Top Ad 728x90

Beza GST dan SST

by

Membandingkan antara GST dan SST dengan membuat pengiraan mudah kadar GST dan SST setiap produk adalah kurang tepat. Ini kerana GST dan SST adalah dua sistem yang berbeza dari segi mekanisme. GST dikenakan ke atas semua peringkat berdasarkan kepada setiap unit barangan sementara SST adalah berdasarkan nilai jualan secara pukal.

Dari sudut kerajaan, GST lebih menguntungkan kerana kutipan lebih tinggi, lebih telus dan merangkumi di semua peringkat perniagaan. Sementara SST hanya dikenakan kepada pengeluar (pengilang). Ada kemungkinan akan berlaku ketirisan dan penipuan yang merugikan kerajaan.

Dari sudut peniaga, GST lebih baik berbanding SST kerana di bawah GST, peniaga boleh membuat tuntutan bayaran balik dari pihak kastam. Sementara di bawah SST, tiada tuntutan boleh dibuat.

Dari sudut pengguna pula, GST dilihat lebih membebankan mereka kerana cukai terpaksa dibayar oleh mereka. Dari segi psikologi juga pengguna akan merasa tertekan melihat nilai caj GST yang mereka bayar dicatat di atas resit. Namun jika di bawah SST, kos cukai jualan ini tidak dicatat di dalam resit pembelian. Ia telah terangkum di dalam harga barangan.

Baik atau buruk GST dan SST, pengguna telah membuat keputusan di dalam PRU14 yang lepas di mana mereka tidak rela untuk menerima rejim GST. Jadi, setakat ini hanya SST jalan terbaik untuk kerajaan mengutip hasil jualan.

Adha Zain
20 Julai 2018

https://www.facebook.com/mdadha/posts/2251451114869561

Anak dijangkiti HFMD

by


Alhamdulillah, hari ini hari terakhir kuarantin HFMD anakanda baby Maryam. Ulser di mulut dan bintik-bintik di kaki dan tangan sudah baik. Kami hanya sapu losyen calamine dan ubat antibiotik seperti arahan doktor.

Jika anak anda mempunyai bintik-bintik merah dan ulser di lelangit mulut, segera bawa anak ke klinik berdekatan supaya mereka mendapat rawatan sewajarnya.

Ibu bapa yang bekerja sebagai kakitangan awam boleh memohon cuti kuarantin selama lima hari. Surat pengesahan akan dikeluarkan oleh doktor.

#keshfmd

15 pulau paling pelik di dunia

by

Terdapat 15 pulau paling pelik di dunia yang mungkin mengejutkan anda.

1) Ball's Pyramid

Terletak di lautan Tasman, ia hanya didiami oleh satu spesis serangga yang dikatakan telah pupus sejak tahun 1930. Selain itu, tiada sebarang penghuni direkodkan di pulau ini.

2) Queimada Grande (Pulau Ular)

Walaupun namanya kedengaran seperti penyanyi popular Ariana Grande, pulau ini disifatkan sebagai pulau paling bahaya di dunia.

Terletak berdekatan Sao Paulo, ia menjadi habitat kepada ular-ular berbisa. Malah, orang awam tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke pulau ini.

Yang paling digeruni tentunya spesis ular Golden Lancehead. Bisanya dikatakan mampu mencairkan daging manusia. Ouch!

3) Pulau Anak Patung

Sewaktu Julian S. Barrera membina rumah di pulau Xochimilco di Mexico, dia terdengar kisah mengenai roh gadis muda yang menghantui kawasan itu.

Untuk membuang sumpahan, dia menggantung banyak anak patung di pokok-pokok sekitar pulau itu.

Lelaki itu bagaimanapun sudah meninggal dunia. Patung-patung yang ditinggalkan sangat menyeramkan walaupun dilihat pada siang hari.

4) Hashima

Merupakan tapak pencarian arang batu, ia menjadi penempatan ramai pelombong suatu ketika dahulu.

Selain ramai yang terbunuh, pulau itu mula ditinggalkan kerana industri minyak mula mengambil alih sumber tenaga negara Jepun.

Kini, ia tidak didiami sesiapa dan menjadi pulau hantu di tengah lautan.

5) Pulau Tromelin

Pada tahun 1761, kapal syarikat East India menghantar 142 krew dan 160 hamba ke pulau itu.

