Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ttb

Dana Raya Rakyat Terengganu TTB 2018

Imej
Permohonan Bantuan Dana Perayaan Aidilfitri  2018 bagi rakyat negeri ini dibuka selama sebulan, bermula 1 April sehingga 30 April 2018. di: http://danattb.terengganu.gov.my Permohonan secara atas talian itu diwajibkan kepada pemohon sama ada yang telah memohon sebelum ini atau pemohon baharu, di mana mereka diminta mengisi kembali permohonan dan tiada kemas kini maklumat. Antara syarat kelayakannya ialah pemohon mestilah mempunyai keluarga, rakyat Terengganu dan jumlah pendapatan bulanan hendaklah tidak melebihi RM3,000  sebulan. Manakalan pemohon yang belum berkahwin, mestilah berumur melebihi 40 tahun serta berpendapatan tidak melebihi RM2,000.00 sebulan. Borang permohonan hendaklah dicetak dan diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bersama salinan dokumen kad pengenalan, surat nikah, surat cerai atau surat mati pasangan dan slip gaji. Bagi bagi pemohon yang tidak mempunyai slip gaji, perlu mengemukakan surat pengakuan pendapatan