memohon subsidi upah pada kadar RM600 sebulan untuk setiap pekerja sehingga maksimum 200 pekerja. "Permohonan akan dibuka dar