Top Ad 728x90

Rumusan Pembentangan Bajet 2016

by

Intipati Pembentangan Bajet 2016

Bajet 2016 memperutukkan RM 167.2 Billion dan Bajet 2016 kali ini bertemakan “Mensejahtera Kehidupan Rakyat” bertunjangkan 5 keutamaan utama.

Kelajuan intenet luar bandar akan ditambah kelajuan 5 kali ganda daripada 5 Mbps kepada 20 Mbps.

Projek LRT3 dari Bandar Utama, Damansara-Johan Setia, Klang dengan anggaran kos pembinaan RM10b mula dibina 2016, siap pada 2020.

RM 200 juta menaiktarafkan jalan di kawasan FELDA. Manakala RM1.4b bagi membina serta naik taraf jalan luar bandar sepanjang 700km di seluruh negara.

Pengecualian duti setem sebanyak 20% ke atas surat cara pembiayaan patuh syariah untuk pembelian rumah.

Projek Bus Rapid Transit KL-Klang pada kos melebihi RM1.5b dan Bus Rapid Transit Kota Kinabalu pada kos hampir RM1b akan dilaksanakan.

Kerajaan akan bina tambahan lagi 30 Sekolah Rendah, 27 Sekolah Menengah, 4 MRSM dan 5 SBP.

Bantuan Persekolahan RM100 akan diberikan kepada Pelajar Sekolah Rendah dan Menendah.

Bantuan Persekolahan RM100 akan dibayar pada Januari 2016 namun dikhususkan kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 dan kebawah.

Program Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada pelajar IPT sebanyak RM250 diteruskan pada Bajet 2016.

Bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) hanya boleh ditebus di Kedai Buku yang diiktiraf Sahaja dan tidak boleh ditebus dikedai yang tidak berdaftar.

Lebuhraya pertama iaitu Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak akan bebas daripada bayaran tol.

Program e-Rezeki dan e-Usahawan akan diperluaskan ke seluruh negara untuk meningkatkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan.

Program Rumah Mampu Milik diperluaskan seperti PR1MA, Rumah Mesra Rakyat, Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), Program Rumah Pertama dan Program Perumahan Rakyat.

Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama bagi individu yang belum memiliki rumah. Melalui skim ini, kerajaan akan membantu individu yang belum pernah memiliki rumah untuk mendapatkan bantuan deposit perumahan.

Gaji kakitangan awam naik kepada 1 Gred

Gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada RM1200 sebulan.

Kadar pencen minimum bagi golongan pesara kerajan dinaikkan kepada RM950 sebulan.

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 diteruskan dan dinaikkan.

BR1M Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3k ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1000.

BR1M Kategori baru diperkenalkan bagi penerima dalam senarai e-Kasih yg berpendapatan bulanan bawah RM1k akan terima BR1M sbyk RM1050.

BR1M Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3k ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1000.

BR1M Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4k, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800.

BR1M Bagi individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2k sebulan, bantuan ditingkatkan drp RM350 kpd RM400.

BR1M Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak RM1000 akan diteruskan.

Berkuatkuasa 1 Julai 2016, gaji minimum negara dinaikkan daripada RM900 kpd RM1,000 sebulan bagi Semenanjung.

Gaji minimum Sabah, Sarawak dan WP Labuan dinaikkan RM920 sebulan daripada RM800 bagi semua sektor kecuali perkhdmatn domestik/pembantu rumah.

Bayaran khas bonus RM500 bagi kakitangan awam akan dibayar pada Januari 2016.

Pesara Kerajaan akan menerima bayaran bantuan khas atau bonus sebanyak RM250 dan dibayar pada Januari 2016.

Allah Peliharakanlah Terengganu

by


Ini adalah pemandangan dari udara tulisan ALLAH PELIHARAKANLAH TERENGGANU yang terletak di Bukit Besar, Kuala Terengganu. Gambar ini ada disiarkan di dalam filem Polis Evo.

Tapi, untuk pengetahuan anda, papan tulisan bercahaya ini adalah sebelum 2015. Pada tahun 2015, papan tulisan ini telah ditukar kepada jenis LED yang berwarna-warni.

Semakan Keputusan Egtukar Pertukaran Guru Januari 2016

by

Bagi guru-guru yang telah mengemukakan permohonan pertukaran guru antara bahagian / negeri, antara daerah dan dalam daerah bagi pertukaran sesi Januari 2016, semakan keputusan dijangka pada minggu pertama. Tarikh jangkaan adalah pada 2 November 2015.

Semakan keputusan penempatan sekolah bagi pertukaran guru yang telah lulus adalah dijangka pada minggu kedua iaitu 12 November 2015.

Semakan keputusan dan penempatan boleh di buat menerusi sistem pertukaran guru secara online bermula tarikh yang dinyatakan di : https://epgo.moe.gov.my

Pemohon yang tidak berjaya boleh mengemukakan rayuan semakan semula dalam tempoh empat belas (14) hari selepas keputusan kelulusan pertukaran diumumkan ke Pejabat Pendidikan Daerah yang dipohon.



Pulau Warisan, Kuala Terengganu

by

Gambar di atas adalah pemandangan sekitar Pulau Warisan, Kuala Terengganu pada waktu malam. Pulau Warisan adalah pulau kecil buatan manusia yang terletak bersebelahan dengan Kampung Cina (Chinatown).

Pada waktu malam, pokok lampu seperti di iCity akan bercahaya berwarna warni. Satu fenomena menarik untuk anda bergambar bersama keluarga.


Contoh Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan

by


CONTOH SOALAN TEMUDUGA LATIHAN SEPARA PERUBATAN

1. Sila perkenalkan diri anda.

2. Apa bidang ko-kurikulum yang anda sertai semasa di sekolah dahulu?

3. Mengapa anda berminat nak menceburi latihan separa perubatan?

4. Adakah anda layak menceburi bidang latihan separa perubatan?

5. Apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk menjawat latihan separa perubatan?

6. Bagaimana anda hendak menyesuaikan diri apabila berhadapan dengan pesakit yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia?

7. Sebutkan bidang-bidang latihan separa perubatan yang kamu tahu.

8. Berikan sekurang-kurangnya 5 nama kolej latihan separa perubatan yang anda tahu.

9. Berikan perbezaan di antara klinik dan hospital.

10. Kerajaan telah memperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), sila berikan ulasan mengenai perkara ini.

