Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Cara kurangkan demam panas

Cara kurangkan demam panas

Imej
  Berikut adalah antara perkara yang boleh dilakukan di rumah untuk kurangkan demam panas . Namun, hanya untuk demam yang ringan iaitu kurang daripada 38 darjah Celsius dan tiada komplikasi. 1. Banyakkan minum air Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam badan. 2. Makan hidangan ringan Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup. 3. Mandi air suam Cuba mandi dengan menggunakan air suam untuk meredakan demam. 4. Jangan selimut Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan. 5. Makan ubat Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam. 6. Mendemah Ini orang-orang dulu biasa buat. Cuba mendemah bahagian badan seperti kepala, kaki dan abdomen dengan tuala basah boleh juga menurunkan suhu badan.