Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label astro. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label astro. Papar semua catatan

Netflix kini di Astro

by

 

Astro tampil dengan ‘Pengalaman Baharu Astro’ bagi membenarkan pelanggan untuk melakukan penstriman Netflix di TV Astro dan berpeluang menikmati lebih nilai dan penjimatan menerusi pek-pek langganan terbaharu yang diperkenalkan.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Astro dam Ketua Pegawai Eksekutif TV Astro, Euan Smith, pihaknya tampil dengan pembaharuan itu dalam menepati kehendak pelanggan yang tentunya menginginkan satu pengalaman baru di Astro.

“Dengan menawarkan lebih banyak pilihan menerusi kepelbagaian kandungan yang lebih hebat dan menarik, kami percaya, ia pada masa yang sama memiliki faktor lebih nilai.

“Kami begitu teruja kerana dapat berkolaborasi bersama Netflix dalam membawakan pelbagai jenis kandungan terhebat menerusi Astro seterusnya merealisasikan misi kami untuk menjadi pusat sehenti utama dunia hiburan.

“Kami akui, sejak kebelakangan ini, kesederhanaan telah menjadi teras utama kami di Astro, justeru kami telah mempergiatkan usaha untuk mentransformasikan keseluruhan pengalaman Astro secara holistik kepada lebih mudah, ringkas, menjadi platform utama pilihan pelanggan, dan memastikan setiap dari mereka dapat menikmati variasi hiburan dengan lancar,”katanya.

Menurut Euan, ciri-ciri terkini dan menarik disertakan pada penampilan Ultra Box membolehkan pelanggan menikmati lebih banyak program-program tempatan dan acara sukan berprestij secara langsung dari skrin Astro yang disertakan sekali bersama Netflix Originals, filem dan dokumentari. 

 

“Edisi terbaharu ini akan menyertai kolaborasi sedia ada kami di antara Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI dan TVBAnywhere+, serta banyak lagi perkhidmatan penstriman terkemuka yang akan turut bekerjasama di masa akan datang,”katanya.

Euen berkata demikian pada sidang media yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, semalam.

Sementara itu, Pengarah Komersial Astro, Azlin Arshad berkata, pek-pek terbaharu yang diperkenalkan Astro telahi direka khas untuk menepati citarasa pelanggan yang sentiasa menginginkan variasi dalam sajian kandungan hiburan mereka pada kadar atau nilai yang lebih berpatutan.

“Jangan lepaskan peluang untuk menonton banyak judul-judul tayangan perdana Netflix seperti ‘Red Notice’ dan ‘Squid Game’ secara sebelah-menyebelah dengan sajian popular Disney+ Hotstar, ‘Shang Chi and the Legend of the Ten Rings’ dan ‘Jungle Cruise’.

“Tonton juga judul HBO seperti ‘And Just Like That’ dan ‘Succession’, selain dari banyak lagi program-program terhebat di Astro yang dibawakan dari Korea, negara-negara Asia Tenggara mahupun rancangan popular tempatan terbitan Astro sendiri seperti ‘Maharaja Lawak Mega’, ‘Gegar Vaganza’, ‘Dukun Diva’ dan banyak lagi.

“Pelanggan dibolehkan membuat pilihan untuk terus melanggani pek-pek sedia ada, namun kami merasakan ramai yang akan tertarik dan berminat untuk menaik taraf pek langganan masing-masing kepada pek-pek terbaharu ini agar mereka boleh strim lebih banyak kandungan menarik dari rakan-rakan perkhidmatan penstriman kami, dan nikmatinya di skrin besar kediaman masing-masing,”katanya.

Pek-pek terkini Astro ini direka khas untuk para pelanggan yang gemarkan dunia penstriman dan sentiasa berhubung di antara satu sama lain, membenarkan mereka untuk strim segala program kegemaran masing-masing menerusi Ultra Box, dan akan datang di Ulti Box.

Kini, pelanggan boleh menikmati program-program popular kegemaran masing-masing menerusi satu platform utama Astro; dari perkhidmatan penstriman terkemuka dunia seperti Netflix, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI, TVBAnywhere+ ke program-program kebanggaan Astro dan acara sukan berprestij dunia secara langsung, semuanya ini menerusi skrin besar dan alat peranti masing-masing.

Pakej-pakej terbaharu Astro ini adalah Pek ‘Primary’, ‘Entertainment’, ‘Sports’, ‘Movies’, ‘Entertainment Plus’, ‘Premium 1, 2, 3’ dan ‘Platinum’.