200 daripada mereka berjaya tiba ke Pulau Tromelin, namun tidak boleh keluar dari situ melainkan lapan sahaja yang terselamat.

Apa yang mengejutkan, lapan individu berkenaan berjaya diselamatkan oleh sebuah kapal Perancis setelah 15 tahun terdampar di sana.

6) Okunoshima

Digelar 'pulau arnab', ia menjadi habitat haiwan comel itu.

Pada mulanya, arnab berkenaan digunakan sebagai bahan uji kaji makmal untuk senjata kimia.

Arnab-arnab yang terselamat membiak dan telah menguasai keseluruhan pulau itu.

7) Poveglia

Diharamkan kepada orang ramai, pulau yang terletak di Itali ini pernah menjadi zon kuarantin sewaktu era Black Death.

Beribu orang yang sakit telah dibakar di pulau itu.

Ia ditinggalkan tanpa penghuni dan ditutup sejak tahun 1968.

8) Tashirojima

Terletak di tengah-tengah lautan pasifik, jumlah kucing di pulau ini melebihi populasi manusia.

Malah, setiap penghuni mesti memelihara dua ekor kucing kerana ia dianggap sebagai pembawa tuah.

9) Pulau Krismas

Setiap tahun, pulau ini diserang jutaan ketam merah yang datang untuk bertelur.

Pulau ini terletak di Australia. Anda pastinya tidak dapat membayangkan bagaimana pasir pantai yang putih bertukar merah kerana dipenuhi makhluk ini.

10) Pulau Easter

Pulau misteri ini menempatkan 900 batu gergasi yang dikenali sebagai Moai.

Ia terkenal kerana ramai yang bingung mengenai misteri dan kisah legenda kewujudan batu-batu itu.

11) Gunung berapi Taal

Terletak di tengah-tengah pulau Luzon di Filipina, ia dikelilingi tasik menjadikan ia sebuah pulau di dalam pulau.

12) Palm Island

Ia merupakan kepulauan buatan mansuia yang dibina di perairan Dubai.

Dibina sebagai tarikan pelancong, bentuknya kelihatan begitu sempurna.

13) Pulau Ramree

Terletak di Teluk Bengal, pulau ini mencatakan tragedi buruk sewaktu Perang Dunia Kedua.

Dikatakan seramai 500 askar Jepun dibaham buaya di pulau ini.

Malah, masih banyak buaya yang mendiami habitat itu sehingga hari ini.

14) Pulau terapung di Tasik Titicaca

Dibina oleh puak Uros dari Incas, pulau ini berketebalan 80 cm sahaja.

Ia dibina di atas rakit kayu di tasik itu.

15) Pulau Socotra

Terletak di perairan Yaman, terdapat 800 spesis tumbuhan pelik di pulau ini.

Malah, terdapat tumbuhan yang sudah pupus dan hanya boleh ditemui di pulau ini sahaja.

Ia turut diangkat menjadi tapak warisan oleh Unesco.

Cara mudah untuk reset tab guru Lenovo yang blank

by



Bagi guru yang menghadapi masalah skrin tab menjadi 'blank' selepas terlupa paasword. Anda perlu reset semula tab tersebut seperti langkah-langkah

Proses Hard Reset :
- Matikan dulu Power untuk sementara waktu.
- Setelah itu tekan dan tahan Volume butang Up + Power serentak selama beberapa ketika.(dalam keadaan mati) selama menekan kedua-duanya ketika Icon Lenovo akan muncul di layar (lepas tombol power)
dan untuk masuk ke Recovery Mode dan tahan tombol Volume Up selama beberapa ketika.
- Tekan Volume Down untuk memilih "wipe data / factory reset", dan kemudian sobat tekan Power untuk sahkan.
- Pilih "Yes--delete all user data". Gunakan tombol Volume untuk memilih dan tombol Power untuk sahkan.
- Restart tab dan pilih "reboot system now".
- Selesai ! Hard reset baru saja dilakukan.

Tab anda kini sudah boleh dibuka seperti biasa!

Calon PRU 14 PAS Kelantan

by


PAS Kelantan mengumumkan senarai calon yang akan bertanding semasa Pilihanraya Umum Ke-14 nanti. PAS menampilkan seramai 21 calon baru yang akan mempertahankan Kelantan. Mereka terdiri daripada ahli perniagaan, guru agama, korporat, pegawai kerajaan dan aktivis masyarakat.

Berikut senarai calon PAS Negeri Kelantan PRU14.