11. Terangkan mengapa kami harus pilih anda dan bukan calon-calon yang lain?

12. Ceritakan kelemahan diri anda yang perlu kami ketahui?

13. Apakah strategi anda untuk memperbaiki kelemahan tersebut?

14. Mengapa anda memilih kerjaya dalam sektor awam dan bukan sektor swasta?

15. Adakah sistem pendidikan di Malaysia berada pada hala tuju yang benar?

16. Apakah cadangan anda untuk menambahbaik sistem pendidikan yang ada sekarang?

17. Sekiranya anda seorang pereka grafik, apakah langkah-langkah yang diambil sebelum membuat sebuah rekaan iklan?

18. Nyatakan contoh pencapaian anda dalam kategori teknologi maklumat semasa belajar atau bekerja semasa dahulu.

19. Sebagai seorang ketua di sebuah jabatan kerajaan, apakah tindakan anda bagi memastikan semua staf di bawah seliaan anda berdisiplin di tempat kerja?

20. Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk berkhidmat ke sektor awam, bagaimanakah strategi anda untuk meyakinkan kami yang anda tidak akan berkhidmat semula dalam sektor swasta?

21. Sebagai penjawat awam, anda menghadapi kemungkinan untuk berpindah lokasi pekerjaan ke tempat atau negeri lain. Adakah anda akan memberi komitmen yang baik?

22. Apakah perancangan anda sekiranya diberikan tugas untuk menjayakan satu program di tempat kerja anda?

23. Apakah perbezaan jururawat dengan jururawat pergigian?

24. Terangkan risiko kerja yang ditanggung oleh Juru X-Ray.

25. Apakah bidang latihan yang menjadi pilihan anda?

26. Mengapa anda memilihi bidang latihan tersebut?

27. Berapa lamakah anda akan menjalani latihan bidang tersebut?

28. Terangkan apa yang anda faham mengenai Klinik 1 Malaysia?

29. Berikan punca kepada demam malaria serta langkah-langkah untuk mencegahnya.

30. Berikan nama bagi Menteri Kesihatan Malaysia yang terkini.

31. Berikan nama bagi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.

32. Senaraikan 3 jenis penyakit yang berpunca dari air tercemar.

33. Senaraikan sekurang-kurangnya 5 kempen kesihatan yang anda tahu.

34. Nyatakan contoh penyakit yang disebabkan oleh kandungan gula berlebihan.

35. Nyatakan 5 contoh jabatan yang terdapat di hospital kerajaan.

36. Bolehkah anda bekerja dalam syif siang dan malam secara berganti-ganti?

37. Ceritakan tentang piramid makanan yang anda tahu.

38. Terangkan misi dan visi Kementerian Kesihatan Malaysia.

39. Terangkan mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan fungsinya.

40. Ada apa-apa soalan yang ingin anda tanya?

Untuk contoh-contoh soalan temuduga beserta penerangan lebih lanjut, saudara saudari boleh klik di sini.

BSN dengan logo baru

by

Saya suka logo korporat BSN yang baru. BSN mahu berubah dari persepsi bank 'budak sekolah' dan bank luar bandar kepada bank komersil yang menawarkan produk simpanan dan pinjaman yang menarik. Saya lihat BSN ada kelebihan dengan kad debit yang ada touch n go dan jaringan mesin ATM di serata tempat strategik.

Panduan & Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Akauntan W27

by



Peperiksaan Online Penolong Akauntan Gred W27 akan diadakan pada 21 Oktober 2015 (Rabu). Calon boleh membuat semakan di sini.

Calon yang akan dipilih untuk menjawat jawatan Penolong Akauntan perlu melalui beberapa fasa pemilihan iaitu Peperiksaan Online Penolong Akauntan W27 dan seterusnya Temuduga Penolong Akauntan W27.
Hanya calon yang lulus peperiksaan Penolong Akauntan sahaja layak dipanggil untuk menduduki sesi temuduga.
PANDUAN LENGKAP PEPERIKSAAN ONLINE PENOLONG AKAUNTAN
Pakej Panduan ini merangkumi sukatan peperiksaan, nota ringkas dan contoh soalan dan pelbagai tips rahsia!
Peperiksaan Penolong Akauntan mengandungi tiga seksyen utama iaitu Seksyen A (Pengetahun Am), Seksyen B (Daya Menyelesaikan Masalah) dan Ujian Psikometrik.
Untuk mendapatkan pakej ini, anda boleh terus klik di sini.

Warkah Buat Pesakit Jantung Uwais

by


Saya ingin berkongsi satu warkah dari seorang bapa kepada anaknya yang menghadapi masalah jantung. Nasib Muhammad Uwais Bin Sayuti sama dengan anakanda sulung saya, Muhammad Ahsan Umar yang pernah menghidap masalah salur injap jantung terbalik semasa dilahirkan dulu. Nama Uwais pula kebetulan sama dengan nama anak kedua saya, Muhammad Ayden Uwais.

Sama-sama kita ikuti coretan saudara Sayuti Wan Chik;

Warkah Abi buat Muhammad Uwais

Assalamualaikum Muhammad Uwais,

Tika Abi menulis ni, tiada apa lagi dalam fikiran Abi selain hanya Uwais yang sangat Abi, Ummi, Along Iman dan Angah Furqan rindu, kasih & sayang sepenuh hati.

Uwais,

Nama ini Abi pilih tatkala Abi hadir ke kuliah Ustaz Shamsuri sekitar April 2015 yang lalu. Abi sangat teruja dengan kisah hebat insan bernama Uwais al Qorni dimana kisahnya yang masyhur tentang kehebatannya yang disebut dan dipesan oleh Rasulullah kepada para sahabat supaya mencari pemuda bernama Uwais al Qorni dan meminta supaya mendoakan mereka.

Uwais yang didunia ni tak terkenal tapi sangat terkenal dilangit, mulianya beliau disisi Allah. Itulah sebab nama Uwais Abi pilih semoga Uwais juga akan jadi anak yang soleh, hebat dan mulia disisiNya. InsyaAllah.

Uwais,

Tanggal 20 September 2015 jam 6.20 petang di INS Specialist, Uwais lahir. Dr. Annuar sambut Uwais sambil iqamah dilaungkan dan Abi tanpa henti ucapkan "Alhamdulillah...Alhamdulillah" syukur pada Allah bila Uwais dah lahir. Ummi pun tak henti-henti ucap
"Allahuakbar...Allahuakbar...Alhamdulillah". Gembiranya Abi dan Ummi masa tu dapat dengar suara Uwais menangis.