Untuk Pek ‘Entertainment Plus’, ‘Premium 2, 3’ dan ‘Platinum’, ia akan disertakan bersama Netflix, dan sajian kandungan dari Korea serta rancangan-rancangan Seram, serta variasi hiburan seperti HGTV HD, Cartoon Network HD dan program-program terhebat Asia.

Pengalaman Baharu Terhebat Astro ini direka khas untuk menggalakkan pelanggan strim program-program kegemaran masing-masing di satu platform utama, dengan antara muka yang intuitif, dan semuanya ini dalam satu bil sahaja.

Layari laman web www.astro.com.my untuk maklumat lanjut.

 

 

Astro perkenal Ultra Plug & Play Box

by

 

Astro memperkanalkan kotak televisyen baharu, Astro Ultra Plug & Play Box yang membolehkan pelanggan mengakses semua kandungan yang ditawarkan Astro menerusi sambungan internet tanpa menggunakan piring satelit.

Fungsi dan reka bentuk kotak tersebut hampir sama seperti kotak Ultra dan Ulti yang diperkenalkan hampir dua tahun lalu dan apa yang membezakannya ialah Astro Ultra Plug & Play Box boleh dipasang sendiri secara mudah oleh pengguna.

Pengguna hanya memerlukan sekitar 15 minit untuk memasangnya sendiri di kediaman masing-masing. Perkhidmatan Astro Ultra Plug & Play Box ditawarkan pada harga bermula dari RM49.06 sebulan menerusi pakej Starter Pack dengan kontrak selama 24 bulan.

Bagi pelanggan Astro sedia ada dengan bil bulanan melebihi RM100 sebulan boleh mendapatkan kotak baharu itu secara percuma.

Pelanggan hanya perlu memesan kotak ini menerusi laman web Astro : https://product.astro.com.my/tv dan ia akan dihantar ke kediaman pelanggan menggunakan perkhidmatan kurier dalam tempoh 72 jam.

Buat masa ini servis ini ditawarkan di Semenanjung namun ia akan diperluaskan tidak lama lagi ke seluruh negara.

Maklumat lanjut, anda boleh layari : https://product.astro.com.my/tv

 

 

 

Satelit MEASAT 3 dilaporkan hanyut dan hilang kawalan

by

 

Satelit Malaysia East Asia Sattelite (MEASAT-3) dilaporkan hanyut di orbit geopegun dan sudah tak terkawal. Dijangka akan terus hilang kawalan selamanya.
 
Satelit MEASAT-3 telah mula menghanyut keluar dari posisi pada 21 Jun lalu yang menyebabkan gangguan siaran pada Astro dan juga perkhidmatan jalur lebar luar bandar.
 
Menjelang 10 Julai, kedudukannya sudah berada di 86.4 darjah Timur dan semalam telah pun menghanyut lebih jauh lagi pada 84.69 darjah Timur. Menurut pakar, amat sukar sesebuah satelit untuk kembali pulih ke keadaan asal apabila sudah berada ke tahap hanyutan sejauh ini.
 
Satelit MEASAT-3 buatan Boeing yang dilancarkan pada Disember 2006 telah berusia 15 tahun dan dirancang akan digantikan dengan Satelit MEASAT 3D pada 2022. Ketiga-tiga satelit MEASAT iaitu MEASAT 3, MEASAT 3A dan MEASAT 3B ditempatkan di orbit 91.5 darjah Timur.
 
Untuk mengelakkan gangguan siaran, pihak Astro telah mengambil tindakan mengubah transponder dari MEASAT 3 ke dua lagi satelit MEASAT 3A dan MEASAT 3B yang berada di orbit yang sama.
 
MEASAT dan Astro walaupun syarikat bersekutu tetapi ia adalah dua entiti berbeza di mana MEASAT adalah pengendali satelit sementara Astro pula adalah penyedia siaran tv satelit. Astro menawarkan siaran tv satelit di Malaysia, Brunei dan Indonesia namun operasi di Indonesia terpaksa ditamatkan kerana faktor perundangan.
 
Sumber : spacenews.com

Astro lanjutkan akses percuma saluran terpilih sehingga 31 Julai 2021

by

 

Astro mengumumkan untuk melanjutkan tawaran akses percuma kepada saluran terpilih berikutan gangguan siaran yang berpunca dari kerosakan teknikal pada satelit MEASAT sehingga ke 31 Julai 2021.

