Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label bank rakyat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bank rakyat. Papar semua catatan

Skim payung di bawah Bank Rakyat

by

 


Skim Payung di bawah Bank Rakyat, yang melibatkan pinjaman antara RM50,000 hingga RM100,000 perlu direbut oleh para usahawan bagi menyokong perkembangan perniagaan mereka.

Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, skim tersebut adalah komitmen kerajaan untuk membantu usahawan yang berhasrat membantu usahawan kecil lain meningkatkan pendapatan.

“Menerusi Skim Payung, jika ada usahawan ingin membuka lima cawangan dengan keperluan RM100,000 bagi setiap cawangan, kami akan meluluskan terus RM500,000 dengan bayaran RM100,000 setiap kali pinjaman disalurkan.

“Ini dasar baharu kementerian untuk memudahkan usahawan. (Sebab) kadang-kadang proses pinjaman memakan masa lima bulan dan hendak tunggu duit dibayar lagi dua bulan,” katanya pada pelancaran produk semburan wanigan fabrik keluaran DeeDat Air Care di Bandar Botanik, semalam.

Noh berkata, skim berkenaan memudahkan usahawan menerima pinjaman dengan cepat dan tidak menunggu lama.

Sementara itu, menurut Pengasas DeeDat Air Care, Norazlina Yaakob, beliau dan suaminya, Rosman Kadir membuktikan mereka mampu berjaya walaupun bermula daripada perniagaan di tepi jalan.

“Selepas tiga tahun, DeeDat Air Care kini mampu mengeluarkan produk kebersihan seperti pewangi kereta, tisu basah dan pembersih fabrik.

“Kami juga berjaya mengembangkan perniagaan sehingga ke Singapura dan bercadang memasuki pasaran Brunei dan Indonesia,” katanya.

Sumber dari Kosmo!

Bank Rakyat sasar siswazah mendaftar DuitNow menerusi kempen BR DuitNow@Uni

by

Bank Rakyat menyasarkan lebih 100,000 siswazah mendaftar DuitNow melalui perkhidmatan perbankan Internet, iRakyat menjelang akhir 2020 menerusi kempen BR DuitNow @ Uni.

Kempen itu adalah kerjasama antara Bank Rakyat dan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) serta institusi pengajian tinggi (IPT) bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan generasi muda untuk melakukan transaksi kewangan melalui kaedah berkenaan.

Ketua Pegawai Perbankan Runcit Bank Rakyat, Dr Mohammad Hanis Osman, berkata inisiatif itu selaras dengan peralihan perniagaan Bank Rakyat yang berkonsepkan pendigitalan bersandarkan pelaksanaan pelan lima tahun Bank Rakyat 2025, untuk memastikan bank terus relevan.

“Melalui kerjasama PayNet, kita percaya pengenalan kempen ini (BR DuitNow@Uni) akan menjadi medium terbaik dalam usaha Bank Rakyat sebagai Bank Lestari untuk mengintegrasikan kelestarian dalam strategi perniagaan bank yang disasarkan kepada golongan millennial seperti mahasiswa,” katanya selepas majlis perasmian Festival Konvokesyen Ke-14 (FESTKON) Universiti Malaysia Perlis di Arau.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor UniMAP berkenan berangkat merasmikan Kempen BR DuitNow@Uni itu.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir Naib Canselor UniMAP Prof Ir. Ts. Dr R Badlishah Ahmad. UniMAP menjadi universiti awam pertama dilancarkan kempen itu.

Mohammad Hanis berkata Bank Rakyat turut memperkenalkan kempen Duit Belanja melalui DuitNow kepada pelanggannya yang mendaftar DuitNow di iRakyat bermula semalam dan berakhir pada 13 Januari tahun depan dengan tawaran hadiah bernilai RM20,000.

Selain itu, khusus kepada mahasiswa UniMAP, Bank Rakyat menawarkan hadiah utama berupa sebuah motosikal termasuk hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.

Beliau berkata kempen BR DuitNow@Uni akan menjelajah beberapa IPT terpilih sepanjang tempoh kempen itu berlangsung.

Sementara itu, Timbalan Pengarah PayNet, Khairuan Abdul Rahman, berkata pihaknya menyasarkan lebih 9.5 juta pengguna akan mendaftar melalui perkhidmatan DuitNow pada akhir tahun depan.

Setakat ini, lebih 7.7 juta pengguna berdaftar melalui perkhidmatan itu.

Khairuan berkata perkhidmatan DuitNow boleh didapati hampir di semua bank tempatan dan bukan bank tempatan.

“DuitNow telah dilancarkan pada Januari lalu. Matlamat utamanya untuk mengurangkan penggunaan tunai dan cek. Orang ramai boleh mendaftar melalui bank pilihan masing-masing dan ia percuma,” katanya.

- BERNAMA

Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90