Abi tengok sendiri dari mula Uwais lahir sampailah selamat semuanya. Tak sabar rasanya Abi nak dukung peluk dan cium Uwais masa tu. Kata Ummi, Uwais lahir sangat mudah. Ummi tak sakit lama dan tak tunggu lama untuk lahirkan Uwais. Alhamdulillah syukur pada Allah.

Uwais,

Lepas Uwais lahir nurse bawa Uwais kat Ummi, sempat Ummi sayang peluk cium Uwais masa tu. Abi tengok Ummi seronok sangat dapat peluk dan cium Uwais masa tu. Tanpa sedar jatuh airmata Abi tengok situasi masa tu. Abi pulak tak sabar nak dukung Uwais.

Nurse ambil Uwais dan timbang. 3.64kg berat Uwais. Lepas nurse siap lap badan Uwais Abi terus minta dengan nurse nak dukung dan azankan Uwais. Abi bawak Uwais ke hujung bilik bersalin tu dan berdiri sambil mengadap kiblat...Abi azankan ditelinga Uwais

"Allahuakbar Allahuakbar"
"Allahuakbar Allahuakbar"

Sesudah azan Abi cium Uwais puas-puas, sayang Uwais, peluk Uwais...seronok sangat rasanya. Lepas tu Abi bagi balik kat nurse, nurse bagitau nak bawa Uwais pergi nursery nak mandikan Uwais. Abi tunggu diluar bilik bersalin tu sampailah ummi dibawa ke bilik wad.

Uwais,

Malam tu Wan dengan Pak Ngah & Mak Ngah mai nak ziarah Uwais dan Ummi. Abi bawa Pak Ngah dan Mak Ngah ke nursery nak tengok Uwais tapi nurse tak bagi masuk. Abi sorang ja boleh tengok. "Tak apa lah nanti dah balik boleh la tengok Uwais" kata Abi dalam hati.

Bila nampak Uwais Abi hairan kenapa nurse letak "balang" oksigen kat kepala Uwais, belum sempat abi tanya nurse mai bagitau abi. "Tadi kami nak mandikan dia tapi nampak dia lemah, kulit nak jadi biru...bila kami bagi oksigen dia nampak stabil, doktor peads (kanak-kanak) akan terangkan dekat encik esok pagi.

Dan mulai saat itu hati abi tak tenang fikirkan Uwais. "Uwais kenapa? Apa jadi dengan Uwais? Kenapa Uwais kena pakai oksigen?" Beribu persoalan yang bermain difikiran Abi masa tu. Tapi Abi positifkan diri, insyaAllah Uwais tak ada apa nanti Uwais sihatlah.

Uwais,

Esoknya, pagi tu Abi pergi jumpa Dr. Lim untuk dapat penjelasan tentang Uwais
Kata doktor, Uwais tak cukup oksigen, oksigen dalam badan Uwais akan menurun tanpa bantuan oksigen Uwais nampak penat. Doktor nasihatkan abi supaya bawa Uwais ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut. Abi setuju, namun ada masalah lain pula.

Kata doktor, dia sudah hubungi pihak hospital untuk rujuk Uwais ke unit NICU (Neorat Intensive Care Unit) tapi pihak hospital menolak permintaan Dr. Lim. Katanya hospital sudah penuh dengan pesakit. Abi hampa waktu tu....apa yang Abi boleh buat untuk Uwais. Tapi doktor cakap Abi boleh bawa Uwais melalui kecemasan.

Doktor juga bagitau kemungkinan pihak HSB kan marah dengan dia dan juga Abi sebab bawa juga Uwais kesana walaupun pihak HSB dah pun bagi tau wad tiada kekosongan untuk tempatkan Uwais disana.Doktor kata kalau Abi tak bawak Uwais ke sana risiko seterusnya Abi kena tanggung dan doktor tak la pula bermaksud halau atau paksa bawa Uwais keluar dari INS tu.

Abi bilang, nanti abi bincang dengan Ummi dulu. Usai saja jumpa doktor, Abi bincang dengan Ummi. Lepas Ummi cuba hubungi kawan-kawan Ummi untuk dapatkan nasihat, Abi dan Ummi buat keputusan bawa juga Uwais ke HSB melalui kecemasan, dan Abi bagitau nurse yang Abi dan Ummi nak juga bawa Uwais ke sana (HSB).

Tengah hari tu Ummi sepatutnya sudah boleh pulang tapi Abi nak kena uruskan Uwais dulu ke HSB. Kata Ummi "Abi pi sana dulu urus Uwais nanti dah selesai datang ambil Ummi". Abi setuju lalu terus turun semula ke nursery untuk jumpa Uwais. Nurse bagitau Abi "Cik pi dulu ke HSB dan tunggu kami di bahagian kecemasan, takut lambat nanti jem dan parking." Abi bergegas tinggalkan INS tu dan terus ke HSB.

Uwais,

Sampai saja di HSB, berlari-lari Abi menuju ke bahagian kecemasan, takut-takut Abi terlambat. Ternyata sebaik Abi sampai saja dari jauh nampak nurse-nurse tengah tolak katil Uwais masuk ke dalam bahagian kecemasan, Uwais diletakkan dalam incubator masa tu. Lega abi sampai tepat pada masa.

Selesai urusan pendaftaran Abi masuk ke dalam di Zon Merah dimana kat situ doktor periksa. Lepas doktor periksa doktor macam marah-marah ja dengan nurse-nurse yang bawak Uwais tu sebab bawa Uwais melalui situ. Kasihan Abi tengok depa kena marah, Abi mencelah bagitau doktor Abi yang nak bawa juga Uwais ke sini walaupun pihak HSB dah maklum pihak HSB tak boleh terima pesakit luar.

Kemudian, doktor bahagian NICU sampai. Dia pun jelaskan benda sama tapi Abi berkeras juga nak masukkan Uwais ke HSB. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan Uwais dapat masuk ke wad dan diletakkan dibahagian intermediate.Selesai saja masuk, Abi bergegas semula ke INS untuk discharge Ummi.

