Top Ad 728x90

Bersiar dengan helikopter sekitar Kuala Terengganu

by

Jika ingin bersiar-siar dengan helikopter sekitar Kuala Terengganu, boleh datang ke Heli Outpost Terengganu di Pulau Warisan, Kuala Terengganu. Harga serendah RM99 satu kepala (bergantung kepada promosi). Pengantin Baru dan pelancong juga boleh buat tempahan istimewa. Boleh hubungi 013-9287800 untuk pertanyaan lanjut. Hari bekerja 10.00 pagi - 7.00 petang.


Caj Tahunan Kad Debit CIMB Bank

by


Walaupun caj tahunan Kad Debit CIMB Bank / CIMB Islamic Bank RM15.00 setahun, takde pulak orang komplen. Mungkin ramai yang tidak perasan. Dulu masa Maybank caj 50 sen selepas pengeluaran keempat, ramai yang bising.

Kebanyakan bank lain termasuk Maybank hanya mengenakan caj RM8.00 setahun untuk Kad Debit / ATM. Paling mahal, Kad Debit Affin Bank / Affin Islamic Bank, RM20.00 setahun. Harap pihak CIMB Bank selaraskan caj tahunan hanya RM8.00 sahaja kerana fungsinya sama sahaja dengan bank lain.

Cara Buka Akaun Semasa Perniagaan Maybank

by

- Perlu daftarkan perniagaan terlebih dahulu sama ada persendirian, perkongsian atau Sdn. Bhd. Dapatkan sijil pendaftaran SSM dan juga salinan maklumat tentang perniagaan tersebut.

- Buat cop perniagaan. Pada cop ada nama perniagaan, no. SSM dan alamat (jika perlu). Cop rubber stamp perlu dibawa semasa membuka akaun.

- Pergi ke mana-mana cawangan Maybank. Minta borang permohonan pembukaan akaun semasa perniagaan. Sebaiknya akaun jenis Islamik.

- Lengkapkan borang dan kepilkan bersama dengan satu salinan fotostat sijil pendaftaran perniagaan dan salinan kad pengenalan (termasuk rakan kongsi jika perniagaan perkongsian).

- Bank akan mengambil masa 3-7 hari bekerja untuk menyemak status perniagaan anda. Pihak bank akan menghubungi anda jika tiada masalah.

- Semasa hadir ke bank untuk pengaktifan akaun, bawa cop perniagaan.

- Syarat untuk buka akaun semasa perniagaan adalah perlu ada seorang Introducer yang telah memiliki akaun semasa sekurang-kurangnya setahun.

- Perlu sediakan deposit RM2000. Deposit ini perlu dimasukkan melalui mesin cash deposit selepas sebaik sahaja akaun selesai dibuka. Mereka akan berikan no. akaun kepada anda.

- Masukkan wang deposit ke dalam akaun semasa anda yang baru saja siap dibuka.

- Buku cek akan diberikan dalam tempoh masa 3 hari bekerja, selepas akaun selesai didaftarkan.

Saguhati Kelahiran Anak Terengganu

by


Saguhati Kelahiran Anak Negeri Terengganu Bagi Tahun 2016

Anak pertama - hingga ke-6 RM 100
Anak ke-7 :RM 200
Anak ke-8 :RM 300
Anak ke 9: RM 400
Anak ke-10 dan Seterusnya: RM 500

SYARAT-SYARAT:
- Bayi dilahirkan di negeri TERENGGANU bermula pada 1.1.2016 hingga 31.12.2016
- Ibu atau bapa bayi mestilah rakyat TERENGGANU yang lahir @ menetap melebihi 10 tahun di negeri Terengganu
- Bantuan saguhati akan diberi dalam bentuk akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)

