Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel dr rosliza

Mandikan anak ketika demam untuk elak sawan

Imej
  Apabila demam, suhu anak meningkat mereka perlu dimandi atau badan perlu disejukkan badan dengan tuala basah. Tindakan memandikan dan mengelap bertujuan menyederhanakan suhu badan yang ketika itu berada pada paras tinggi dan tidak normal. Usaha menurunkan suhu badan anak penting bagi mengelak daripada berlaku demam sawan yang dikhuatiri meningkatkan risiko kesihatan serius. Pakar Pediatrik Hospital Pakar Avisena, Dr Roliza Ibrahim , berkata demam sawan berlaku apabila suhu badan terlalu tinggi, bermula 38 darjah celsius dan ke atas, berbanding bacaan biasa antara 36 hingga 37 celsius. Beliau berkata, bacaan melebihi 38 darjah celsius hampir mencapai bacaan serius meningkatkan risiko diserang sawan demam . Hampir tiga hingga empat peratus kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun berisiko diserang sawan disebabkan suhu badan yang tinggi ketika demam . Bagi kategori berkenaan, mereka yang paling mudah diserang ialah bayi berusia 14 hingga 18 bulan hingga menyebabkan berlak

Gejala Hidung Berdarah

Imej
  Hidung berdarah dalam kalangan kanak-kanak berlaku secara tiba-tiba membimbangkan. Lazim menganggap mungkin disebabkan kecederaan dalaman yang teruk atau menghidap penyakit kronik. Kekerapan hidung berdarah adalah normal dan biasanya disebabkan trauma luka pada bahagian dalam hidung sensitif, memandangkan tempat itu menjadi pusat pembentukan salur darah. Pakar Pediatrik Hospital Pakar Avisena, Dr Roliza Ibrahim, berkata situasi ini disebabkan tabiat kanak-kanak yang gemar mengorek hidung. Ini menyebabkan kecederaan pada salur darah dan lapisan mukosa hidung. “Hidung terhantuk juga boleh menyebabkan perdarahan, disebabkan luka dan sangat jarang berlaku seperti patah batang hidung,” katanya. Jika kanak-kanak menghembus hidung terlalu kuat atau termasuk benda asing juga boleh menyebabkan kecederaan pada salur darah pada bahagian berkenaan. Bagi kanak-kanak mengalami alahan dan tidak boleh berada dalam keadaan terlalu sejuk, tabiat suka memicit atau menggosok hidung