P019 TUMPAT : Dato' Hj Che Abdullah Mat Nawi
N01 Pengkalan Kubor : Ust Wan Roslan Wan Hamat
N02 Kelaboran : Adenan Hassan
N03 Pasir Pekan : Ustaz Dato' Hj Ahmad Yakob
N04 Wakaf Bharu : Hj Rusli Abdullah

P020 PENGKALAN CHEPA : Ust Ahmad Marzuk Shaary
N05 Kijang : Dr Izani Husin
N06 Chempaka : Ust Ahmad Fathan Mahmood
N07 Panchor : Dato' Ust Mohd Amar Abdullah

P021 KOTA BHARU : Dato' Takiyuddin Hassan
N08 Tanjong Mas: Puan Rohani Ibrahim
N09 Kota Lama : Dato' Anuar Tan Abdullah
N10 Bunut Payong : Dato' Dr Ramli Mamat

P022 PASIR MAS : Ust Ahmad Fadhli Shaari
N11 Tendong : Rozi Muhamad
N12 Pengkalan Pasir : Dato' Hj Hanifa Ahmad
N13 Meranti : Dato' Ust Mohd Nassuruddin Hj Daud

P023 RANTAU PANJANG : Hjh Siti Zailah Yusoff
N14 Chetok : Hj Zuraidin Abdullah
N15 Gual Periok : Dato' Ust Mohamad Awang
N16 Apam Putra : Abdul Rasul Mohamed

P024 KUBANG KERIAN : Ust Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
N17 Salor : Hj Saiful Adli Abd Bakar
N18 Pasir Tumboh : Ust Abdul Rahman Yunus
N19 Demit : Hjh Mumtaz Md Nawi

P025 BACHOK : Ust Nik Mohamad Abduh Nik Abd Aziz
N20 Tawang : Dato' Ust Hassan Mahmood
N21 Pantai Irama : Hj Mohd Huzaimy Che Hussin
N22 Jelawat : Hj Abd Aziz Kadir

P026 KETEREH : Ust Wan Ismail Wan Jusoh
N23 Melor : Dr Md Yusnan Yusof
N24 Kadok : Hj Azami Mohd Nor
N25 Kok Lanas : Ust Nik Mahadi Nik Mahmood

P027 TANAH MERAH : Dato' Dr Johari Mat
N26 Bukit Panau : Dato' Hj Abdul Fattah Mahmood
N27 Gual Ipoh : Hj Wan Yusoff W Mustafa
N28 Kemahang : Dato' Mej(B) Md Anizam Abd Rahman

P028 Pasir Puteh : Datuk Dr Ust Nik Zawawi Salleh
N29 Selising : Ust Tuan Saripudin Tuan Ismail
N30 Limbongan : Ust Mohd Nazlan Mohamed Hasbullah
N31 Semerak : Wan Hassan Wan Ibrahim
N32 Gaal : Ust Mohd Rodzi Jaafar

P029 MACHANG : Hj Zulkifli Mamat
N33 Pulai Chondong : Ust Azhar Salleh
N34 Temangan : Dato' Dr Mohamed Fadzli Dato' Hassan
N35 Kemuning : Ust Mohd Roseli Ismail

P030 JELI : Mohamad Hamid
N36 Bukit Bunga : Hj Ramzi Mohd Yusoff
N37 Air Lanas : Dato' Ust Abdullah Ya'kub
N38 Kuala Balah : Hj Mohd Apandi Mohamad

P031 KUALA KRAI : Ust Abdul Latiff Abdul Rahman
N39 Mengkebang : Muhammad Mat Sulaiman
N40 Guchil : Hilmi Abdullah
N41 Manek Urai : Mohd Fauzi Abdullah
N42 Dabong : Ku Mohd Zaki Ku Hussin

P032 GUA MUSANG : Ust Abdullah Hussein
N43 Nenggiri : Mohd Sidek @ Saupi Ab Razak
N44 Paloh : Ust Azman Ahmad
N45 Galas : Ust Suhaimi Mat Deris

PAS Kelantan tampil dengan manifesto KELANTAN SEJAHTERA UNTUK ISLAM

Calon BN Kelantan PRU 14

by


Senarai calon bertanding untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 bagi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