Borang permohonan boleh didapati di:
Pejabat YPK TERENGGANU: 09-6249355
Pejabat YPK KAWASAN MARANG: 09-6189135
Pejabat YPK KAWASAN DUNGUN:09-8485654
Pejabat YPK KAWASAN SETIU: 09-6097808
Pejabat YPK KAWASAN HULU TERENGGANU: 09-6861012
Pejabat YPK KAWASAN KUALA NERUS:09-6672667
Pejabat YPK KAWASAN KEMAMAN: 09-8584898
Pejabat YPK KAWASAN BESUT:09-6976301

Kredit : Mira Syamim

Resepi Rendang Ayam

by


Bahan-bahan:

1 ekor ayam (potong ikut suka nak besar mana dan bersihkan )

 1 cawan santan pekat
1 cawan air
2 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1 sudu kecil garam dan 1 sudu besar gula

Bahan yang dikisar bersama:-

10 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
2 inci halia
5 batang serai.( dihiris halus)
2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup


Cara-caranya..

* Kisar semua bahan2 yang perlu dikisar.

* -masuk kan bahan kisar ke dalam kuali.

* masuk kan ayam, kerisik, santan pekat ,air ,kulit kayu manis,bunga lawang, garam dan gula

* buka api dan masak hingga kering dan naik minyak nya...

* hiris daun kunyit nipis2 dan masukkan ke dalam kuali..gaul sebati.

Diganggu Dengan Nombor Telefon Ini?

by


Berhati-hati apabila anda dihubungi oleh nombor-nombor telefon berikut:

0327874283
0320750000
0320366888
0320550700
0322039688
0327874200
0327263500
0320366888
0320941222
0379629200

kebanyakannya Telemaketer yang menjual insurans

Kadar Tol di LPT 2 Mulai 15 Julai 2016

by


Kutipan tol di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang dibuka kepada trafik sepenuhnya mulai 31 Jan 2015, akan berkuat kuasa bermula 12.01 tengah malam, 15 Julai 2016.

Kadar tol permulaan bagi LPT2 adalah 12 sen/km bagi kenderaan Kelas 1 (kereta). Pengguna yang membuat perjalanan dari Plaza Tol Kuala Terengganu ke Plaza Tol Cheneh dan sebaliknya, akan dikenakan bayaran tol sebanyak RM19.70.

Lebuh raya berkenaan akan melaksanakan kutipan tol secara sistem tol tertutup iaitu kadar tol akan dikira berdasarkan jarak perjalanan yang telah dilalui oleh pengguna.

Terdapat 10 plaza tol di sepanjang jajaran LPT2 iaitu Plaza Tol Cheneh, Plaza Tol Chukai, Plaza Tol Kijal, Plaza Tol Kerteh dan Plaza Tol Paka, Plaza Tol Kuala Dungun, Plaza Tol Bukit Besi, Plaza Tol Ajil, Plaza Tol Telemong dan Plaza Tol Kuala Terengganu.

Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn Bhd (LPT 2 Sdn Bhd), sebuah syarikat milik penuh Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS Berhad) telah dilantik sebagai pemegang konsesi yang akan melaksanakan operasi, penyenggaraan dan kutipan tol di lebuh raya tersebut.

Untuk kadar tol terkini di LPT, klik di sini : http://kadartol.llm.gov.my/ atau http://www.lpt2.com.my/

Cara Buat Lemang Sedap

by

Foto : gunung-lang.blogspot.com

Bahan-bahan:
2kg beras pulut
Lima biji kelapa
Empat batang buluh lemang
Daun pisang muda
Garam secukup rasa

Cara membuat lemang:
- Basuh beras pulut. Toskan airnya
- Masukkan Daun pisang ke dalam buluh.
- Masukkan beras pulut yang telah ditos air ke dalam buluh.
- Masukkan garam secukup rasa ke dalam santan.
- Tuangkan santan ke dalam buluh berisi beras pulut tadi.
- Bakar buluh dengan api sederhana. Balikkan buluh setiap 15 minit sehingga ia masak.
- Pembakaran mengambil masa 4 sehingga 5 jam.
- Siap untuk di hidangkan bersama rendang ayam/daging.