Lepas tu Abi dan Ummi pergi semula ke HSB untuk ziarah Uwais. Rutin Abi pun bermula setiap hari untuk ziarah Uwais diwaktu melawat. Abi tak boleh tengok Uwais ikut suka, kena ikut waktu melawat. Ummi tak apa la bila-bila ja boleh masuk.

Uwais,

Hari-hari Abi akan pi melawat Uwais dan sembang-sembang dengan Uwais. Abi tau Uwais dengar apa Abi cakap. Uwais masih sedar dan akan buka mata sesekali bila Abi cakap. Abi pegang tangan Uwais dan selalu bagi kata semangat untuk Uwais. Cerita pasal Along Iman, Angah Furqan kat Uwais. Kadang-kadang Uwais menangis.

Abi rindu nak dukung Uwais tapi sebab Uwais pakai tiub oksigen Abi tak berani nak dukung takut nanti apa hal kena marah pulak dengan nurse. Abi tepuk-tepuk Uwais sajalah pujuk Uwais bila menangis. Abi yakin Uwais akan sihat nanti. Hari-hari waktu tengah hari Abi melawat Uwais dan waktu petang Abi bawa Ummi sekali melawat Uwais.

Uwais,

Hari ke 4 Uwais lahir adalah Hari Raya Aidil Adha. Hari yang sama juga hari ulangtahun kelahiran Abi yang ke 33. Kita berkongsi bulan kelahiran yang sama. Abi bercita-cita nanti boleh la kita celebrate birthday sama-sama kan.

Hari raya tu, Wan buat korban lembu. Uwais nak tau, nenek hadiahkan 2 bahagian kat abi untuk buat kenduri aqiqah Uwais. Alhamdulillah terima kasih nenek, semoga Allah beri ganjaran pahala besar buat nenek, selalu pelihara nenek dalam rahmatNya serta diberikan kesihatan yang berterusan.

Petang hari raya tu Abi dengan Ummi pi melawat Uwais. Kesian Uwais terpaksa beraya di wad. Abi takbir raya sama-sama dengan Uwais.

"Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar"
"Lailahaillallahuwallahuakbar"
"Allahuakbar walillahilham"

Itulah pertama kali Uwais dengar takbir raya bergema ditelinga Uwais. Sedih juga Abi dengan Ummi bila tak dapat beraya bersama Uwais tapi tak apalah nanti Uwais dah sihat kita boleh raya sama-sama kan.

Uwais,

Hari demi hari Abi dan Ummi doa supaya Uwais cepat sihat, pada satu tengah hari masa Abi melawat Uwais doktor bagitau Abi Uwais penat dan doktor nak buat scan jantung Uwais. Abi mula bertambah risau.

Kata doktor juga Uwais terkena jangkitan diparu-paru dan 5 hari doktor bagi antibiotik kat Uwais. Abi positifkan diri Uwais akan sihat selepas tu. Sampailah hari ke 8 bila abi sampai diwad intermediate wad mula-mula Uwais masuk tapi Uwais tak ada. Abi cari Uwais merata tak jumpa dan tanya pada nurse, nurse bilang Uwais dipindahkan ke wad "semi intensive" sebelah wad Uwais duduk sebelum ni.

Kata nurse , Uwais penat jadi depa pindahkan Uwais. Abi terus ke wad tu. Allahuakbar...sayunya hati abi masa tu bila tengok Uwais dipakaikan corong oksigen dihidung dan kepala Uwais berbalut. Uwais nampak tenat. Tak putus-putus Abi mendoakan Uwais masa tu. Allah saja yang tahu betapa sayunya hati Abi tengok Uwais masa tu.

Tapi Abi buat-buat macho, Abi mana ada nangis pun. Abi cool ja. Abi sembang dengan Uwais dan zikir supaya Uwais kuat. Antibiotik yang pada awalnya telah tamat tapi doktor bagi semula yang baru. Kata Dr. Chan, antibiotik yang lebih kuat doktor bagi. Abi yakin Uwais akan sihat insyaAllah.

Uwais,

Hari ke 9, Dr. Chan buat scan dan check jantung Uwais, katanya jantung Uwais ada masalah tapi doktor tak pasti dia kata dia akan buat sekali lagi dan Dr. Aznor pula akan pastikan. Keesokkannya waktu melawat tengah hari Abi pi tengok Uwais.

Dr. Chan jumpa Abi dan terangkan apa masalah jantung Uwais, dia cakap sambil lukiskan jantung dan saluran darah untuk terangkan kat Abi "Encik, jantung kita begini dan punya saluran begini, saluran masuk darah tanpa oksigen, keluar semula ke paru-paru lalu masuk balik ke jantung bawa darah beroksigen dan keluar dari jantung ke seluruh badan dengan darah yang ada oksigen"
Abi angguk tanda faham penjelasan Dr. Chan.

Tapi lepas tu Dr. Chan bilang ;
"Tapi anak encik hanya punya satu saluran sahaja dimana itulah laluan darah tanpa oksigen dan oksigen keluar, jadi dia tak dapat bernafas dengan baik tanpa bantuan oksigen"

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar

Rasanya seperti kelam dunia Abi masa tu, Abi rasa macam nak rebah jatuh bila Dr. Chan cakap macam tu. Abi tabahkan hati kuatkan semangat dengar penjelasan doktor. "Apa yang boleh kita buat?" Tanya Abi pada Dr. Chan. "Kita akan refer ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan minta pakar jantung disana akan tengok kes ni dan dia akan tentukan bagaimana boleh rawat, sama ada operation atau pun tidak. Biasanya boleh dibuat di HPP atau kalau tak boleh akan dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur." kata doktor.

Abi akur dan faham. Hanya mampu berdoa pada Allah saja masa tu sayang.

Uwais,

Hari ke 10 Uwais lahir baru Abi punya kesempatan ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kat bawah office Abi di UTC untuk daftar kelahiran Uwais secara rasmi. Pegawai JPN bagitau Abi
"Kalau nak buat mykid cepat encik boleh ke JPN Anak Bukit siap dalam masa sejam, kat sini (UTC) 3 bulan baru siap sebab kami hantar ke Putrajaya"

"Kalau macam tu saya ke Anak Bukitlah" kata Abi. Abi terus ke sana. Alhamdulillah selesai semuanya dan Uwais sudah punya surat kelahiran dan mykid. Malam tu Abi bawa Along Iman dengan Angah Furqan ke HSB tapi mana boleh masuk tengok Uwais.

