Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel covid-19

Sindrom 'Long Covid'

Imej
Puluhan juta orang di seluruh dunia dipercayai menderita akibat 'long COVID', namun empat tahun selepas wabak itu diisytiharkan, keadaan yang sukar difahami ini masih tidak dapat diuji, apatah lagi dirawat. Bagaimanapun, penyelidikan akhirnya mula mencari petunjuk awal mengenai 'long COVID', sekali gus meningkatkan harapan kejayaan pada masa depan, yang mungkin juga memberi petunjuk kepada sindrom kronik lain yang tidak jelas. 'Long COVID' ialah nama yang diberikan kepada pelbagai jenis simptom yang masih dialami individu, beberapa minggu dan bulan selepas mereka mula-mula dijangkiti virus SARS-CoV-2. Simptom yang paling biasa adalah keletihan, sesak nafas, sakit otot dan kabut otak. Satu kajian ketara yang dikeluarkan bulan lalu menunjukkan terdapat perbezaan jelas dalam protein darah lebih daripada 110 pesakit 'long COVID'. Seorang penyelidik Switzerland dan pengarang kanan kajian Science, Onur Boyman memberitahu AFP, beliau percaya ia adalah satu '

Kes Covid-19 dan penggunaan MySejahtera

Imej
  Sebanyak 12,757 kes Covid-19 dilaporkan sepanjang Minggu Epidemiologi ke-49 (ME 49/2023) iaitu bagi tempoh 3 hingga 9 Disember, berbanding 6,796 kes yang direkodkan pada minggu sebelumnya. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad juga sudah mengingatkan orang ramai supaya mengambil perhatian terhadap peningkatan jangkitan itu. Susulan itu juga, ramai yang mula bimbang sekiranya kerajaan melaksanakan lockdown seperti yang dilakukan pada tahun 2020 dalam usaha mengawal penyebaran Covid-19. Di media sosial kini dapat dilihat ramai yang berkongsi semula kisah-kisah semasa sekatan dilaksanakan selama dua tahun, malah ada juga yang masih ­trauma ­dengan keadaan ketika itu. Selain itu, bukan sahaja risau tidak dapat keluar rumah dan menjalani rutin harian seperti biasa, malah ada juga yang tidak mahu jika kerajaan mengarahkan untuk menggunakan semula aplikasi MySejahtera ketika keluar masuk premis seperti tahun-­tahun sebelum ini. Bagi yang mungkin sudah lupa, aplikasi MySejahtera

Penghidap diabetes lebih mudah dijangkiti gejala COVID-19 serius

Imej
  Penghidap diabetes adalah tiga hingga empat kali lebih mudah untuk dijangkiti gejala COVID-19 yang serius berbanding individu yang tidak menghidap penyakit itu, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Berikutan diabetes telah lama wujud dalam masyarakat kita, rakyat perlu berusaha untuk membendungnya daripada terus menular yang akhirnya akan memberi kesan terhadap kualiti hidup penduduk Malaysia. "Diabetes bukan sahaja dikaitkan dengan pengambilan gula berlebihan malah ia berkait rapat dengan cara pemakanan yang tidak terkawal dan amalan cara hidup yang tidak sihat," katanya berucap pada Kempen Perangi Diabetes anjuran Selangor FC dan syarikat farmaseutikal Sanofi Aventis Malaysia (Sanofi) di Shah Alam. Justeru beliau mengingatkan orang ramai kepentingan menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan diet pemakanan yang sihat dan seimbang serta mengamalkan cara hidup yang aktif. "Ibu bapa juga harus menjadi contoh kepada anak-anak dalam mengamalkan cara hidup yang sihat b

Covid-19 semakin mudah disebar melalui udara

Imej
  Satu kajian dalam jurnal Clinical Infectious Diseases di Fakulti Kesihatan Awam Universiti Maryland, Don Milton menunjukkan bahawa varian SARS-CoV-2 atau Covid-19 semakin mudah merebak melalui udara . Keadaan itu menyebabkan orang ramai disaran memakai pelitup muka yang lebih ketat selain memastikan pengaliran udara yang baik serta mendapatkan suntikan vaksinasi. Kajian yang diketuai sekumpulan penyelidik dari Universiti Maryland di Amerika Syarikat itu mendapati mereka yang dijangkiti varian SARS-CoV-2 menghembuskan nafas yang mengandungi virus. Sementara bagi mereka yang dijangkiti dengan varian Alpha pula menghembuskan nafas yang mengandungi virus antara 43 hingga 100 kali lebih banyak berbanding yang dijangkiti virus strain asal. Kajian yang diterbitkan itu turut mendapati bahawa kain pelitup muka yang longgar dan topeng pembedahan mengurangkan jumlah virus yang berada di udara kira-kira separuh daripadanya. Kajian terbaharu menunjukkan bukti lebih lanjut menge

Sakit kepala, hidung berair gejala umum Covid-19 varian Delta

Imej
  Gejala umum dijangkiti Covid-19 ketika ini sudah berubah ketika varian Delta mula mengganas di beberapa negara termasuk Britain. Berdasarkan kajian menerusi aplikasi Zoe Covid Symptom, sakit kepala, sakit tekak dan hidung berair merupakan gejala paling banyak dihidapi pesakit Covid-19 ketika ini. Ketua pengkaji, Prof. Tim Spector berkata, varian Delta akan menyebabkan pesakit Covid-19, terutamanya golongan muda berasa mereka hanya terkena selesema yang teruk. Sehubungan itu, beliau memberi amaran bahawa biarpun gejala yang dihidapi tidak serius, namun masih boleh berjangkit dengan mudah, terutamanya kepada golongan berisiko. “Kebanyakan yang dijangkiti ingat mereka kena selsema biasa dan masih boleh keluar berjumpa dengan orang. “Situasi ini secara tidak langsung menyebabkan kadar jangkitan sukar dikawal,” katanya. Selain itu, Spector menjelaskn, gejala yang biasa dihidapi pesakit Covid-19 sebelum ini iaitu demam, batuk, hilang deria rasa dan bau sudah semakin berkuranga