Bolehkah wanita berkuku panjang?
Tabiat menyimpan kuku panjang ini adalah merupakan perbuatan yang berlawanan dengan fitrah. Malah, ia bertentangan dengan sunnah Nabi s.a.w. Berbagai alasan dicipta semata untuk mengiyakan perbuatan memanjangkan kuku ini, antaranya adalah sebagai kecantikan dan yang anehnya adalah sebagai senjata mempertahankan diri. Persoalannya, boleh atau tidak wanita berkuku panjang dengan alasan sebagai senjata mempertahankan diri? Menjawab persoalan ini, Al Islam telah berjumpa dengan Pensyarah Kanan di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Muhammad Adib Samsudin bagi mengupas isu yang diketengahkan. Menurut beliau, apabila kita berbicara persoalan berkaitan dengan kuku, kita tidak boleh lari daripada sabda Rasulullah s.a.w. “Fitrah itu lima perkara, berkhitan, membuang bulu di sekitar kemaluan, mencabut bulu ketiak, mengerat kuku dan menggunting misai.” (HR Bukhari dan Muslim). Berdasarkan hadis ini jelas menunjukkan bahawa memotong kuku itu merupa