Makcik (kakak Abi) ikut sekali, kebetulan petang tu Mak cik ikut Abi balik rumah Wan nak ziarah ummi. Humaira' (anak mak cik) dan kak lang (anak mak cik) pun ikut temankan Along Iman dan Angah Furqan main kat taman permainan. Abi dengan Ummi saja lah tengok Uwais. Uwais nak tau dak, hari-hari Along Iman dan Angah Furqan tanya Abi

"Bila Uwais nak balik?"
"Furqan (Angah) nak tengok baby"
"Iman (Along) nak bawa baby kat cikgu"

Abi tak tau nak cakap apa lagi melainkan bagitau Along Iman & Angah Furqan yang Uwais tak sihat, nak makan ubat...hanya itu yang selalu diulang-ulang. Bila Angah Furqan mengamuk nangis-nangis nak ikut Abi tunjuk gambar Uwais diwad bagi Angah Furqan faham kenapa Abi tak boleh bawa dia tengok Uwais. Kadang-kadang Abi rasa airmata ni nak keluar saja bila Along Iman dan Angah Furqan tanya pasal Uwais tapi Abi kuatkan diri untuk tahan saja.

Uwais,

Hari ke 11, Abi ziarah Uwais tengah hari. Sebaik sampai Uwais tak ada ditempat. Sekali lagi Abi rasa risau dan tanya nurse. Nurse bagitau Uwais penat lagi dan dipindahkan ke sebelah. Dari "semi intensive" Uwais dipindahkan ke bahgian "Intensive".

"Innalillahiwainnailaihirajiun....sayang Abi" itu saja mampu abi ucapkan bila nampak Uwais guna bantuan oksigen melalui mulut. Uwais nampak sangat tenat. Abi mula rasa tak kuat...tanpa sedar Abi tak mampu tahan airmata bila tengok Uwais masa tu. Petang Abi bawa Ummi untuk ziarah Uwais seperti biasa.

Uwais,

Hari ke 12 tengah hari Abi ziarah Uwais seperti biasa sembang-sembang dengan Uwais, walaupun Abi kata kat diri sendiri Abi kena kuat tapi bila sampai depan Uwais , Abi tak kuat juga.
"Uwais...hidup kat dunia ni bukan mudah, banyak dugaan dan cabaran, kita kena kuat, sabaq dan redha...Allah bagi semua ni nak uji Abi dan ummi".

Petang tu Abi bawa Ummi pulak jumpa Uwais, kebetulan Abi ternampak laporan Uwais di PC sebelah katil Uwais. Mana lah Abi paham bahasa nurse dan doktor ni. Tapi bila Ummi nampak saja terus terkeluar kata dari mulut Ummi

"Allahuakbar"

Abi tengok lagi sekali PC tu, baru Abi perasan ada perkataan "DIL". Mula-mula Abi cakap kat diri sendiri, tak ada apa ni...bukanlah macam Abi fikirkan. Tapi Abi rasa macam tau apa makna DIL tu. Ummi nampak cool ja. Abi dan Ummi sembang dengan Uwais, Ummi bagi kata semangat untuk Uwais, sama juga Abi.

Keluar saja dari wad Ummi mula lemah dan menitis airmata, Abi tanya Ummi kenapa. Dia geleng-geleng saja. Abi cuba pujuk ; "Sabaq la, Allah tengah uji kita ni"

"Dia tak sihat...sangat tak sihat" kata Ummi. Abi tak tanya banyak. Tapi hati Abi kata, pasti ada sesuatu yang Ummi tak bagitau abi. Ummi paham la laporan tu, dah kerja dia kat hospital tu. Abi mana lah tau. Sepanjang jalan Ummi tak berhenti menangis. Abi mula risau, sampai dirumah kita Ummi sangat sedih tak seperti sebelum ni ada masa nampak kuat, berbeza kali ni.

Abi tanya Ummi, "Pasal laporan tu, DIL tu Abi tau....Abi tau" (mata Abi mula berkaca) baru Abi teringat Ummi pernah sebut masa dia bercerita tentang pesakit yang dia pernah lawat. DIL tu "Death in list". Allahuakbar Abi tak mampu lagi tahan airmata sambil pujuk Ummi. Mahasuci Allah yang menjadikan langit dan bumi serta isinya.

Sungguh beratnya ujian ni Abi rasa. Malam tu lepas Abi dan Ummi sampai rumah Wan, nenek mula tanya ; "Macam mana Uwais...apa perkembangan?" Ummi mula pandang Abi dan kata "Ceritalah" Abi tak tau nak mula bagimana, rasanya seperti ada sesuatu yang melekat dileher sampai tak mampu nak berkata apa-apa.

"Keadaan dia..." Abi terhenti sambil menahan sebak
"Cepat cerita...hampa tak bagitau aku pun pasal cucu aku" kat Wan yang dah mula bicara sambil menangis.

"Apa pun jadi. Kita kena sabaq...kena redha" kata Abi dalam nada tersekat-sekat"

"Tu la mama dah kata...sabaq, redha Allah bagi ni" sampuk nenek Abi ceritakan apa yang Abi dan Ummi nampak tentang laporan tu kat Nenek, Wan...kebetulan Pak Ngah dan Mak Ngah (sedang dukung Muhammad Al Fateh yang sebaya Uwais) kakak Icha (kakak Fateh) juga ada waktu tu. Suasana malam tu sungguh pilu sayang.

Abi tak mampu nak bercerita banyak melainkan Abi tunjukkan gambar-gambar yang Abi curi-curi rakam masa diwad dan tunjukkan pada Nenek dan Wan. Nenek tak sanggup nak tengok keadaan Uwais melalui gambar-gambar tu. Wan pula sedih sangat, hanya mampu berkata

"Ya Allah cucu aku...ya Allah cucu aku....astgfirullah....astagfirullah" itu saja yang diucapkan oleh Wan.

