Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tv3

TV3 rai ulang tahun ke-38

Imej
         1 Jun,  TV3, stesen televisyen nombor satu negara, menginjak usia 38 tahun. Sejak beroperasi pada 1984, TV3 menjadi pilihan utama rakyat Malaysia yang mahukan kandungan program berkualiti dan terkini. Sempena sambutan ulang tahunnya, TV3 menyediakan pelbagai program menarik dan kejutan untuk menyemarakkan bulan istimewa ini menerusi tagline 'Sentiasa Bersamamu'. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh, berkata program terbitan TV3 terus diperbaharui sesuai dengan perubahan era digital. "TV3 sudah bersiaran selama 38 tahun di negara kita. Zaman bersilih ganti, kita kini berada pada era digital yang mana semua maklumat dan kandungan hiburan hanya di hujung jari. "Kandungan program juga tidak lari daripada proses pembaharuan dan pertukaran. "Oleh itu, seluruh tenaga kerja dan kru produksi TV3 terus komited memastikan jenama TV3 yang terpahat dalam hati rakyat Malaysia seperti Buletin

Drama Titian Cinta (TV3)

Imej
Drama bersiri adaptasi novel Titian Cinta karya Ridhya Iman mengisi slot Akasia TV3 pada September 2017. Menampilkan gandingan baru Zul Ariffin dan Farah Nabilah. Diarahkan oleh saudara Heykal Hanifah dibawah terbitan Zamriez Golden Pictures. Ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis pukul 7.00 malam di TV3. JUDUL : TITIAN CINTA EPISOD : 28 episod TARIKH TAYANGAN : 12 September 2017 HARI / MASA : Isnin-Khamis, 7.00 malam SIARAN : Slot Akasia TV3 SKRIP : Farhana Fauri PENULIS NOVEL : Ridhya Iman PENGARAH : Heykal Hanifah TERBITAN : Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd PELAKON : Zul Ariffin, Farah Nabilah, Daler Yusuf, Tisha Shamsir, Shah Jaszle, Dian P. Ramlee, Marisa Yasmin, Kuza, Rahim Jailani, Adam Shadan, Syuhaida Abraz (Dottie), Feiyna Taj, Arash Mohd, Rais Ismail, Dibi Halim, Kamal Ibrahim, Razali Ghani, Faha, Alexandra WATAK PELAKON Zul Ariffin sebagai Umayr Harris Farah Nabilah sebagai Rahadatul Aisy Tisha Shamsir sebagai Sofea Daler Yusuf sebagai Ryan Shah Ja

Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin

Imej
Drama adaptasi dari novel Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin karya Umi Syidah menghiasi slot Akasia TV3 bermula 10 Julai 207, setiap Isnin hingga Khamis jam 6.58 petang. Drama sebanyak 28 episod ini menampilkan gandingan Raysha Rizrose, Azrel Ismail, dan Idris Khan. Drama terbitan Country & Universal Sdn Bhd ini diarahkan oleh Nizam Zakaria.  Ia mengisahkan sehari sebelum majlis perkahwinannya, Yuhanis ( Raysha Rizrose ) dikejutkan dengan berita tunangnya, Sharul Nizam ( Azrel Ismail ) enggan menikahinya. Nizam menghubungi keluarganya bahawa dia telahpun berkahwin dengan Shila (Zera Hariz) dalam diam di UK. Bimbang maruah keluarga tercemar, Yuhanis menebalkan muka merayu dan memaksa supaya Saiful Mizan ( Idris Khan ) merangkap abang kepada Sharul Nizam supaya mengahwininya. Pada mulanya Mizan, menolak sekerasnya kerana tidak tidak mahu menjadi pak turut. Mizan juga masih trauma dengan perceraiannya dua tahun lalu dan serik untuk berkahwin. Namun akhirnya Mizan berse