Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Blog

Sambung Blogger ke domain bukan Google

Imej
  Sambung ke domain bukan Google anda daripada Blogger Langkah 1: Sediakan domain anda dalam Blogger  Log masuk ke Blogger . Di bahagian atas sebelah kiri, pilih blog. Daripada menu di sebelah kiri, klik  Tetapan . Di bawah “Penerbitan”, klik  Domain tersuai . Taip URL domain yang telah anda beli. Klik  Simpan . Anda akan mendapat ralat dengan dua CNAME: CNAME Blog : Untuk nama, masukkan nama sebagai subdomain, seperti "blog." atau "www." Untuk destinasi, masukkan “ ghs.google.com .” CNAME Keselamatan:   “Nama: XXX, Destinasi: XXX.” Maklumat ini berbeza untuk setiap orang dan adalah khusus untuk blog dan Akaun Google anda. Langkah 2: Sediakan tetapan pembekal domain bukan Google anda Pergi ke tapak web pembekal domain anda dan cari Sistem Nama Domain (DNS) dalam panel kawalan. Di bawah "Nama, Label atau Hos", masukkan subdomain daripada langkah 7 di atas. Di bawah "Destinasi, Sasaran atau Menuding pada", masukkan "ghs.google.com." Masuk

Tutorial 1 - Daftar blog di Blogspot

Imej
Hari ini saya akan mulakan tutorial cara mendaftar blog di Blogspot. Mungkin bagi sesetengah orang yang "celik IT", tidak memerlukan tutorial seperti ini. Tapi mungkin anda tidak percaya di luar sana, masih ramai lagi yang "buta IT" dan memerlukan bimbingan. Saya menerima banyak permintaan daripada rakan-rakan yang ingin belajar cara buat blog. Jadi, dengan tutorial seperti ini, saya harap sedikit sebanyak dapat membantu anda yang kurang mahir IT untuk turut sama "berblogging". InsyaAllah, saya akan bantu anda dari anda merangkak sehinggalah anda boleh berlari. Secara PERCUMA :) Buat permulaan ini, saya tumpukan kepada penggunaan Blogspot. Mula-mula sekali, anda pergi ke website Blogspot : http://www.blogspot.com atau Blogger : http://www.blogger.com . Klik "CREATE A BLOG" (seperti gambar di atas) Bagi anda yang sudah mempunyai akaun Gmail, boleh terus klik di bahagian "sign in first" seperti yang ditunjukkan oleh anak panah.

SEO - Berapa lama laman web @ blog anda akan berada di muka pertama Google?

Imej
Beberapa hari sehingga 1 Bulan Google menjumpai laman web anda dan mula indeks beberapa muka surat. Jika halaman anda tidak boleh dijumpai di Google selepas sebulan (tidak stabil), anda akan kerugian. 2 hingga 3 Bulan Dalam beberapa bulan pertama Google mula indeks laman web anda. Tidak semua laman diindeks lagi. Google menentukan jadual secara berperingkat. Ia adalah sangat penting bagi anda menambah kandungan yang segar dan unik sekurang-kurangnya pada setiap minggu dan menambah pautan balik (blacklink) dari muka surat yang berkaitan. Bergantung kepada niche anda dan usaha anda, PageRank akan berubah dari 0 kepada 4. Ya, ia adalah benar, PR4 boleh didapati selepas 3 bulan. 6 Bulan Menjelang akhir bulan 6, semua halaman anda akan diindeks sepenuhnya dan Google akan melihat backlinks anda untuk menentukan kedudukan anda. Beberapa kata kunci anda mula dilihat halaman pertama. Anda perlu terus menambah backlinks yang berkaitan dan kandungan yang unik secara tetap. Pagerank boleh