P. 019 TUMPAT: Datuk Wan Johani Wan Hussin (BN)


N. 01 PENGKALAN KUBOR: Mat Razi Mat Ail (BN)

N. 02 KELABORAN: Hashim Mohamad (BN)

N. 03 PASIR PEKAN: Wan Mohd. Sanusi Wan Yunus (BN)

N. 04 WAKAF BHARU:  Datuk Mohd. Rosdi Abdul Aziz (BN)



P. 020 PENGKALAN CHEPA: Datuk Zaluzi Sulaiman (BN)

N. 05 KIJANG: Wan Shahrul Azuan Wan Ab. Aziz (BN)

N. 06 CHEMPAKA: Mohamed Fareez Noor Amran (BN)

N. 07 PANCHOR: Zarina Md. Eusope (BN)



P. 021 KOTA BHARU: Fikhran Hamshi Mohamed Fatmi (BN)

N. 08 TANJONG MAS: Madihah Abdul Aziz (BN)

N. 09 KOTA LAMA: Chua Hock Kuan (BN)

N. 10 BUNUT PAYONG: Datuk Mohamed Hasnan Che Hussin (BN)



P. 022 PASIR MAS: Nor Azmawi Ab. Rahman (BN)

N. 11 TENDONG: Datuk Yahaya Mamat (BN)

N. 12 PENGKALAN PASIR: Che Johan Che Pa (BN)

N. 13 MERANTI: Ahmad Anuar Husin (BN)



P. 023 RANTAU PANJANG: Senator Datuk Abdullah Mat Yasim (BN)

N. 14 CHETOK: Muhammad Afifi Muhammad Nor (BN)

N. 15 GUAL PERIOK: Ghazali Ismail (BN)

N. 16 BUKIT TUKU: Akbar Salim (BN)



P. 024 KUBANG KERIAN: Datuk Seri Mohamad Abdul Ghani (BN)

N. 17 SALOR: Datuk Mohamad Nordin Awang (BN)

N. 18 PASIR TUMBOH: Bakri Yusoff

N. 19 DEMIT: Nurul Amal Mohd. Fauzi (BN)



P. 025 BACHOK: Datuk Dr. Awang Adek Hussin (BN)

N. 20 TAWANG: Datuk Mohd. Radzuan Abdullah (BN)

N. 21 PANTAI IRAMA: Datuk Dr. Ilias Husain

N. 22 JELAWAT: Mohd. Radhuan Hamat (BN)



P. 026 KETEREH: Tan Sri Annuar Musa (BN)

N. 23 MELOR: Azmi Ishak (BN)

N. 24 KADOK: Mohammad Azam Ismail (BN)

N. 25 KOK LANAS: Datuk Md. Alwi Che Ahmad (BN)



P. 027 TANAH MERAH: Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN)

N. 26 BUKIT PANAU: Dayang Saniah Awang Hamid (BN)

N. 27 GUAL IPOH: Mohd. Bakri Mustapha (BN)

N. 28 KEMAHANG: Wan Rakemi Wan Zahari (BN)



P. 028 PASIR PUTEH: Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki (BN)

N. 29 SELISING: Zulkifle Ali (BN)

N. 30 LIMBONGAN: Mohd. Hanafiah Abdul Aziz (BN)

N. 31 SEMERAK: Datuk Zawawi Othman (BN)

N. 32 GAAL: Datuk Dr. Mohd. Kaisan Ab. Rahman (BN)



P. 029 MACHANG: Datuk Ahmad Jazlan Yaakob (BN)

N. 33 PULAI CHONDONG: Ahmad Tarmizi Ismail (BN)

N. 34 TEMANGAN: Wan Mohd. Adnan Wan Aziz (BN)

N. 35 KEMUNING: Eriandi Ismail (BN)



P. 030 JELI: Datuk Seri Mustapa Mohamed (BN)

N. 36 BUKIT BUNGA: Datuk Mohd. Adhan Kechik (BN)

N. 37 AIR LANAS: Datuk Seri Mustapa Mohamed (BN)

N. 38 KUALA BALAH: Datuk Abdul Aziz Derashid (BN)



P. 031 KUALA KRAI: Datuk Ramzi Ab. Rahman (BN)

N. 39 MENGKEBANG: Zaki Muhammad (BN)

N. 40 GUCHIL: Dr. Zuber Hassan (BN)

N. 41 MANEK URAI: Suzaini Adlina Sukeri (BN)

N. 42 DABONG: Muhammad Awang (BN)



P. 032 GUA MUSANG: Tengku Razaleigh Tengku Mohd. Hamzah (BN)

N. 43 NENGGIRI: Abdul Aziz Yusoff (BN)

N. 44 PALOH: Amran Arifin (BN)

N. 45 GALAS: Mohd. Syahbuddin Hashim (BN)


Senarai calon BN di Terengganu bagi PRU-14

by


Senarai calon Barisan Nasional bagi lapan kerusi Parlimen dan 32 kerusi DUN di Terengganu:

