Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bijak niaga

Bijak atur strategi niaga

Imej
  Saya ingin kongsikan kisah Inspirasi Niaga yang disiarkan dalam Utusan Malaysia 15 April 2019. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Itu pepatah yang sesuai bagi menggambarkan kegigihan seorang gadis muda dalam membina sebuah empayar perniagaan pusat kecantikan yang kini mempunyai 19 buah cawangan di seluruh Malaysia. Gadis cantik persis model, Nor Sahidah Mohammad , 28, tidak kekok berkongsi pengalaman selok-belok dunia pemasaran bagi membantu melebarkan sayap perniagaan. Pemasaran seperti yang kita tahu memerlukan perancangan dan strategi yang teliti dalam usaha merancakkan sesebuah perniagaan  dalam bidang yang diterokai. Nor Sahidah atau lebih mesra disapa Shida kini mengorak langkah ke hadapan dengan pantas dan cemerlang apabila dilantik jawatan sebagai pengarah pemasaran di sebuah spa kecantikan, MBH Medispa yang diusahakan sejak 10 tahun lalu. Gadis yang belum menginjak usia 30-an ini berjaya memecahkan persepsi masyarakat bahawa usia muda tidak mam