Uwais,

Masuk sudah hari ke 13 Uwais masih dalam keadaan yang sama, ada masa nurse pasang lampu biru sebab joundice Uwais sat ada sat tak da. Nafas Uwais masih nampak penat.Masuk hari ke 14, Abi dengan Ummi bincang nak pindahkan Uwais ke HPP saja. Walaupun jauh, tapi disana ada pakar yang boleh tengokkan Uwais. Abi sampai awal diwad hari tu, minta kat guard nak masuk jumpa doktor. Tak boleh, guard hanya sampaikan hajat abi kepada doktor. Lepas dia (guard) keluar dari wad. Dia cakap "Doktor suruh tunggu waktu melawat jam 1230pm"

Mula-mula rasa emosi jugak tapi tak apa lah sabaq...abi tunggu lah. Masuk disurau solat dan dulu mohon doa supaya semuanya dipermudahkan. Cukup waktu lawatan Abi terus masuk dan jumpa doktor. Dr. Oh , setelah berbincang Dr. Oh kata dia cuba bincang dengan bos dia untuk sampaikan hajat Abi tapi bergantung juga keadaan di HPP ada kekosongan atau tidak nak tempatkan Uwais kat sana. Petang nanti dia bagitau result macam mana. Abi rasa lega.

Petang tu Abi lambat sikit sampai, lepas kerja balik ambil Ummi dulu dirumah nenek dan bawa ke wad jumpa Uwais. Belum sempat masuk diwad Dr. Oh tiba-tiba muncul, kami berbincang dan akhirnya akur. Uwais hanya akan dibawa ke HPP pada 6 Oktober, mengikut rancangan yang doktor dah tetapkan. Tak apa lah. Lagipun sehari sebelum saja dari tarikh sepatutnya Uwais nak dibawa. Appointment Uwais dengan pakar jantung kanak-kanak Dr. Sharifah jam 2.30petang.

Uwais,

Hari ke 15 hari ini, tengah hari Abi melawat Uwais dan petang Abi bawa Ummi. Uwais nampak sihat, nampak fresh saja macam baru lepas mandi. Pertama kali juga Abi sampai dan bagi salam ;
"Assalamualaikum sayang Abi"

Uwais terus buka mata. Tak macam selalu Uwais tidur saja. Seronoknya rasa hati Abi bila tengok respon Uwais macam tu. Abi percaya Uwais kuat dan tabah. Yakin dengan Allah, Dialah yang Maha Pencipta dan menjadikan kita, Dia juga yang akan menyembuhkan kita, semuanya atas kehendakNya.

Uwais beri respon bila Abi dan ummi sembang dengan Uwais, kali ini banyak kali Uwais cuba buka mata nak tengok Abi dan Ummi. Alhamdulillah Uwais nampak makin sihat.
"Esok kita nak pi jalan-jalan ke Pulau Pinang" kata ummi

Perasaan bercampur baur sayang, Abi dan Ummi hanya mendoakan yang terbaik buat Uwais.

Uwais,

Hari ke 16. Tengah hari nanti kita akan bertolak ke HPP. Uwais akan naik ambulan, Abi dan Ummi akan ikut dari belakang dengan kereta. Apa pun yang bakal berlaku, apa juga keputusannya nanti oleh Dr. Sharifah...insyaAllah Abi dan Ummi sedia menerimanya dengan hati yang tabah. Abi yakin Uwais akan sihat dan sembuh.

Kan Abi dah janji, Abi akan bawa Uwais balik jumpa Along Iman dan Angah Furqan yang hari-hari tanya pasal Uwais. Ramai orang doakan Uwais, kawan-kawan Abi dan Ummi dan semua orang doakan yang terbaik buat Uwais. Kuatkan hati, yakin dengan kuasa Allah. Uwais akan sihat nanti. InsyaAllah.

Ya Allah,
permudahkanlah urusan Muhammad Uwais sembuhkanlah Muhammad Uwais
panjangkanlah kesihatan Muhammad Uwais
selamatkanlah perjalanan pergi dan balik Muhammad Uwais
Amin ya robb

Abi Iman Furqan Uwais
06102015
22 Zulhijjah 1436
2.05am

* Dipetik dari Facebook Sayuti Wan Chik

Kunci Kejayaan

by


Kenali diri sendiri

Diri anda amat berharga dari segala-galanya. Hargai anda sebagai seorang insan yang tidak hanya berpandukan kepada kebijaksanaan anda, pencapaian akademik ataupun dari segi keupayaan kerja anda.

 Jadilah diri anda sendiri. Hargailah pendapat anda sendiri sebagaimana anda menghargai pendapat orang lain. Belajarlah mengawal tindakbalas dengan membayangkan kesan tindakan anda.

Apa yang anda rasa dari kesan tindakan anda? Bertindakbalaslah demi memenuhi kepuasan anda. Bina lakaran kerja diri, catatkan matlamat serta keutamaan peribadi dan bacalah berulangkali. Jangan kecewa sekiranya apa yang dirancangkan tidak menjadi.

Tumpukan kepada kejayaan anda. Ingatlah sedikit kejayaan akan cepat dibina setara dengan sedikit kegagalan. Berilah masa serta peluang kepada diri anda untuk berubah. Maafkanlah diri anda dari kesalahan yang telah dilakukan. Jangan terlalu memikirkan kesempurnaan diri.

Capailah matlamat mengikut keupayaan diri tanpa mengambil kira kemampuan anda. Janganlah membiarkan kekurangan yang ada sebagai alasan kepada kegagalan anda. Fikirlah bahawa anda telah merancangkan dengan begitu teliti tentang kejayaan anda.

Sekiranya anda berasa sedih dan tidak berkeupayaan, bayangkan kejadian yang lebih baik akan berlaku. Andainya anda tidak bermaya, temuilah seseorang yang anda rasakan dapat memberi dorongan kepada anda untuk mencapai kejayaan.

Kenali kerja anda

Ingatlah bahawa tiada siapa yang boleh memaksa anda melakukan kerja anda. Sekiranya anda ingin melakukannya, jangan membazir tenaga kepada perkara lain.

Kerja dengan pantas. Lebih cepat ianya disiapkan lebih banyak masa terluang untuk aktiviti-aktiviti yang lain. Anda juga mengalami kerisauan yang berkurangan, jadi anda berpeluang untuk mengenalpasti masalah-masalah serta kesalahan-kesalahan pada kerja-kerja anda.

Buat jangkaan terhadap sesuatu tekanan kerja sebagai pemangkin untuk anda bertindak. Setiap individu mempunyai cara kerja berbeza. Sesetengah individu perlukan persaingan untuk hasil yang terbaik manakala sesetengahnya pula mengikut keupayaan mereka. Hormatilah cara kerja anda dan susunlah mengikut kesesuaian anda.