P.33 - BESUT: Datuk Seri Idris Jusoh

N.01 KUALA BESUT: Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman

N.02- KOTA PUTERA: Mohd Mahdi Musa

N.03- JERTEH: Muhammad Pehimi Jusoh

N.04- HULU BESUT: Nawi Mohamad

P.34 -SETIU: Datuk Mohd Jidin Shafee

N.05 -JABI: Mohd Iskandar Jaafar

N.06- PERMAISURI: Datuk Halim Jusoh

N.07 LANGKAP: Datuk Sabri Mohd Noor

N.08- BATU RAKIT: Bazlan Abd Rahman

P.35 KUALA NERUS: Tengku Asmadi Tengku Mohamad

N.09 - TEPOH: Datuk Basir Ismail

N.10- BULUH GADING:  Che Mansor Salleh

N.11 - SEBERANG TAKIR: Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman

N.12 - BUKIT TUNGGAL: Tuan Arif Shahibu Fadilah Tuan Ahmad

P.36- KUALA TERENGGANU: Datuk Wan Nawawi Wan Ismail

N.13 -WAKAF MEMPELAM: Salleh Othman

N.14- BANDAR: Toh Seng Cheng

N.15 - LADANG: Datuk Mohd Sabri Alwi

N.16 BATU BURUK: Zamri Awang Hitam

P.37- MARANG: Mohamad Nor Endot

N.17 ALUR LIMBAT: Datuk Saiful Bahri Baharuddin

N.18 BUKIT PAYUNG: Toh Puan Zaitun Mat Amin

N.19 RHU RENDANG: Nik Dir Nik Wan Ku

N.20 PENGKALAN BERANGAN: A. Latiff Awang

P.38 HULU TERENGGANU: Datuk Rosol Wahid

N.21 -TELEMONG: Datuk Rozi Mamat

N.22- MANIR: Yusof Awang Hitam

N.23 KUALA BERANG: Tengku Putera Tengku Awang

N.24 - AJIL: Ghazali Taib

P.39- DUNGUN: Datuk Din Adam

N.25 - BUKIT BESI: Roslee Daud

N.26 - RANTAU ABANG: Zaulkfli Wan Gati

N.27 - SURA: Datuk Zainun Abu Bakar

N.28- PAKA: Tengku Hamzah Tengku Draman

P.40 KEMAMAN: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

N.29- KEMASIK:  Ir. Rosli Othman

N.30 -KIJAL: Datuk Seri Ahmad Said

N.31- CUKAI: Datuk Mohamed Awang Tera

N.32 - AIR PUTIH: Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar


Senarai Calon PAS Negeri Terengganu PRU14

by


Senarai Calon PAS Negeri Terengganu PRU14

P.033 BESUT: Dr Riduan Mohd Noor
N.01 KUALA BESUT: Hj Azbi bin Salleh
N.02 KOTA PUTERA: Mohd Nurkhuzaini bin Abd Rahman
N.03 JERTIH: Wan Azhar bin Wan Ahmad
N.04 HULU BESUT: Mat Daik bin Mohamad

P.034 SETIU: Shahari Zulkarnain
N.05 JABI : Dr Azman bin ibrahim
N.06 PERMAISURI: Zul Bhari bin A Rahman
N.07 LANGKAP: Azmi bin Maarof
N.08 BATU RAKIT: Mohd Shafizi bin Ismail

P.035 KUALA NERUS: Dato’ Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali Al-takiri
N.09 TEPUH: Hishamuddin bin Abdul Karim
N.10 BULUH GADING: Ridzuan bin Hashim
N.11 SEBERANG TAKIR: Mohd Fazil bin Wahab
N.12 BUKIT TUNGGAL: Dr Alias bin Razak

P.036 KUALA TERENGGANU: Ahmad Azad bin Mohamed @ Hashim
N.13 WAKAF MEMPELAM: Wan Sukairi bin Wan Abdullah
N.14 BANDAR: Ahmad Shah bin Mohamed
N.15 LADANG: Dato’ Tengku Hassan bin Tengku Omar
N.16 BATU BURUK: Ustaz Muhammad Khalil bin Abdul Hadi