 Di antara saluran yang diberikan percuma ialah :

  • HITS Movies
  • FAM Movies
  • BOO
  • Astro Box Office Bollyone HD
  • Astro Box Office Movies
  • Thangathirai
  • CNN
  • BBC World News
  • CNBC
  • SkyNewsHD
  • Bloomberg Television
  • Aljazeera
  • CNA
  • ABC Australia
  • Discovery
  • Discovery Asia
  • Animal Planet
  • Discovery Science
  • TA-DAA!
  • tvN
  • Oh!K
  • K+

 

 

“Service Currently Not Available” error message

by

 

Service Currently Not Available” can be due to a few reasons. Among the possible causes, the most popular reason is weather condition which leads to no or weak satellite signal, usually when in raining weather.

There are also maybe (very unlikely) due to the misaligned satellite dish, wrong cable connection or faulty Set-Top Box (STB).

But what if there is no weather issue, you have confirmed you are using the correct cable connection and the Set-Top Box is in good condition, you still have the “Service Currently Not Available”?

Follow step by step instruction below:

  1. Take Astro remote control.
  2. Press Home button.
  3. Select Settings menu and press Ok button.
  4. Select Installation Settings and press Ok button.
  5. Enter your 4-digit PIN in the Pin Entry (Default PIN is 0000).
  6. Select Satellite Settings and press Ok button.
  7. Make sure the Input Source is set to LNB and the LNB Type is set as Universal.
  8. Press Ok button to continue.
  9. Make sure the Entry Point is set to 1 MEASAT 3(VL) and press Ok button to continue.
  10. Wait for the signal to be locked and press Ok button to continue.
  11. If still no signal, change to the another Entry Point

Promosi Terkini Astro 15 Disember 2017 - Pakej Astro Family Pack Extra RM26.50 sebulan

by


ASTRO FAMILY PACK EXTRA - RM26.50 SEBULAN

Tempoh Kempen Promosi Pakej RM26.50 : 15 Disember 2017 - 31 Januari 2018

Pemasangan hanya RM50.00

Bulan Pertama perlu bayar RM60.40

Bulan Kedua dan seterusnya RM26.50 setiap bulan sampai bila-bila dengan syarat kena bayar tepat setiap bulan sebelum tarikh akhir bil dan tidak boleh tertunggak.

Tidak perlu autodebit seperti promosi pakej biasa.

Kontrak 2 tahun - Tidak boleh tutup akaun sebelum tempoh berakhir.

Untuk mendaftar dan pemasangan promosi Astro, sila whatsapp ke : 013-9790000 (Adha)

1. Gambar Mykad Depan Belakang

2. Alamat Pemasangan dan Nombor Telefon

3. Bil Utiliti (Air atau Elektrik) jika berumur bawah 26 tahun

Pakej Astro Paling Murah Family Lite RM21.20 Sebulan

by


Astro telah memperkenalkan Pakej Family Lite yang paling murah dan mampu milik dengan bayaran bulanan hanya RM 21.20 Termasuk GST untuk Seumur Hidup, Caj pemasangan hanya RM 30.00 dibayar selepas siap pasang. Pakej ini mempunyai 33 saluran Siaran TV termasuk 2 saluran HD dan 20 siaran Radio. Pendaftaran adalah percuma dengan kontrak langganan selama dua tahun. Syarat lain, pelanggan Family Lite tidak boleh tambah saluran seumur hidup namun diberi pilihan untuk UPGRADE KE PAKEJ FAMILY PACK.

Saluran SD
 1. Astro Prima
 2. Astro Oasis
 3. Tutor Tv PMR
 4. Tutor Tv UPSR
 5. Tutor Tv SPM
 6. Astro Vaanavil
 7. Astro AEC
 8. Astro Makka
 9. Astro Awani
 10, CCTV 4
 11. Bernama TV
 12. TV 1 RTM
 13. TV 2 RTM
 14. TV3
 15. NTV7
 16.8TV
 17. TV9
 18. Al - Hijrah TV
 19. iView
 20. Astro Xion Tai Yang
 21. Arab Tv & Radio
 22. TVIQ
 23. Astro Ceria
 24. Zee Tv
 25. KBS World
 26. Astro Arena
 27. CTI Asia
 28. Astro Bella
 29. Kalaignar TV
 30. Astro Shuang Xing
 31. TVB Xing He Channel

Saluran HD
 32. Maya HD
 33. Xi Yue HD

Nota : Promosi Family Lite ini telah TAMAT pada Februari 2017 dan sudah tidak ditawarkan sekarang.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90