Sekiranya jadual kerja anda padat, buatlah mengikut keselesaan anda dalam membina semangat bekerja. Jika perlu, berhenti sekejap untuk mengingatkan diri anda mengapa anda memilih kerja tersebut dan apa yang anda harapkan dari melakukan kerja-kerja tersebut. Sekiranya berpuashati, beri pujian kepada diri anda kerana anda boleh melaksanakannya.

Kerja yang selesai, akan meningkatkan motivasi serta minat ke tahap yang maksimum. Selesaikan kerja anda mengikut peringkat setiap hari supaya ia tidak tergendala.

Salam Kejayaan.


Coach Bahar Scammer? Penjelasan dari beliau

by

Minggu ini di laman sosial Facebook kecoh tentang isu seorang trainer dan coach bisnes yang dikatakan menipu atau dalam istilah bisnes internet dipanggil "scammer". Hari ini individu yang dimaksudkan telah membuat penjelasan. Bagi saya, saya tidak memihak kepada mana-mana pihak. Kita ikuti penjelasan Coach Bahar atau nama penuhnya Baharuddin Mohamed.




Sumber 


Assalammualaikum buat semua sahabat.
.
Sejak seminggu yang lalu saya difitnah, dimalukan, dicaci, dihina tanpa pembelaan di media social FB. Sejak itu menyebabkan hidup saya sekeluarga tertekan, murung dan kecewa. Disaat kami sekeluarga ditimpa kedukaan dan penghinaan ini, Allah sahaja tempat kami mengadu nasib. Saya menutup sementara FB saya bukan sebab saya membenarkan perkara ini benar. Saya memerlukan masa memujuk hati saya. 
.
1. Perlaburan 
.
Saya mengaku saya ada mengambil perlaburan. Saya mengambil pelaburan dari bank dan orang perseorangan. Saya percaya ramai orang bisnes juga mengambil pinjaman untuk menjalankan bisnes mereka. Saya bangunkan bisnes saya sejak 2009 yang lepas. Beberapa tahun itu bisnes saya berkembang dengan maju dan baik dengan bercambah beberapa cawangan.
.
Disaat itu beberapa perancangan bisnes baru bermula. Saya menerima beberapa perlaburan untuk membangunkan bisnes baru. Tujuan asal saya adalah untuk membantu dan sama-sama maju, mereka setuju. Saya diberi kepercayaa. Ekonomi pada masa itu sedang memuncak. Semua pinjaman dan pelaburan dibayar dengan baik. Saya diraikan kerana berjaya membuatkan bisnes maju dan mereka suka. Saya ditawarkan perlaburan dan pinjaman yang lebih besar. Ada yang saya ambil dan ada yang saya tolak. 
.
Bermula tahun 2012, bermulanya kemelesetan ekonomi. Syarikat yang mula terasa adalah syarikat yang besar. Malahan syarikat MAS, Media Prima mula terjejas. Kami masih lagi berharap ekonomi boleh pulih dengan terus berkerja lebih kuat. Tetapi dari hari ke hari sebaliknya berlaku. Lebih lagi dalam bisnes perkhidmatan seperti perhotelan mula merundum. Polisi kerajaan tidak membuat event di hotel.
.
Bayaran bank mula lambat, bayaran pelaburan mula lambat. Bank mula mendesak dan pelabur mula mengancam. Ada yang mula meminta dibayar semua pelaburan mereka. Saya terangkan yang pelaburan mereka telahpun dilaburkan untuk bisnes. Pelaburan mereka telahpun digunakan untuk membangunkan bisnes, membayar gaji, membayar keuntungan, renovation dan lain-lain. Saya bukan bermain saham , saya membuat bisnes. Saya kuatkan semangat, saya bekerja lebih kuat. Lebih 1 juta telah saya bayar secara berperingkat sebelum ini dengan bekerja sendiri. Ada beberapa pelabur yang belum dapat saya bayar. Mereka mula marah.
.
Bank mula menarik kemudahan, bank mula mengambil rumah kedai dan kereta. Beberapa bisnes mula ditutup untuk mengecilkan operasi. Staf mula berhenti. 7 hari 7 malam saya bekerja untuk membayar pelaburan dan bank untuk diselamatkan. 
.
Walaupun sebenarnya prinsip perlaburan adalah untung sama-sama dan rugi sama-sama. Disebabkan saya mengambil perlaburan dengan kawan-kawan saya sendiri, saya bersetuju untuk membayarnya semula dan dianggap saya berhutang. Itu membuktikan saya bertanggungjawab. 
.
Ramai yang tidak mahu menerima setiap perlaburan ada resikonya. Saya bayar sedikit demi sedikit. Saya terus berusaha dan isteri saya sahaja yang tahu. Membayar pelabur berpuluh ribu sebulan dan menjalankan bisnes yang rugi setiap bulan bukan perkara yang mudah. 
.
Sekarang saya berhutang. Saya berhutang dengan bank, saya berhutang dengan pelabur, saya berhutang dengan pembekal. Sekarang saya tak mampu bayar.
.
Tetapi saya orang yang bertanggungjawab dan saya akan membayarnya. Sebahagiannya telah selesai. Bagaimana mahu saya membayarnya sekali gus jika bisnes dan ekonomi bermasalah. Saya terus didesak. Saya runding, mereka tak mahu dengar. Saya teruskan hidup dan terus berusaha. 
.
Perkara yang lebih menyedihkan bila saya sedang tersepit dan susah saya terus dituduh dan difitnah untuk menjatuhkan saya. Lebih-lebih lagi serangan itu datang dari mereka yang saya sayang dan saya kenal. Apa yang boleh saya lakukan hanyalah bersabar dan memaafkan. 
.
Saya mengaku salah. Saya ambil pinjaman. Saya mengaku salah saya tidak sebijak mana menguruskan bisnes. Tetapi adakah adil menuduh dan memalukn saya di media social. Menutup pintu rezeki saya. Apakah salah saya kepada beberapa orang yang saya tak kenal pun tetapi mula menabur fitnah kepada kita. 
.
Untuk terus membayar hutang dan perlaburan saya membrandingkan coach bahar. Saya menjual seminar dan ebook. Dapatlah saya bernafas untuk membayar segalanya. Tetapi sekarang tidak lagi setelah saya di malukan. Sekarang semuanya tertutup, bagaimana saya mahu membayar hutang jika saya terus menerus ditekan. 
.
Adakah mereka terlalu suci. Adakah anda tak pernah membuat salah. Ya saya gagal. Saya gagal dalam percubaan saya. Adakah anda sendiri pernah mencuba berniaga. Adakah anda telah berjaya?. Sekarang anda boleh berguru pada mereka yang hebat. 
.
Tentulah tidak semua saya boleh dedahkan di sini. Seperti saya ditelanjangi diri sendiri. Ramai yang sedang ketawa terbahak-bahak dengan kejatuhan saya. Jika dalam kalah saya akan sentiasa di pandang salah. Ke kiri pun salah dan ke kanan pun salah. 
.
2. Personal coaching 
.
Salah satu program yang saya tawarkan adalah personal coaching. Ini adalah program yang saya rasa terbaik kerana mengambil masa yang lama. Jika anda ke seminar sehari dua, balik ke seminar anda punya masalah semula. Saya tawarkan 9 bulan dengan beberapa kelebihan. 
.
Bagaimanapun saya juga dituduh mengambil duit orang. Ada juga yang telah berjaya. Ada juga yang kecundang. Hampir setiap minggu saya adakan seminar. Seminar itu berbayar dan ianya percuma kepada mereka yang mengambil personal coaching. Datanglah sesuka hati sampai anda puas hati. Jumpalah berapa kalipun bila anda mahu. Tetapi masalahnya saya diminta mencari mereka. Mereka tidak mencari saya. 
.
Biasanya mereka mengadakan beberapa pertemuan awal. Saya kongsikan ilmu bisnes. Ada antara mereka yang bukan 9 bulan tetapi sampai sekarang mereka bersama saya setelah lebih 3 tahun. Saya inginkan mereka jadi keluarga. 
.
Masalah mula timbul bila peserta tidak menghubungi saya lebih 6 bulan atau setahun. Selepas itu dalam tempoh yang mereka mula minta refund sedangkan mereka telah mengikuti dan dapat beberapa kelebihan sebelum itu. saya berikan contoh. Jika anak anda anda hantar ke kolej selepas itu anda tak hadir ke kolej dan gagal. Adakah anda boleh meminta yuran dikembalikan. Saya sentiasa ada di muar. Datanglah sini.. 
.
Mereka membuat group .Mereka mengadu pada abang besar kononnya saya menipu. Abang besar suka dan mulakan serangan dan membuat tomahan. Ada yang duitnya saya kembalikan pada awalnya. Tiba-tiba saya tersedar, saya dibodohkan sedangkan mereka telah mula dan saya telah melakukan beberapa perkara. Dalam masa yang sama, ramai pula yang berjaya dan berulang alik ke muar atau ke seminar saya di KL atau berjumpa saya secara personal dimana-mana. Saya mohon maaf kepada semua peserta personal coaching saya. Silalah datang ke muar dan berjumpa saya jika sudi. Saya taka da apa yang nak beri kecuali berkongsi ilmu. Saya taka da duit untuk memulangkan duit anda. 
.

