TV3 rai ulang tahun ke-38
1 Jun, TV3, stesen televisyen nombor satu negara, menginjak usia 38 tahun. Sejak beroperasi pada 1984, TV3 menjadi pilihan utama rakyat Malaysia yang mahukan kandungan program berkualiti dan terkini. Sempena sambutan ulang tahunnya, TV3 menyediakan pelbagai program menarik dan kejutan untuk menyemarakkan bulan istimewa ini menerusi tagline 'Sentiasa Bersamamu'. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh, berkata program terbitan TV3 terus diperbaharui sesuai dengan perubahan era digital. "TV3 sudah bersiaran selama 38 tahun di negara kita. Zaman bersilih ganti, kita kini berada pada era digital yang mana semua maklumat dan kandungan hiburan hanya di hujung jari. "Kandungan program juga tidak lari daripada proses pembaharuan dan pertukaran. "Oleh itu, seluruh tenaga kerja dan kru produksi TV3 terus komited memastikan jenama TV3 yang terpahat dalam hati rakyat Malaysia seperti Buletin