P.037 MARANG: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Hadi bin Awang
N.17 ALUR LIMBAT: Ariffin bin Deraman
N.18 BUKIT PAYUNG: Ustaz Mohd Nor bin Hamzah
N.19 RU RENDANG: Professor Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar
N.20 PENGKALAN BERANGAN: Ustaz Sulaiman Bin Sulong

P.038 HULU TERENGGANU: Muhyidin bin Abdul Rashid
N.21 TELEMUNG: Kamaruzaman bin Abdullah
N.22 MANIR: Hilmi bin Harun
N.23 KUALA BERANG: Dr Mamad bin Puteh
N.24 AJIL: Maliaman bin Kassim

P.039 DUNGUN: Wan Hassan bin Mohd Ramli
N.25 BUKIT BESI: Hj Ghazali bin Sulaiman
N.26 RANTAU ABANG: Alias bin Harun
N.27 SURA: Wan Hapandi bin Wan Nik
N.28 PAKA: Satiful Bahari bin Mamat

P.040 KEMAMAN: Che Alias bin Hamid
N.29 KEMASIK: IR Saiful Azmi bin Suhaili
N.30 KIJAL: Hj Hazri bin Jusoh
N.31 CUKAI: Hanafiah Bin Mat
N.32 AIR PUTIH: Ab Razak bin Ibrahim

Dana Raya Rakyat Terengganu TTB 2018

by

Permohonan Bantuan Dana Perayaan Aidilfitri  2018 bagi rakyat negeri ini dibuka selama sebulan, bermula 1 April sehingga 30 April 2018. di: http://danattb.terengganu.gov.my

Permohonan secara atas talian itu diwajibkan kepada pemohon sama ada yang telah memohon sebelum ini atau pemohon baharu, di mana mereka diminta mengisi kembali permohonan dan tiada kemas kini maklumat.

Antara syarat kelayakannya ialah pemohon mestilah mempunyai keluarga, rakyat Terengganu dan jumlah pendapatan bulanan hendaklah tidak melebihi RM3,000  sebulan.

Manakalan pemohon yang belum berkahwin, mestilah berumur melebihi 40 tahun serta berpendapatan tidak melebihi RM2,000.00 sebulan.

Borang permohonan hendaklah dicetak dan diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bersama salinan dokumen kad pengenalan, surat nikah, surat cerai atau surat mati pasangan dan slip gaji.

Bagi bagi pemohon yang tidak mempunyai slip gaji, perlu mengemukakan surat pengakuan pendapatan yang disahkan oleh Pengerusi JKKK atau penghulu mukim.

Pemohon mestilah seorang pengundi berdaftar di Terengganu. Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ditolak,


Syarat Kelayakan Dana Raya TTB

- Rakyat Negeri Terengganu

- Pemohon yang bukan rakyat Negeri Terengganu tetapi bermastautin lebih 10 tahun di Negeri Terengganu perlu mendapat perakuan daripada Pengerusi JKKK Kawasan masing-masing).

- Permohonan ini terbuka bagi mereka yang telah berkahwin dan jumlah pendapatan bulanan Ketua Isi Rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan.

- Bagi pemohon yang belum berkahwin dan berumur melebihi 40 tahun serta berpendapatan tidak melebihi RM2,000.00 sebulan.

- Kontraktor berdaftar dan peniaga berlesen adalah tidak layak memohon.


Borang permohonan hendaklah dikemukakan bersama salinan dokumen berikut:

1. Kad Pengenalan Pemohon dan Kad Pengenalan / Surat Beranak Tanggungan

ii.  Salinan Surat Nikah

iii.  Slip Gaji atau Slip Pencen Terkini

(Bagi pemohon yang tidak mempunyai slip gaji, perlu mengemukan Surat Pengakuan Pendapatan yang disahkan oleh Pengerusi JKKK )

- Pemohon mestilah seorang pengundi berdaftar di Terengganu.

- Bagi yang telah berkahwin WAJIB mengemukakan maklumat tanggungan (Isi rumah) termasuk maklumat pasangan (Suami/Isteri). Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ini ditolak.

- Kerajaan Negeri berhak menolak permohonan dan meminda syarat-syarat di atas dari masa ke semasa tanpa sebarang notis.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90