3. Tuduhan lain.
.

Saya tak membaca FB dalam beberapa hari. Yang lain adalah ditokok tambah menambahkan rasa. Tujuannya untuk mengaibkan dan menjatuhkan saya.
.

Saya tak pernah memburuk kan orang lain di FB. Tetapi melalui FB dan masej ada yang sanggup menyebarkan masej peribadi kepada rakan dan tersebar dan berniat menjatuhkan saya. Apa salah saya kepada mereka. Apa yang mereka sakit hati sangat dengan saya dan keluarga ?. 
.

Kesimpulan
.

Umur saya 40 tahun. Nama saya Baharuddin Mohamed. Saya di sini memohon maaf kepada semua yang mengenali saya. Ya jika saya bersalah itu adalah kelemahan diri saya. Saya memang bukan yang terbaik, tetapi saya perlu bangkit membetulkan kesalahan saya. Kita tak tahu nasib kita esok hari. Hari ini kita diaibkan dan esok lusa tak tahu lagi nasib kita. Saya pasrah dan serahkan pada Allah. Anda tidak merasa betapa sakitnya. 
.

Buat saudara mara dan sahabat handai.
.

Dunia berubah. Kini semuanya ada FB. Dalam FB ada isteri, anak, kakak, abang, ipar, saudara mara, kawan, dan lawan saya. Saya sungguh terkesan dengan tuduhan ini. Saya sungguh tertekan satu keluarga. Saya memohon maaf dan terimalah saya seadanya. 
.

Saya cukup-cukup tertekan dengan keadaan ini. Berilah saya peluang untuk membetulkan kesilapan saya. Maafkan segala dosa saya. Halalkan segala makan dan minum saya. Hutang tetap saya bayar. Matikanlah api kemarahan, berilah saya berusaha untuk menyelesaikan masalah saya sendiri. 
.
Ini adalah percubaan berani saya. Saya tidak ada apa-apa lagi segalanya telah hancur. Asset, bisnes saya juga telah terkubur sekelip mata. Terpulanglah dengan anda untuk menerimanya atau tidak. Saya memohon pada Allah ampunkan segala kesalahan saya. Saya insaf dan melihat beberapa perkara yang saya terlepas pandang sebelumnya. Jadikanlah pengajaran.
.
Selepas ini saya tidak akan menjawab sebarang tuduhan dan tomahan. Saya tidak akan menjawab komen dan saya tak akan menjawab masej. Beri saya masa. Saya manusia biasa seperti anda. 
.
Saya tidak boleh hidup ditekan dengan perkara yang negative. Saya memaafkan pada mereka yang memburukan nama saya. Saya lupakan segalanya. Saya memaafkan staf saya yang membocorkan rahsia syarikat, saya memaafkan sahabat yang menikam saya dari belakang. Saya tidak akan buat apa-apa dengan anda. Saya berlapang dada dan ini ujian berat bagi saya.
.
Ini adalah percubaan saya untuk bangkit dengan memberi penjelasan. Jika ianya lebih buruk saya akan membuat keputusan untuk pergi dalam dunia FB buat selamanya. Mungkin itu yang anda mahu. Saya mohon maaf sekali lagi. 
.
Jika pun saya bersalah, tetapi saya tetap ada maruah. Saya perlu teruskan hidup untuk ibu, isteri dan anak-anak. Saya pastinya tidak dapat memuaskan hati semua orang.
.
Segala yang baik datang dari Allah, yang buruk adalah dari kelemahan saya sendiri..
Allahua’lam.
.
Baharuddin Mohamed



Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90