Netflix kini di Astro
Astro tampil dengan ‘Pengalaman Baharu Astro’ bagi membenarkan pelanggan untuk melakukan penstriman Netflix di TV Astro dan berpeluang menikmati lebih nilai dan penjimatan menerusi pek-pek langganan terbaharu yang diperkenalkan. Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Astro dam Ketua Pegawai Eksekutif TV Astro, Euan Smith, pihaknya tampil dengan pembaharuan itu dalam menepati kehendak pelanggan yang tentunya menginginkan satu pengalaman baru di Astro. “Dengan menawarkan lebih banyak pilihan menerusi kepelbagaian kandungan yang lebih hebat dan menarik, kami percaya, ia pada masa yang sama memiliki faktor lebih nilai. “Kami begitu teruja kerana dapat berkolaborasi bersama Netflix dalam membawakan pelbagai jenis kandungan terhebat menerusi Astro seterusnya merealisasikan misi kami untuk menjadi pusat sehenti utama dunia hiburan. “Kami akui, sejak kebelakangan ini, kesederhanaan telah menjadi teras utama kami di Astro, justeru kami telah mempergiatkan usaha untuk mentransf