UTC Terengganu Mula Beroperasi 27 Jun 2016

by


UTC Terengganu telah dibuka di PB Square & Plaza Paya Bunga pada 27 Jun 2016 (Isnin). Dibuka setiap hari 7 hari seminggu dari jam 8.30 pagi - 10.00 malam. Waktu operasi semasa bulan puasa 8.30 pagi - 5.00 petang.

Antara senarai penuh agensi yang ada di UTC Terengganu:
Paya Bunga Square (PB Square)
Tingkat Bawah (G)
1- Polis Diraja Malaysia (PDRM)
2- KWSP
3- TNB
Tingkat 1
1- Tabung Haji
2- JPJ
3- TNB,
4- Indah Water Konsortium
5-Hijrah Risk Konsortium
Tingkat 2
1- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
2- Tekun Nasional
3- MARA
Tingkat 3
1- PTPTN
2- Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (Home Manager)
3- Pejabat Pengurusan UTC
Tingkat 4
1- Imigresen
2- Klinik 1 Malaysia
3- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)
4- FELDA
5- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
6- Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU)
7- Syarikat Air Terengganu (SATU)
8- Pejabat Tanah
9- MAIDAM
10- SUK Perumahan
11- PMINT
12- Yayasan Terengganu (YT)
13- MBKT
14- Pejabat Tanah Dan Galian
Tingkat 4 Paya Bunga Plaza
1- Kementerian Belia Dan Sukan - Gym & Futsal

Car Seat GB Dalam Kenangan

by

Car Seat jenama GB ini kami beli semasa kelahiran anak sulung kami iaitu Umar. Masa itu harganya dekat RM500. Kami beli di Kedai Bayi Twins Baby Cawangan Kuala Terengganu. Umar kerap duduk di atas kerusi bayi ini kerana pada awal usianya, setiap hari bekerja saya akan menghantarnya ke rumah neneknya. Jadi, dia memang suka kerusi tersebut.

Apabila adiknya Uwais lahir, dia kurang gemar duduk di atas kerusi bayi ini. Mungkin kerana Uwais lebih suka dipegang. Setelah lebih kurang 3 tahun berkhidmat, kami ambil keputusan untuk menjual kerusi bayi GB ini. Alhamdulillah, tidak berapa lama letak iklan di Mudah.my, ada orang terus whatsapp mahu beli. Masa tu kami letak harga RM250 tapi dia minta kurang RM200 sahaja.

Jika anda sedang mencari kerusi bayi, mungkin anda boleh masukkan jenama GB dalam list. Car Seat GB ni agak kukuh, selesa untuk bayi, nampak kemas dan coraknya pun menarik. Harganya boleh dikatakan agak sederhana sekitar RM300 - RM1,000 bergantung kepada model.


Keputusan Pengambilan Guru Lepasan SPM 2016

by

Calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah mengemukakan Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2016 di Institut Pendidikan Guru (IPG) boleh membuat semakan keputusan kemasukan pada 6 Jun 2016 mulai jam 3.00 petang hingga 13 Jun 2016. Calon berjaya dikehendaki mencetak surat tawaran. Maklumat lanjut : http://myadha.blogspot.com/2016/06/semakan-keputusan-ke-institut-pendidikan-guru-ipg-jun-2016.html

Pusat Servis Honda Kuala Terengganu berpindah ke lokasi baru

by

Pusat Servis Honda Kuala Terengganu telah berpindah ke lokasi baru di Kawasan Perindustrian Gong Badak (belakang Kilang Percetakan Utusan Melayu). Bangunan baru ini menempatkan Pejabat, Bilik Pameran dan Pusat Servis (3S). Pusat servis lama di Jalan Bukit Kecil telah ditutup dan dipindahkan ke lokasi baru. Untuk temujanji servis sila hubungi no. baru 09-6671996. Bahagian sales, 09-6671796. Waktu operasi : Sabtu - Khamis (9.00 pagi - 6.00 ptg)



Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90