Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel umar

Ulangtahun ke-9 Umar

Imej
  Pada 6 November 2013 jam 4.42 petang, lahirlah seorang putera yang diberi nama Muhammad Ahsan Umar. Sebelum dilahirkan, doktor yang berada dalam Dewan Bersalin agak kelam kabut kerana bacaan oksigen 'drop' dan langsung tiada bacaan. Rupanya itu petanda yang bayi ini ada masalah. Sebaik dilahirkan, dia tidak menangis dan keseluruhan badan berwarna biru. Staf nurse terus bawa bayi ini ke bilik lain. Selepas itu barulah terdengar suara bayi menangis. Umar segera dibawa naik ke Neonatal Intensive Care Unit (NICU). Kami yang pertama kali pengalaman menerima cahaya mata tertanya-tanya apa yang terjadi sebenarnya kerana doktor dan jururawat tak cakap apa-apa pun. Beberapa jam selepas itu barulah saya diminta naik ke NICU. Doktor bertugas bertanya mengenai latarbelakang keluarga, sejarah penyakit dan sebagainya. Pada masa itu badan Umar sudah dipenuhi pelbagai wayar dan salur oksigen. Saya diminta mengazankan Umar dari tepi inkubator. Selepas diperiksa oleh Pakar Kardiologi barulah s

Check up Jantung Umar di IJN

Imej
  Doktor IJN cakap jantung saya sihat dan berfungsi dengan baik. Mesti banyak bersukan untuk kekal sihat. Masa umur 22 hari, anakanda Umar telah menjalani pembedahan salur injap jantung terbalik atau disebut TGA. Check up setiap tahun di IJN untuk 'monitor' perkembangan.

Ulangtahun Ke-2 Umar Pesakit Jantung TGA

Imej
Umar. 2 tahun. Waktu dilahirkan jam 4.42 petang 6 November 2013, seluruh badannya biru (gelap). Dia agak lambat menangis. Dikejarkan ke Unit ICU Pediatrik tanpa diletakkan di atas badan ibunya. Ibunya tak sempat pun melihat wajah Umar. Baru saya tahu itu prosedur apabila bayi disyaki ada masalah. Berbeza dengan adiknya Uwais yang diletakkan di atas badan ibu sejurus selepas lahir. Selepas itu bap a boleh azan bayi. Ketika troli katil ditolak ke wad, bayi diletak di celah kaki ibu. Itu tanda bayi itu sihat. Saya hanya boleh azan Umar tiga jam kemudian selepas dia dibersihkan, disambung dengan oksigen dan pelbagai wayar di seluruh badan dan diletakkan di dalam bekas khas. Selepas dua doktor pakar Hospital Kuala Terengganu memeriksa Umar, mereka cuba menghubungi HUSM Kubang Kerian namun mereka menolak dengan alasan doktor pakar sedang bercuti. Mujurlah pihak Institut Jantung Negara (IJN) memberi lampu hijau untu k menerima Umar. Hospital Kuala Terengganu tiada kemudahan untuk pe