Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel dengkur

Rawatan Dengkur

Imej
  Di pasaran ada pelbagai alat bantuan yang dikatakan dapat mengurangkan atau mengatasi masalah berdengkur. Antara yang sering didengar adalah alat tampalan yang dikatakan mampu mengembangkan ruang saluran pernafasan yang tersumbat. Malah, ada juga yang mengamalkan sapuan minyak angin di dada atau bahagian hidung dengan harapan cara itu dapat membuka laluan pernafasan yang tersumbat. Hakikatnya, perkara itu adalah sebahagian daripada mitos atau penerangan tidak tepat kerana dengkur adalah masalah disebabkan aliran pernafasan separa terhalang di bahagian tekak yang mengakibatkan tisu-tisu di dalamnya bergetar. Halangan itulah membuatkan seseorang itu berdengkur. Pakar Perunding Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) Avisena Specialist Hospital, Dr Iqbal Farim Rizal Wong berkata, setakat ini tiada bukti atau kajian saintifik menunjukkan kaedah meletakkan alat tampalan pada hidung berkesan merawat masalah berdengkur. Beliau berkata, dengkuran berlaku apabila seseorang berdepan masa