Awesome TV
Awesome TV adalah sebuah saluran PERCUMA (FTA) yang disiarkan melalui myFreeview di MYTV. Dipancarkan dengan Definisi Tinggi (HD), Awesome TV melalui saluran 112 menawarkan pengisian program yang pelbagai untuk memenuhi citarasa masyarakat tempatan berusia 10 tahun hingga 65 tahun. Misi Awesome TV adalah untuk menghasilkan pengisian yang segar dan menarik selari dengan fokus utama untuk dikenali sebagai penggalak minda atau “mood booster” di kalangan masyarakat Malaysia. Mengetengahkan 5 genre utama iaitu Komedi, Hiburan, Drama, Bicara dan program kanak-kanak, Awesome TV turut menyiarkan variasi hiburan Thai, Korean, Hollywood, Bollywood dan Indonesia. Awesome TV memulakan siaran sulungnya pada 3 Ogos 2020 jam 6.00 pagi. Siaran ini boleh ditonton melalui TV pintar ataupun melalui set dekoder MYTV. Ini bersesuaian sekali sebagai lan