Tutorial 4 - Memasukkan Gadget ke dalam Blog Anda

Imej
Login masuk ke akaun Blogspot anda. Di Dashboard, klik "Layout". Untuk memasukkan gadget, klik "Add a Gadget". Anda boleh memasukkan pelbagai gadget seperti yang terdapat di dalam senarai. Namun begitu, biasanya gadget yang boleh dikatakan "wajib" ada dalam sesebuah blog ialah : 1. About Me - Profile anda (termasuk gambar anda) 2. Followers - ia penting untuk menarik pengunjung blog anda supaya mereka tahu apabila anda post artikel baru. 3. Search Box 4. Labels - Kategori artikel yang anda tulis 5. Blog Archive - Senarai artikel yang anda post mengikut susunan 6. Blog List - Senarai link blog rakan-rakan anda Untuk memasukkan gadget dari luar, anda perlu klik HTML/JavaScript dan masukkan kod HTML yang diberikan oleh pihak penyedia gadget luar. Di antara gadget pilihan luar yang boleh dimasukkan ke dalam blog anda ialah : - Statistik pelawat blog - Jam / tarikh - Video / Gambar - Lagu - Iklan (Adsense, Nuffnang, Adverlets dan lain-lain) Apabila selesai mema

Tutorial 3 - Menukar Template (Layout) Blogspot yang baru

Imej
Terdapat pelbagai template (layout) percuma boleh didapati di internet untuk pengguna-pengguna blogspot. Anda boleh melawati laman web seperti berikut: http://www.bloggertemplatesfree.com http://freetemplates.blogspot.com http://btemplates.com http://www.ourblogtemplates.com Saya ambil contoh di http://www.bloggertemplatesfree.com , klik "Live Demo" untuk melihat template yang anda suka. Untuk muat turun (download) template tersebut, klik "Download". Fail template tersebut akan di muat turun dalam bentuk .zip. Anda memerlukan perisian winzip untuk unzip fail tersebut. Apabila selesai, buka file tersebut dan "select all" semua kod HTML yang terdapat dalam fail tersebut. Login akaun blogspot anda. Di bahagian Dashboard, klik bahagian "Layout" seperti anah panah di atas. Selepas itu, klik "Edit HTML" seperti gambar di atas. Apabila bahagian "Edit Template" telah di buka. Anda perlu padamkan (delete) kod HTML yang lama. Salin (c

Tutorial 2 - Setting blog di Blogspot

Imej
Mula-mula anda login masuk akaun Blogspot anda di : http://www.blogger.com atau http://www.blogspot.com Di Dashboard, ada 3 bahagian untuk menetapkan setting di Blogspot iaitu Settings Profile, Settings Blog dan juga Settings Layout (Template Blog) seperti gambar di atas. SETTING PROFILE Isi maklumat yang dikehendaki dan jangan lupa masukkan gambar anda di bahagian profile ini. Klik SAVE PROFILE apabila selesai. SETTING BLOG Klik bahagian "Settings" dan terdapat beberapa bahagian kecil seperti berikut: Basic Publishing Formatting Comments Archiving Site Feed Email & Mobile OpenID Permissions Di bahagian Basic, masukkan nama blog, penerangan dan beberapa setting basic yang lain. Sementara di bahagian Publishing, anda boleh menukar alamat url blog (jika perlu). Di bahagian Formatting pula, anda boleh menukar format entri blog, format tarikh, masa dan bahasa. Di bahagian Comments, anda boleh menukar setting untuk komen di blog anda. Tekan SAVE SETTINGS apabila selesai. Tu

Apa itu blog?

Imej
Blog berasal dari singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris iaitu sebuah laman web yang kemasukannya (entri) ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik mengikut tarikh dan masa ia diterbitkan (publish). Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya blog peribadi, politik, sosial atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian . Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun ada sesetengahnya bertumpu pada gambar foto ( blog foto ), video ( vlog ) dan muzik ( blog MP3 ). Terdapat dua penyedia hosting blog percuma yang paling popular di dunia iaitu Blogspot dan Wordpress. Blogspot (Blogger) Wordpress.com Selain daripada itu, ada beberapa penyedia hosting blog percuma yang "kurang" dikenali ramai. Di antaranya ialah: Blogdrive xanga tumblr