Memaparkan catatan dengan label artis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label artis. Papar semua catatan

Rabu, November 30, 2022

Sabtu, Januari 01, 2022

Biodata Heliza Helmi

 

Biodata Heliza Helmi

Nama Penuh: Nur Heliza binti Helmi

Tarikh Lahir: 3 Februari 1986

Tempat Lahir: Kuala Terengganu, Terengganu.

Nama Ibu: Latifah binti Muhammad

Nama Ayah: Helmi bin Haji Mohd Hasbi

Adik Beradik: Hazwani Helmi

Instagram: @nurhelizahelmi

Nur Heliza binti Helmi merupakan seorang pendakwah, penyanyi, model, pengacara TV, penceramah, pakar motivasi, aktivis kemanusiaan, pelakon, selebriti. Mula dikenali pada 2007 semasa penyertaan dalam rancangan realiti Akademi Fantasia Musim Ke-5.

Pendidikan

2005 - 2010: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains, Biologi & Kimia) Universiti Malaysia Sabah (UMS)

2004 -2005: Kolej Matrikulasi Labuan (KML)

2003 – 2004: SM Convent St. Ursula Tawau Sabah

1999: Treacher Methodist Girls School, Taiping Perak

Sekolah Rendah Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu, Terengganu.

Sekolah Tadika Yayasan Islam Kuala Terengganu, Terengganu.

Perkahwinan

Heliza Helmi mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2022 dengan Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman iaitu Pengasas dan Presiden AUF BMZ.


Isnin, Ogos 09, 2021

Biodata Siti Sarah Raisuddin

 

Biodata Siti Sarah Raisuddin

  • Nama: Siti Sarah Raisuddin
  • Nama komersial: Siti Sarah Raisuddin atau Sarah Raisuddin
  • Tarikh Lahir: 15 September 1984
  • Umur : 32 tahun
  • Asal : Ipoh, Perak
  • Karier : Penyanyi
  • Suami : Shahmira Muhamad (Shuib)
  • Anak : Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin
  • Genre muzik : Pop, pop rock, balada dan R&B
  • Tahun aktif : 2002 hingga 2021

 

Kejayaan yang diraih oleh Siti Sarah ialah anugerah Artis Baru Terbaik, Album Pop Terbaik dan Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2003 (AIM 2003).

Selain itu, Sarah juga berjaya menerima anugerah Artis Baru Wanita Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2003 (APM 2003). Beliau turut tercalon dalam kategori Artis Wanita Terbaik yang dimenangi Siti Nurhaliza pada tahun terbabit.

Pembabitan lain Siti Sarah ialah menyertai pertandingan realiti musim kedua One In A Million 2008, pertandingan antarabangsa World Championship of Performance Arts (WCOPA) 2009, membintangi filem Man Sewel Datang KL (2011) yang dibintangi oleh suaminya, Shuib Sepahtu dan menyertai program realiti TV popular Gegar Vaganza 3 pada 2016.

 

 

 

Jumaat, November 13, 2020

Fattah Amin tercalon Jejaka Paling Kacak Dunia 2020

 

Pelakon Fattah Amin mencipta sejarah apabila tersenarai sebagai seorang daripada calon Jejaka Paling Kacak 2020 anjuran TC Candler.

Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd. Amin, 30, merupakan satu-satunya selebriti dari Malaysia menerima pencalonan untuk edisi kali ini.

Dalam pada itu, tahun ini, seramai 12 lelaki Indonesia tersenarai kategori tersebut.

Suami kepada pelakon Fazura yang juga bapa kepada Nur Fatima Aisya itu bakal mendapat tentangan sengit daripada selebriti Hollywood dan K-Pop seluruh dunia.

Seperti tahun terdahulu, TC Candler memilih beberapa pencalonan berdasarkan undian daripada peminat yang mencalonkan artis kegemaran mereka bagi merebut kategori 100 Wajah Paling Kacak dan 100 Wajah Paling Cantik pada tahun ini.

Mula dianjurkan sejak 2013, antara selebriti tampan yang pernah menduduki takhta Jejaka Paling Kacak ialah aktor Hollywood, Michael Fassbender, Jamie Dornan, (2014), Diego Boneta (2015), Michiel Huisman, (2016), V BTS (2107), Jason Momoa (2018) dan Jungkook BTS (2019).

Dua tahun lalu, pelakon kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Hollywood, Henry Golding, 33, menduduki tangga ke-84 Jejaka Paling Kacak Dunia.

Sumber dari Kosmo!

Recent Posts