Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tnb

Majalah 3 papar kes tanah runtuh stesen TNB Kenyir

Imej
  Hujan lebat luar biasa berterusan pada 27 Februari tahun lalu mengakibatkan tanah runtuh di sekitar kawasan Stesen Janakuasa Sultan Mahmud (SJSM), Kenyir, Kuala Berang, Terengganu milik Tenaga Nasional Berhad (TNB). Bencana alam itu bukan hanya memberi impak besar kepada TNB, malah melumpuhkan operasi SJSM, apatah lagi ketika itu empat petugas TNB terperangkap. Bertindak pantas, pelbagai usaha digerakkan bagi menyelamatkan petugas dan dibawa keluar dari SJSM. Semua detik mencemaskan ini dipaparkan secara terperinci dalam episod eksklusif program Majalah 3 (M3) berjudul Misi: Kembalikan Kuasa Kenyir yang akan disiarkan TV3, Isnin 13 Mac 2023, jam 9 malam. Penerbit Eksekutif dan Penerbit, Irin Putri Azmi, berkata melalui episod itu, M3 membawa penonton menelusuri pengalaman empat petugas TNB yang menjadi saksi kepada kejadian tanah runtuh dan kepala air yang dilaporkan berlaku secara bertubi-tubi di cerun sekitar SJSM. "Sebenarnya, idea asal episod ini adalah daripada TNB kerana i

Operasi Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud di Hulu Terengganu dihenti sementara

Imej
  Operasi Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud (SJSM) di Kenyir dekat Hulu Terengganu ditutup sementara bermula Ahad lalu berikutan menara penghantaran voltan tinggi yang menyalurkan bekalan elektrik dari SJSM kepada Grid Nasional tumbang akibat kejadian tanah runtuh. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Ir Baharin Din, berkata hujan lebat luar biasa yang berterusan sejak Jumaat lalu mengakibatkan kejadian tanah runtuh yang memutuskan akses jalan keluar masuk ke SJSM pada jam 4 pagi Ahad lalu. "Aliran mendapan yang membanjiri kawasan stesen itu seterusnya mengalir ke Sungai Terengganu. Enam jam kemudian, berlaku satu lagi tanah runtuh yang menyebabkan sebuah jambatan dan menara penghantaran 132kV runtuh. "Susulan itu, TNB segera menghentikan operasi SJSM dan mengeluarkan semua warga kerja SJSM dari stesen itu dengan selamat," katanya dalam kenyataan. Baharin berkata, TNB sudah mengaktifkan Pelan Kesinambungan Bisnesnya (

Panduan keselamatan elektrik musim perayaan

Imej
  Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyarankan beberapa panduan bagi memastikan peralatan elektrik dan kediaman ditinggalkan dalam keadaan selamat sepanjang pengguna berada di kampung halaman. Tip keselamatan itu bertujuan memastikan peralatan elektrik dan kediaman ditinggalkan dalam keadaan selamat serta jimat tenaga. Untuk itu, orang ramai disaran menutup suis peralatan elektrik yang tidak digunakan dan menanggalkan palam bagi mengelakkan arus elektrik terus mengalir. "Setiap soket perlu dipastikan dalam keadaan baik dan tidak dibebankan dengan penyesuai (adapter) dan kabel penyambung dan buka gulungan wayar sambungan tambahan sepenuhnya untuk mengelakkannya menjadi terlalu panas jika digunakan. Alat pengukur masa (timer) boleh digunakan sekiranya ingin memasang lampu bagi tujuan keselamatan supaya ia tidak menyala 24 jam. "Selain itu, periksa peralatan elektrik yang ingin digunakan bagi memastikan ia berada dalam keadaan baik dan berfungsi dengan lancar," Bag

Kelewatan Bil Elektrik Bulan Julai 2016

Imej
INFO KELEWATAN BIL ELEKTRIK TNB JULAI 2016 1. Kenapa saya masih tidak menerima bil bulan Julai 2016? JAWAPAN: TNB sedang dalam proses menaiktaraf sistem pengebilan. Bagi pengguna yang tidak menerima bil bulan Julai, mereka akan menerima bil dalam jangka masa yang terdekat. 2. Apakah impak kepada saya sekiranya saya lambat menerima bil? JAWAPAN: Pengguna tidak akan mengalami sebarang kerugian kerana TNB menggunakan cara pengiraan secara prorata berdasarkan bilangan hari pengebilan. Sebagai contoh: Tempoh pengebilan bersamaan 35 hari Andaikan penggunaan adalah 203kWh Faktor prorata 35/30 hari = 1.16667 Oleh yang demikian, prorata blok pertama persamaan x 1.16667 = 233kWh Berdasarkan pengiraaan di atas, walau pun pengguna tersebut menggunakan 203kWh, beliau masih menikmati kadar tarif pada blok pertama. 3. Adakah saya akan dikenakan caj penalti disebabkan kelewatan pembayaran bil? JAWAPAN: Caj penalti lewat bayar tidak akan dikenakan ke atas pengguna seki

Kenapa bil elektrik tinggi?

Imej
Di musim panas ini ramai yang mengadu bil elektrik TNB meningkat berkali-kali ganda. Kadar elektrik ditetapkan berbeza-beza mengikut tahap penggunaan. Jika semakin banyak digunakan, kadar caj akan semakin meningkat berlipat kali ganda.  Jika kita hanya menggunakan 200 unit sebulan, kita hanya perlu bayar caj 200 x 21.80 sen = RM43.60 sahaja. Jika penggunaan 300 unit sebulan, 100 unit didarab dengan nilai yang lebih tinggi iaitu 100 x 33.40 sen = RM33.40 (100 unit kedua) + RM43.60 (200 unit pertama) = RM77.00. Bil elektrik kita akan bertambah berlipat kali ganda jika kita menggunakan elektrik melebihi 301 unit sebulan contohnya 400 unit sebulan, kadar caj adalah 100 x 51.60 sen = 51.60 (100 unit ketiga) + RM33.40 (100 unit kedua) + RM43.60 (200 unit pertama) = RM128.60. Kadar caj akan meningkat lagi kepada 54.60 sen seunit jika penggunaan melebihi 601 unit. Nampak tak kadar caj yang berbeza-beza?  Cara terbaik untuk mengelakkan bil tinggi adalah dengan sentiasa mengawal pengguna